Showing posts with label Multivitamin. Show all posts
Showing posts with label Multivitamin. Show all posts

Tuesday, February 4, 2014

5 Faktor Mengapa Saya Perlukan Multivitamin

Multivitamin adalah kombinasi vitamin dalam bentuk tablet, kapsul, cecair dan suntikan. Secara saintifik, tubuh memerlukan vitamin untuk berfungsi secara sempurna, iaitu setiap satu daripada 13 vitamin asas seperti A, C, D, E, K dan B12. Kekurangan setiap satu vitamin asas ini mendedahkan tubuh kita kepada penyakit. Secara umum ia boleh membantu mencegah kekurangan vitamin dan mineral yang digunakan untuk meningkatkan nutrisi penting dalam tubuh. Kesibukan urusan harian biasanya menjadi faktor utama perlunya multivitamin. 

Seperti saya, kerja tidak lah sesibuk mana tetapi rutin harian saya yang bekerja dan perlu menguruskan anak-anak memang memerlukan saya mengambil vitamin atau lebih tepat MULTIVITAMIN kerana memenuhi kesemua kekurangan vitamin.




1) Kesibukan Rutin Harian
Corak pemakanan harian yang tidak seimbang dan tidak memenuhi keperluan pemakanan yang sepatutnya. Kita kadang-kadang tidak sempat untuk makan makanan seimbang. Tambahan lagi bagi siapa yang terpaksa rushing ke sana sini seperti saya. Makan tengah hari pun kadang-kadang dibawa ke petang, bungkus makanan di kedai, lauk tak menentu ikut keadaan..heheh..

2)  Masakan Over cooked
Apabila kita memasak makanan kita seperti sayur-sayuran atau buah-buahan ia mengoksidakan dan haba mudah memusnahkan vitamin seperti kumpulan B, C dan E. mendidih atau mengukus sayur-sayuran pula membuang vitamin larut air seperti di atas. Dan beberapa vitamin seperti B6 boleh dimusnahkan oleh penyinaran gelombang mikro. 
Cara paling bagus adalah makan sayur-sayuran dan buah-buahan mentah, tetapi kebanyakan manusia macam saya ni tidak suka  rasa sayur-sayuran mentah,kalau ulam ok!




3) Makanan Proses
Kita dapat lihat pada label makanan ada mengadungi Vitamin E dan sebagainya, tetapi apabila makanan beku ini dinyahbeku dan dimasak, vitamin yang terkandung di dalamnya akan berkurangan. Banyak sumber-sumber biasa Vitamin E seperti roti dan minyak yang telah diproses jadi kandungan sebenar Vitamin E akan berkurangan atau hilang. Oleh kerana vitamin E adalah bersifat antioksidan; yang menghalang kerosakan oksidatif kepada semua tisu, kekurangan itu akan meningkatkan kerosakan lebih cepat untuk sel-sel badan kita. Vitamin lain yang musnah kerana pemprosesan makanan adalah vitamin B1 dan juga vitamin C.

4) kualiti makanan kita 
Walaupun masakan kita adalah hasil organik yang kita beli di pasar, kita perlu ambil kira juga daya tahan sumber tu..contohnya sayur yang dibeli di kedai organik, paling lama tahan pun seminggu, kalau kita masak sayur yang tak fresh, macam mana kandungannya? Banyak nutrien dah hilang... zaman sekarang ni pulak banyak yang GMO, disuntik, macam2 lagi lah..   


5) Tekanan 
Ye...Rasanya ini paling utama menghantui semua orang..STRESS.. Tau tak, bila kita stress, tekanan fizikal dan emosi ni boleh meningkatkan keperluan tubuh untuk vitamin B2, B5 dan C. Pencemaran  udara pun akan meningkatkan keperluan badan kita untuk Vitamin E. 


eemmm... kalau tengok jadual harian saya dari jam 6 pagi sampai 12 malam...FUHHHH!PENAT!

Sarapan pagi saya kadang-kadang ter'skip' sebab berkejar siapkan anak-anak ke sekolah dan rumah pengasuh, kemudian berkejar pula ke pejabat. Sesampai di pejabat bersedia pula untuk masuk ke kelas; serba sedikit persediaan slide/nota/bahan bantu mengajar. habis kuliah boleh la sebentar duduk minum pagi, nasi lemak @ biskut dengan air manis. Mana khasiatnya?

Lunch pun bungkus kat kedai, masakan yang macam2 bahan perasa..ajinomoto nye lagi..

Petang kat opis kadang-kadang makan pisang goreng (rasa macam tiap2 hari), berminyak pulakkk

Balik rumah makan malam baru la hasil air tangan sendiri memasak..tapi bahan2 mentah yang mostly beli seminggu dari pasar tani dan dibekukan. Memang memasak sendiri, tapi macam yang saya list di atas laa...over cooked, process food.. TEPUK DADA TANYA SELERA.

Multivitamin adalah satu cara yang bagus untuk membantu diet tambahan bagi mereka yang tidak mengambil buah-buahan yang cukup, sayur-sayuran segar dan bijirin penuh. Jika anda mengambil pemakanan @ amalkan diet yang seimbang, anda tidak perlu multivitamin ye...anda mungkin hanya perlu vitamin @ makanan tambahan untuk tujuan tertentu sahaja sebagai tambahan kepada keperluan diet anda.

Bagi saya, YES! SAYA PERLU MULTIVITAMIN.

Vitalea Shaklee Multivitamin Pilihan Saya

Kenapa saya pilih Multivitamin (VITALEA SHAKLEE) ? boleh tahu lebih lanjut dalam next entri.





Nak dapatkan Shaklee & sebarang pertanyaan;
sms / call / wassap / wechat : 019-9480013
fb Jaja Kamal
page Q's Health Shoppe
atau hubungi pengedar yang berhampiran >> Pengedar Shaklee





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...