Showing posts with label Vitamin E. Show all posts
Showing posts with label Vitamin E. Show all posts

Saturday, September 6, 2014

3 Pilihan Terbaik Untuk Kulit Cantik Tanpa Mekap

Semua orang sukakan 'cantik'. Baju cantik, kasut cantik, apatah lagi kulit cantik.
Perempuan la yang paling pentingkan penjagaan kulit yang cantik dan sihat. sebab tu banyak produk kecantikan di pasaran.
sebab tu juga perempuan sukakan mekap..nak cantik kan?
tapi kan lagi best kalau kulit kita cantik tanpa mekap.
tak perlu nak tepek tebal2 kat muka, cantik secara semulajadi.


 

 
 
Boleh tengok 3 pilihan terbaik (pilihan saya) yang dapat jadikan kulit sihat dan cantik--
 
 
 
1. VITAMIN C
 
Salah 1 dari vitamin antioksidan yang terbaik (A,C,E) fungsi untuk melindungi sel dari radikal bebas yang trigger masalah kulit berkedut, kulit kusam & tanda2 penuaan. Vitamin C juga dapat hasilkan kulit yang licin dan gebu. Kesan bintik2 (brown spot) pun boleh pudar tau. Best kan? Vitamin C juga untuk tingkatkan imun badan, penghasilan kolagen, pertumbuhan & pembaikan tisu.
 
 
 
 
 
Vitamin C dalam Sustained Release Vita-C Plus adalah daripada ekstrak jagung. Istimewanya Sustained Release Vita-C Plus ni ia kekal dalam badan selama 5 jam dan dilepaskan perlahan-lahan seperti kita makan 1 1/2 biji oren dalam 1 jam. * 1 biji Vitamin C Shaklee = 7 biji oren* 
 
 
 
2.  VITAMIN E
 
Haa...nak jadikan kulit kita moist? Vitamin E lah jawabnya. Masalah kulit kering akan menyebabkan muka nampak tua.  Vitamin E lebih dikenali sebagai pelindung. Melindungi kulit kita dari sinaran UV, bertindak dari dalam. Di bahagian luar kita perlulah pakai krim pelindung @ moisturizer yang nilai SPF tinggi.
 
 
 
 
 
Vitamin E Complex  Shaklee bekalkan vitamin E & selenium semulajadi. Vitamin E mengandungi antioksida yang kuat bagi meningkatkan kesihatan kulit dengan berkesan. *Juga sangat bagus untuk kesuburan lelaki*
 
 
3.  KOLAGEN
 
Ini pastinya dah semua orang tahu. Bila dikaitkan dengan keanjalan kulit, kulit tegang, hilangkan kedutan; pastilah kolagen yang banyak mainkan peranan. Kolagen perlu untuk pembentukan organ seperti kulit, jantung, ovary, tendon & tulang. Nak kecilkan pori pada kulit, mencerahkan kulit, beri tona sekata pada kulit; amalkanlah pengambilan kolagen setiap hari.
 
 

*kolena - kolagen + Ribena
 
 
Kolagen Shaklee merupakan kolagen premium tahan lasak & bekalkan 4000mg kolagen. Sumber utama kolagen ini adalah dari sisik ikan merah. Jisim molekul kolagen Shaklee adalah serendah 1000 Dalton, nilai Dalton kecil menunjukkan penyerapan lebih berkesan. *Tak boleh terlalu kecil, tak stabil so nanti musnah bila masuk dalam badan.*
 
Haaa...saya memang pilih 3 yang terbaik ni. Saya pilih Shaklee sebab selamat & berkesan. Susah nak yakinkan saya ni tapi Shaklee ada banyak kajian & dah lebih berpuluh tahun produk Shaklee kekal di pasaran, so pasti lahproduk ini terbaik. Betul tak?
 
 
 
 
 
 
 
Ramai yang berpuas hati. Jom cuba juga, bukan setakat kulit cantik tapi badan pun sihat.
 
Antara testimoni dari testimoni2 yang dah banyak terkumpul.
 
 
 
 

 
 

 
 
 
 

 
 

 Macam mana nak order?


       019.948.0013



























Boleh call @ wassap 019-9480013
Penghantaran segera area Kuantan
Pos laju sehari sampai untuk semua di luar area Kuantan. Sabah & Sarawak pun boleh order.





 

Sunday, June 8, 2014

Eksklusif Buat Lelaki Bermasalah Kulit dan Jerawat Teruk

Biasa kita tengok banyak set penjagaan kulit di fokuskan kepada wanita. Lagipun golongan wanita  yang nampak berusaha untuk merawat masalah jerawat dan ingin memiliki kulit muka yang cantik. Macam mana pula dengan lelaki? Lelaki tak ada jerawat ke? Tak segan ke jerawat berketul-ketul di muka tu? Haaa... entry ini khusus buat kaum lelaki yang inginkan masalah jerawat mereka diatasi dengan segera.


 sanggup biarkan jerawat berleluasa di muka?


Kecantikan bukan hak milik wanita sahaja, lelaki pun berhak miliki kecantikan kulit...barulah nampak tampan, segak, bergaya. Nak mengorat cari pasangan hidup senang, nak cari kerja untuk tanggung hidup pun senang. Memang kita tahu lelaki ni malas nak melayan benda-benda remeh terutama bab penjagaan kulit muka ni. Malas nak pakai pencuci muka kannn.... bangun pagi gosok gigi, jirus mana yang patut terus sambar tuala, pakai baju, keluar..BERES. Tak ada masalah kalau anda punyai kulit yang tak bermasalah, jenis kulit yang jerawat segan nak tumbuh. Tapi kalau penuh jerawat batu merah-merah, bernanah, tak mahu juga berusaha merawat muka jerawat tu?

Ok, jom kita tengok penyelesaian bagi masalah kulit jerawat teruk untuk lelaki.


Set yang merangkumi Vitamin E, Vitamin C, B complex dan Zinc adalah amat sesuai untuk masalah jerawat bagi lelaki.

Vitamin E - mengecutkan jerawat, menghilangkan parut jerawat, memudarkan jeragat, mengecilkan
                    pori muka, memudarkan kesan gelap bawah mata

Vitamin C - mengelakkan kulit kusam dan nampak tidak bermaya, menampakkan muka lebih muda
                   (awet muda)

B Complex - mengurangkan penyebab jerawat, memberikan tenaga dan menjadikan wajah lebih ceria


Zinc Complex - kajian telah menunjukkan zink berkesan memulihkan jerawat, mengawal selia
                         jumlah testosterone dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam
                        menyebabkan jerawat, berkait dengan sintesis kolagen, membantu normalkan jumlah
                        minyak kulit dan kekalkan kulit yang sihat
Paling penting >> Zinc membantu dalam penyembuhan luka, jika badan kita kekurangan zink, luka
                              lambat sembuh. So zinc boleh percepatkan memulih luka jerawat yang ada di
                              muka.
Satu set vitamin ini adalah untuk kegunaan selama 4~6 bulan! Pastinya ia jimat dan menguntungkan anda. Hasil diperolehi dengan hanya 1 set sahaja. Menarik kan??
Tengok testimoni berikut:-



Boleh tengok lagi testimoni di entry set kulit hot untuk yang suka cantik. Untuk anda; lelaki yang perkasa kacak dan bergaya, hanya perlu di tambah ZINC COMPLEX untuk mengurangkan dan mencegah jerawat juga membaikpulih kesan luka akibat jerawat.

Pastinya selepas 4~6 bulan dengan pengambilan yang konsisten anda seperti ini :-


kulit sihat bebas dari jerawat :)

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f3067d687ee39c3cbfa75573457e479d


 Untuk detail @ sembang2 dengan saya boleh hubungi bila2 masa, bisnes 24jam


0199480013 sms/wassap/wechat
Pengedar Shaklee Kuantan

Thursday, June 5, 2014

Misi Hilangkan Parut Chicken Pox Dengan Vitamin E

Tragedi May 2014 ~ waduhhh...tragedy tuh ~ diserang sumpahan ayam! ape tu? chicken pox la... Ingatkan dah terselamat takkan kena chicken pox. Lanjut usia pun kena jugak, apa lagi kesan parut chicken pox ni memang hebat la. Bila dah usia emas ni, kulit pulak kurang kolagen so bila kena chicken pox parut memang agak kasar dan susah nak hilangkannya. Memang tak kena hujan pun..Elak kicap bagai..tapi parut chicken pox tetap degil!
 
 
hari ke-3 chicken pox~sapu calamine lotion
 
Blister pada badan memang besar-besar..ikut umur kot,makin tua makin besar..heheh.. Mandi air daun semambu nak hilangkan miang, tapi kalau dah namanya miang sumpahan ayam, memang miang la...rasa nak bagi aircond direct kat badan 24 jam, sebab bila sejuk tak rasa la miang. Tangan memang nak menggaru aje kerjanya... Tempoh 5 hari blister dah kering dan jadi kuping. memang agak cepat jugak la proses baik pulih ni. Caranya ? Tingkatkan imun badan. Saya ambil nutriferon 2 sachet sehari. Bila kuping2 dah kering, misi menelek parut pulak..huhuhu..
 
Parut di muka agak ketara sebab masa blister tumbuh kat muka saya picit pecah..mana la tau tu chicken pox. Ingatkan jerawat..kuang..kuang..kuang...so besar la parut chicken pox di muka ni. Rasanya semua orang sedia maklum fungsi untuk hilangkan parut adalah fungsi utama vitamin E, kan? Banyak dijual minyak vitamin E di pasaran tetapi pilihan saya adalah produk Shaklee :).
 
Saya gunakan vitamin E Shaklee dalam misi menghilangkan parut chicken pox ni. Memang rasa agak mahal..hihihi...ye la sebiji pil vitamin Shaklee ni lebih dari rm1 harganya tau. Guna pulak tu 2 biji setiap hari. Saya gunakan 2 biji vitamin E ; 1 untuk makan + 1 dipecahkan kapsul ~ sapu pada tempat parut.
 
makan 1 biji sehari
 
sapu di parut 1 biji sehari
 
 
Saya baru amalkan ini selama seminggu ~ agak lambat start apply pada parut sebab fokus pada anak-anak pulak yang berjangkit chicken pox. tapi dah nampak kesan walau sedikit...
 
Parut Chicken Pox makin hilang
 
 
Memang puas hati!
Saya update nanti hasil selepas sebulan ye :)
 
Lepas ni nak add on dengan Vitamin C & ESP untuk gebukan kulit.
 
 
Nak tanya @ sembang lebih detail boleh sms / wassap / wechat saya 019-9480013
 
#Perkongsian dari testimoni pengalaman sendiri adalah yang terbaik!#
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...