Showing posts with label autisma. Show all posts
Showing posts with label autisma. Show all posts

Tuesday, September 9, 2014

10% Dari Cabaran Hidup Mendidik Anak Autisma Saya

Bukan mengeluh..Bukan 'mengesah'...
Tapi ramai yang tak tau cabaran yang saya lalui dalam membesarkan anak Autisma saya.
Tak! Bukan saya nakkan simpati..
Tak! Bukan saya nakkan ihsan
Cukup setakat memahami..
Ini hanya 10% dari kisah cabaran saya...90% lagi?
Bayangkan.....




Muhammad Qazzrin Marquez

Masa didiagnos dulu 70% ciri autisma ada pada dia
sekarang dah umur 8 tahun, severe autism kata Doctor. bahasa kampung kita ni autisma yang berat la..
saya agak terkilan kalau orang bandingkan masalah saya dengan anak2 istimewa yang lain
Tak! Tak sama!
setiap anak istimewa ni ada cabaran tersendiri
tapi bagi saya, kalau yang bermasalah fizikal tapi pembelajaran ok; maksudnya boleh bertutur @ berkomunikasi tak kira la macam mana cara luahan komunikasi tu; itu lebih baik dari masalah Marquez
kalau bisu @ pekak tapi boleh berkomunikasi; itu pun sangat2 baik


Marquez ada masalah dalam pembelajaran...masalah dalam komunikasi...
Ibaratkan macam bercakap dengan tunggul kayu (kejamnya!)
Tak! bukan mengata anak sendiri
saya nak bagi perumpaan..sebab manusia ni payah nak suruh berfikir @ berimaginasi sendiri
Tak! saya bukan kata anda...tapi ada sesetengah manusia...



Saya mengajar Marquez mengenal ABC dari umur 4 tahun sehingga sekarang, 8 tahun. Tapi dari 26 alphabet itu hanya beberapa yang dia kenal (tulis & sebut) dengan betul.
Boleh bayangkan?
4 tahun belajar..kalau anak2 yang lain tempoh 4 tahun tu dah boleh membaca dengan laju.
Tak! saya tak putus asa
kenapa saya nak putus asa? walaupun perit, sedih, tension nya saya ....saya kena buat jugak..


Mengajar Marquez bukan seperti anak2 yang lain
15 minit pertama biasanya dia akan pegang pensel & termenung
pandang kiri, pandang kanan, pandang kertas, pandang sekeliling
saya akan tunjuk dia huruf & sebut, pegang tangan dia & tulis
biasanya saya ulang 5 kali & suruh dia pulak tulis
15 minit saya ulang arahan "Marquez, tulis A" berkali2
Tak! saya tak jemu
Tak! saya tak hilang sabar
sedangkan kalau adik beradiknya yang lain memang dah kena sergah dah tu
mengajar Marquez tak boleh lama...dia hilang fokus (yang sememangnya susah nak dapat, hanya selepas 15 minit), dalam 10~15minit dia menulis, dia akan stop



next task akan berulang lagi...cuma biasanya untuk seterusnya akan ambil masa 5~10 minit, dia akan pegang pensel & menulis
Ya! arahan akan berulang lagi "Marquez, tulis A"
Ya! itu yang saya lakukan sudah hampir 4 tahun

Tak pandai2 ke dia?
Tak boleh langsung ke dia?
Jangan tanya saya...saya tak ada jawapan...soalan tu akan hanya buatkan saya menangis...

Ada masa dia boleh buat/menulis sendiri
saya bagi buku & tunjuk beberapa helaian untuk dia buat
Ya! ada juga la masanya dia buat sendiri
tapi...selama 4 tahun dia belajar masih pada tahap mengenal ABC...

toilet train Marquez ambil masa 2 tahun
adik beradik yang lain hanya 6bln ~1 tahun
mungkin anak2 orang lain ada yang hanya 3 bulan
mak2 yang ada anak istimewa memang sangat2 sabar dalam hal ni...kan?




Speech terapi dari umur 4 tahun sehingga sekarang
ada masa progress dia memberangsangkan
ada masa makin merosot
ada masa harapan saya berbunga2
ada masa harapan saya gelap gelita

Tak! saya tak putus asa
Ya! memang saya dah berhenti meletak harapan..
saya hanya nak follow the flow...tak ada push2...
mungkin sebab saya nampak Marquez tak mampu...
mungkin sebab saya tak nak terlalu kecewa

Doa saya kalau saya pergi dulu biar dia pergi bersama saya...




Friday, March 14, 2014

5 Panduan yang Boleh Dikongsi untuk Ibubapa autisma


Anak autisma saya; Muhammad Qazzrin Marquez lahir pada 17 Mei 2006, induced/forced deliver sebab sudah kurang pergerakan (tak aktif) sehari sebelum tu. Buta CTG almost 2 jam, 'result CTG tak cantik', kata Doktor. So diarah terus admitted. Bagi 1001 alasan , tak nak masuk lagi..heheh..sempat pergi Giant shopping last minit. Esoknya dari pagi sampai tengahari, 2,3 kali dapat call dari klinik suruh datang. Petang tu baru lah pergi menyerah...Alhamdulillah, sangat mudah lahirkan anak istimewa ini.



Banyak yang saya belajar sepanjang membesarkan Marquez. Bila ingat balik sepanjang 2 tahun pertama dia lahir saya rasa sangat sedih.

Kenapa?
Saya selalu marah dia.
Saya naik tangan pada dia
Kenapa?
Sebab saya tak faham dia...
Tak sedar bezanya cara pendekatan anak istimewa ini
Tak faham bahasa dia




Sedangkan waktu tu yang penting sekali ialah Bersabar...Bersabar...Bersabar... 

So, bagi ibu bapa yang mempunyai anak autisma; yang baru diagnos anak; ingin sekali saya sarankan perkara-perkara berikut. Berdasarkan pengalaman saya. Tak semua ibu bapa alami pengalaman yang sama, tapi at least sedikit sebanyak diharap ini dapat membantu.

Ini adalah berdasarkan anak saya yang telah didiagnos 70% autisma ~ severe autism oleh psikiatri. ASD - autism spectrum disorder adalah sangat luas, berbeza pada anak yang lain.


Perhati perbezaan perkembangan perilaku anak
Ini adalah langkah pertama...Biasanya kita bagi perhatian penuh pada anak yang sulung, mungkin berkurang bila anak yang seterusnya (saya lah tu...Sepatutnya sama je kann huhu..).
            Tengok proses perkembangan anak kita.Saya pasti semua ibu bapa ada guideline proses
            perkembangan anak kan..ala zaman teknologi canggih ni google aje la, senang cerita. Tengok
            apa perbezaan pada anak & tackle 'masalah perbezaan' ini.


Terapi Cara Laku, tackle sensory problem
Memang kita boleh hantar ke pakar2 terapi (seharusnya..bagi saya WAJIB) tapi kita sendiri di rumah juga kena terapi anak kita. Gali ilmu, cari ilmu. Lebih banyak yang kita boleh buat
            pada anak, lebih cepat anak boleh atasi masalah cara laku/sensory. Contoh ; anak berjalan
            jingkit, so biasakan kaki anak sentuh teksture yang berbeza (rumput, karpet, licin, kasar,etc.)
           Ada banyak lagi ye, itu  akan saya share di entri yang lain.
Ubah cara pendekatan anak
Kalau selama ini kita mengajar anak yang lain dari 1 hingga 10 secara aturan sistematik,
tapi dengan anak istimewa ini mungkin cara kita perlu diubah; mungkin mula dengan 3,4
            dulu baru pergi kepada 1. Sebab kadang kala mereka ada masalah untuk mengikut sistem.
 

 Masuk ke dalam dunia mereka
 Jangan biarkan dia bermain sendiri dalam 'dunia' dia. Memang agak payah kita nak
 mencelah 'dunia' dia. Anak saya sendiri terlalu focus/kusyuk bila bermain sendiri, dan bila
             saya cuba mencelah dia akan berhenti dan lari @ kadang-kadang tantrum. Secara perlahan-
             lahan kita kena buat semua tu, tarik dia dari 'dunia' dia. So lama-lama kita dapat baiki
             masalah sosial komunikasi dia.


Jangan Putus Asa Berusaha
Dari mula anak didiagnos sebagai autisma, bermula la saat kita perlu mulakan usaha berganda membantu mendidik dia agar boleh berdikari, sehingga akhir hayat...  
            Jangan sesekali mengeluh.. Jangan sesekali putus asa...<<-- tuju untuk diri saya sendiri
            sebenarnya. Doa sepanjang masa agar anak kita ini boleh menguruskan dirinya sendiri,
            terutama bila kita tiada nanti. Jangan mengharap anak kita cemerlang dalam akademik,
            cukuplah jika dia boleh berdikari. Ingat, anak ini lah yang akan bantu kita di SANA nanti
            (In Shaa Allah).




Saya bukan seorang yang penyabar. Saya seorang yang pemarah, sampaikan anak saya takut bila terbuat salah..huhu..mungkin sebab itulah saya dianugerahkan oleh-Nya anak istimewa ini, untuk mengajar saya banyak perkara. Mendidik saya bentuk jiwa saya yang lebih baik. Tak dapat bayangkan kalau saya tiada anak autisma seperti Marquez, mungkinkah saya akan jadi sombong? mungkin juga saya akan jadi ibu yang mementingkan hal sendiri dari anak2? mungkin ikatan keluarga saya tak rapat? mungkin juga rumahtangga saya hancur??
 

    




paAutisma

Wednesday, February 26, 2014

5 Cara Enjoy Menjadi Ibu Bapa Autisma


Menjadi ibu bapa yang memiliki anak autisma bermakna perlu bersedia dengan cabaran yang sangat besar. Bukan sahaja mempunyai anak yang memerlukan masa, tenaga, wang, dan sokongan yang luar biasa , tetapi ibu bapa ini juga mesti boleh hidup dengan perubahan tingkah laku anak yang sukar daripada menjerit dan tantrums ke penyalahgunaan diri atau fleksibiliti yang melampau. Ada lagi...ibu bapa terpilih ini juga mesti pandai untuk seimbangkan dalam perkara penjagaan untuk anak autistik mereka VS penjagaan diri mereka sendiri/rakan-rakan/ anak-anak yang lain..dan juga bos di pejabat...Tough kan?
 

                                                         Marquez 2yrs old - 2008
 
 
Walaubagaimana pun...ibu bapa yang memiliki anak autisma di luar sana, JANGAN RASA IA BEBAN! Anak istimewa ini ANUGERAH TAK TERHINGGA buat kita. Di sini saya sarankan 5 cara untuk kita enjoy setiap masa kita sebagai ibu bapa yang memiliki anak istimewa ini.

 
1.  Raikan Setiap Kejayaan Kecil 
 
Memang agak mustahil untuk kita mengelak dari melihat gambaran yang lebih besar tentang anak autistik kita ini, tambahan pula bila satu dunia berkomplot menunjukkan isu-isu cabaran dan kegagalan anak autistik, tapi ITU DULU..

SEKARANG TIDAK LAGI.

Orang ramai sudah mula sedar kewujudan autistik..Dah banyak contoh yang kita boleh lihat tentang kejayaan & kelebihan tersendiri anak autistik. So, kecilkan pandangan mata kita sebentar.. Lihat pada anak autistik kita.  Tengok apa yang anak kita boleh buat hari ini.

Adakah dia boleh senyum pada kita? Belajar pakai baju? Tanya soalan? Gunakan perkataan baru? Menunjukkan pemahaman yang baru tentang perasaan orang lain?

Semua ini adalah kemenangan yang penting, dan perlu dinikmati dan dikongsi bersama. Kongsikan dengan pasangan kita @ kawan yang memahami @ ibu bapa lain yang mempunyai anak autisma. Feel the excitement!
 




Anak saya, Marquez boleh mengira 1 - 10 semasa umur 6tahun. Saya rekodkan saat tu..kongsi dengan cikgu-cikgu. Sekarang ada 3 perkataan yang dia boleh sebut sendiri (dia yang mulakan perbualan) mandi, tidur, duduk..heheheh...memang sangat-sangat happy bagi kami !
 
 










2. Enjoy setiap " Up " Side autisma .

Dari masa ke semasa, semakin anak kita membesar  , sedar tak kita betapa bertuahnya kita mempunyai anak autisma yang menyayangi kita; yang sudah pasti tak akan keluar, hilang bersama kawan-kawan (yang pastinya ada masalah remaja satu hari nanti kannn?). Tak perlu kita pening kepala nak ambil tahu aktiviti bersama kawan-kawan.. Sedar tak kita, anak autisma ini pengikat kasih sayang keluarga. Apa-apa aktiviti akan kita lakukan bersama dengan ahli keluarga yang lain, saling bantu membantu menjaga/mendidik anak autisma ini; sedar tak betapa banyak masa yang kita  telah luangkan bersama? Enjoy it!






Marquez banyak main peranan dalam hubungan kekeluargaan saya...merapatkan kasih sayang kami; suami isteri; dan adik-beradiknya yang lain.













3. Cari Kumpulan Sokongan/Penyokong .


Jika ada di antara ibu bapa autisma merasa sendirian (biasanya new parent yang baru diagnos anak autisma), anda sepatutnya bergembira dengan realiti bahawa anda adalah sebahagian daripada masyarakat besar yang memahami dan mahu berkongsi dengan anda. Sama ada melalui kumpulan sokongan yang berhampiran kawasan atau secara online, anda boleh mencari beribu-ribu orang yang ingin meraikan kemenangan dengan anda , membantu anda menyelesaikan masalah anda, dan simpati dengan anda apabila perkara-perkara yang sedang suram. Jika anda tidak pernah berpeluang bertemu ibu bapa autisma yang lain , ini adalah masa yang terbaik untuk anda mulakan!.



Marquez join NASOM since 2010. Di mana pendidikan awal untuk kanak-kanak autisma diajar & membantu anak istimewa ini berdikari.. (sekolah pra/tadika lain agak berat nak terima). Kumpulan sokongan ibubapa autisma yang lain banyak mengajar saya cara membesarkan Marquez..memang ada masa kita akan down, tapi bila bersama kumpulan sokongan (juga group fb autisma Malaysia) yang memang memahami; kita akan rasa lega..







4. Fokus pada Kualiti Yang Betul 

Hentikan ratapan..kesalan...sedih..termenung..

MOVE ON!

Selagi kita berharap pada harapan yang tinggi; nak anak jadi PM ke ape..atau terus  meratapi 'keadaan kekurangan' anak, kita akan terus rasa tak puas hati dengan anak dan apa saja pencapaiannya. Tapi bila kita membiarkan harapan tu pergi, dan beri tumpuan kepada kebolehan sebenar dan bakat anak, kita akan mula melihat gambar yang berbeza muncul .

Bagaimana anak kita kuat? Berbakat? Penyayang ?

Fokus pada apa yang ada pada anak kita. Berpijak pada realiti...asah bakat kecenderungannya.
Pasti anda juga akan terkejut dengan apa yang bakal dicapai satu hari nanti!

 

 
 
 





Marquez masih belum ada kemajuan dalam apa-apa bidang..
IT'S OK! saya masih menunggu..heheh..
kalau tanya apa harapan saya :----
saya nak dia jadi tahfiz.















5. Cari Minat Untuk Dikongsi Bersama .

Ia boleh menjadi perkara yang sukar untuk mencari kepentingan bersama apabila anak kita seolah-olah terlalu obses pada gajet/ mainan atau rancangan TV semata-mata. Ia perlukan kesabaran dan ketekunan untuk mencari minat/kepentingan bersama. Sesetengah keluarga mencari kepentingan bersama dalam aktiviti seperti mendaki , berenang , menonton filem , bowling , memasak , berlari, dan banyak lagi. Sebaik sahaja anda menemuinya anda boleh menikmati bersama dengan keluarga/ orang lain, secara tak langsung hubungan anda akan berkembang!

 
 
 
 



 Kami sekeluarga memang selalu bawa Marquez & 4Q lagi outing setiap hujung minggu & cuti sekolah. Shaquille minat pada benda-benda sejarah & sains, Jacquin minat pada binatang-binatang. Marquez lebih cenderung pada ikan/haiwan dalam laut. Tapi tiada masalah bila semua aktiviti biasa dilakukan bersama...yang penting bagi Marquez; cukup ahli keluarga! Seronok bila buat semua aktiviti bersama...kalau cuti sekolah biasanya 3,4 buah keluarga sekali bercuti bersama.
 
 
 
Ada juga ibubapa autisma yang ambil keputusan tidak membawa anak keluar sebab risau pada 'pandangan' orang & penat nak layan kerenah anak...tapi kita perlu bagi mereka bersosial, kenal dunia luar..Marquez dulu pun susah nak dikawal, tapi bila dia dah biasa dibawa ke public; lama2 dia boleh biasakan diri...
 
 

 
Kita tidak dapat lari dari hakikat 'disabilities' anak autisma kesayangan kita...tapi jangan jadikan itu satu beban perasaan yang perlu ditanggung hingga mensia-siakan masa-masa penting yang berlalu sepanjang mereka membesar..
 
Nikmatilah setiap saat...Hargailah setiap detik mereka membesar...Kasih sayang mereka kepada kita tidak dapat diluah & tidak terhingga..
 
KITA ADALAH IBU BAPA YANG ISTIMEWA!
 
 
 

Marquez 8 months - 2007


 Marquez 8 years - 2014
 
 
mY aUtism SoN's JourNey
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
*Apasal ayat macam terbelit lidah..hahaha...susah nak buat ayat formal sebeno nya

 
 

Monday, December 2, 2013

Omega Guard Shaklee Membantu Tingkatkan Minda Anak Autisma

Autisma adalah permasalahan dalam interaksi sosial, komunikasi & tingkahlaku individu yang dapat dikesan seawal 3 tahun. Saya dapat kesan anak saya seawal 1 tahun setengah! Diagnos & disahkan Autisma seawal 2 tahun. Sekarang Qazzrin Marquez dah 7 tahun.

Qazzrin Marquez - 7 tahun

"Tidak ada ubatan mahupun rawatan bagi mengubati autisma" - YA, Saya akur dengan kata-kata Doktor...tapi sebenarnya ada ikhtiar untuk mengurangkan simptom Autisma. Bukan saya sahaja malahan ramai ibubapa yang mempunyai anak autisma telah mengakuinya. Penjagaan pemakanan, terapi cara kerja, terapi pertuturan & detoks! 

Saya lebih suka fokus pada anak saya & cara saya (lebih tepat - TESTIMONI sendiri). Marquez tak boleh berlebih dengan makanan manis, sama macam kanak2 HYPERAKTIF ye, bila terlebih gula diorang akan jadi aktif, tak duduk diam. Sebab itulah adanya program diet GFCF (gluten free casein free). Haaaa yang itu nanti saya detail kan apa maksud @ pemakanan yang macam mana tu..

Cuma saya nak fokus pada masalah kurang upaya sistem perkembangan saraf otak & minda kanak2 autisma ni..Masalah ni menjejaskan fungsi memproses maklumat di dalam otak & inilah punca kepada 3 permasalahan utama yang ditunjukkan oleh kanak2 autisma iaitu :-

 >> Masalah sosial
      Mereka tidak memiliki keupayaan bersosial dengan orang sekeliling secara normal. Kita dapat lihat 
      mereka macam acuh-tak-acuh, endah-tak-endah dengan orang lain. pendek kata "dalam dunianya 
      sendiri". Seperti anak saya sendiri, ada masanya dia ketawa berdekah2, menjerit sekuat hati, tersenyum,
      menangis secara tiba2 & mengamuk! itu yang sangat menguji kesabaran saya :(

>> Masalah komunikasi
     Sukar untuk berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain. Ada yang lambat bercakap (non-verbal)
     yang hanya guna tangan/sign untuk berkomunikasi. Contohnya anak saya hanya akan tarik tangan &
     tunjuk apa yang dia nak. Bukan anak saya tak boleh bercakap, dia boleh imitate word tapi untuk
     memulakan komunikasi memang masih belum mahir. Ada yang boleh bercakap dengan fasih tetapi apa
     yang dia bualkan tidak sesuai dengan situasi. Ada yang bercakap dengan nada/bahasa yang pelik yang
     tidak difahami. Ada juga yang suka bernyanyi2 tapi tidak jelas sebutannya. (sama macam anak saya
     jugak ;) ) Anak saya memang suka humming/ryhme lagu2 yang dia dengar. Lagu ABC tiap2 hari nyanyi
     tapi sebutan masih belum jelas.

>> Masalah tingkahlaku
     Mereka suka melakukan perkara yang berulang, menyusun barang teratur @ berderet macam keretapi
     tu... hehehe.. Ada yang sukakan benda yang berputar macam roda. Anak saya sukakan benda yang
     berjurai macam daun panjang & obviously dia suka JORAN! minat terlalu mendalam pada ikan.. ;)
     Kadang2 mereka bertindak agresif bila minat/benda yang dia suka di usik @ dihalang oleh orang lain.
     Rutin harian pun susah untuk diubah. Kalau kebiasaan kita pergi menggunakan jalan A, then 1 hari kita  
     nak ubah jalan B, memang dia akan agresif mengamuk!Saya pernah menjerit2 dalam kereta berulang2
     kali bagitau dia kita guna jalan B sebab tak boleh guna jalan A...huhuu

Sebab itulah perlunya kita merawat dengan cara kerja (terapi) & dicadangkan oleh doktor ialah FISH OIL yang mengandungi DHA & EPA untuk pembentukan minda mereka.

Kenapa Omega Guard Shaklee?

>> Omega Guard Shaklee terhasil menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal, melalui proses 
      penyulingan proprietari 3 molekul yang dapat menghasilkan kandungan asid lemak Omega 3 pekat 
      yang paling tulen!

>> Bahan2 bahaya dalam ikan dapat disingkirkan seperti plumbum, arsenik, merkuri dsb. Kebanyakan 
     omega jenama lain hanya menggunakan kaedah high pressure penyulingan untuk mengekstrak minyak 
     ikan shj. & ia bukan sahaja memusnahkan sesetengah nutrien tapi tidak dapat menapis kandungan logam 
     berbahaya.

>> Tidak diekstrak dari minyak hati ikan ye... minyak hati ikan ada kandungan toksik tinggi.

>> Ikan2 yang digunakan oleh Shaklee adalah ikan yg mempunyai tahap merkuri rendah...dari ikan laut 
     dalam & berair sejuk. Kajian menunjukkan ikan air laut sejuk mengandungi asid lemak tidak tepu yg 
     sangat tinggi berbanding ikan lain.

>> Omega Guard Shaklee lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 yg diperlukan oleh badan :-       DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA . Badan kita tak mampu ye nak hasilkan ini, so kena la kita 
      dapatkan supplemen. Ini la yang penting sangat untuk tingkatkan minda anak2 ni.

Perbandingan Omega Guard Shaklee


Jom dapatkan Omega Guard Shaklee sekarang!


Nak berkongsi maslah anak yang autisma, hyperaktif , slow learner @ anda sendiri ada masalah mengingat/ mudah lupa pun boleh sembang2 dengan saya. 











Wednesday, November 20, 2013

Anak Autisma Saya

Cuti sekolah bermula 16 November 2013, berakhir sesi persekolahan 2013. NASOM pun start cuti. Rutin aktiviti tahunan NASOM Kuantan ujung tahun ada Nite Camp. Tahun ni kelainan sikit sebab buat 3D2N. So Isnin hantar la anak autisma saya;Marquez ke Nasom.
Marquez (autisma) & Shaquille


Apa bezanya?

Oooo...banyak sangat beza bila Marquez tak ada. Rasa kekok bila Marquez tak ada kat rumah...Rumah rasa sunyi..Bukan tak ada anak2 lain yang bising, tapi bising Marquez lain dari Shaquille, Jacquin, Arezqy & apatah lagi si kecik Qays. Even dia non-verbal tapi dia ada la buat bising, mengamuk, sepah barang.

Ada anak istimewa ni memang kena banyak bersabar. Memang saya penat nak handle Marquez yang serba serbi masih perlu diguide. Dia boleh ke toilet sendiri tapi kadang2 tu lepas pee dia tunggu arahan kita untuk suruh dia basuh. Arezqy pun kadang2 ambik alih tugas..heheh..pandai je diapergi depan toilet & cakap "ok,dah?basuh la". Then baru lah Marquez ambil paip & basuh. Cuma basuh poo dia belum pandai sebab tangan dia macam tak kuat nak gosok (motor skill).

Sehari sekali (kadang2 2 kali sehari) ada waktu peak dia macam over-excited <<-- kalu tengok macam orang sawan ada jugak. Dia macam tak boleh control gelepar..isshhh tak la macam menggelepar guling2 tu,tapi macam orang drug addict..adoiii payah nak describe. nanti time dia 'buat' saya shoot video ye. Kadang2 risau kalau dia ter'over' buat adik2 dia.

Emm...tapi dia tak ada di rumah 2 malam ni memang rasa lain..rasa risau...rindu. Saya memang tak boleh jauh dari anak2. Decided anak2 tak akan masuk hostel..huahahaha...Lantak korang duduk bawah ketiak mama sampai dah ada family sendiri.

Apa pun terjadi, Marquez akan tetap bersama saya sampai akhir hayat. 

Thursday, September 12, 2013

7 yrs of my AUTISME's son life



 
Mungkin sekarang orang ramai dah mempunyai kesedaran tentang simptom2 autisma & dah tau tentang wujudnya "AUTISMA" ni berbanding dengan 8,9,10 tahun dulu...saya pun tak pernah ambil tau cuma bila terkena hidung sendiri baru nak ambik tau hal2 sekeliling.

Autism is a disorder of neural development characterized by impaired social interaction and verbal and non-verbal communication, and by restricted, repetitive or stereotyped behavior.
 
 



 Tonton youtube ni, 14min pertama dalam movie ni sama seperti yang saya lalui 4,5 tahun dulu. Menangis, kecewa, tension, semua dah saya lalui, juga Denial stage. Senyum di depan orang,nampak tabah,kuat, tapi di belakang,saya menangis..menangis malam2, Siapa yang tahu? ALLAHUAKBAR!

http://youtu.be/rT-2S7L-N9c
http://www.examiner.com/article/banned-tv-films-about-autism-now-available-on-youtube-after-almost-10-years

Saya akan ceritakan setiap apa yang saya lalui & macam mana saya dapat detect anak saya istimewa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...