Friday, April 11, 2014

Perempuan dan Senggugut Tak Boleh Berpisah ke?

Perempuan ni istimewa sebab sebulan sekali diberi cuti. Tapi bukan cuti duduk rehat saja2.....ada sesetengahnya pula yang selalu kena senggugut time bercuti ni. Saya juga dari pertama kali datang bulan (cuti) sehingga dah ada anak pun masih senggugut. Cuma sejak setahun dua kebelakangan ni je saya dah tak kena senggugut. So senggugut boleh diatasi... senggugut boleh dipisahkan dari perempuan la maksudnya.






Senggugut rasanya seperti kekejangan di bahagian perut dan pelvis. Senggugut tak sama seperti rasa tak selesa yang dirasai semasa sindrom prahaid (PMS), walaupun gejala kadang-kadang boleh menjadi sama. Ramai wanita mengalami kedua-dua PMS dan kesakitan senggugut.

Senggugut ringan mungkin hampir tidak ketara - kadang-kadang sekadar rasa berat atau mengheret di bahagian bawah abdomen. Tetapi senggugut teruk boleh jadi pedih yang mengganggu rutin aktiviti harian selama beberapa hari.



Kita tengok dulu apa yang menyebabkan senggugut ni...

Selepas ovulasi setiap bulan, jika telur tidak disenyawakan oleh sperma, hormon prostaglandin dibebaskan untuk memecahkan lapisan rahim. Semasa haid, pengecutan rahim akan menyebabkan  tisu yang mati  diusir keluar melalui serviks dan kemudiannya keluar dari badan melalui faraj.


Senggugut adalah disebabkan oleh pengecutan rahim, yang sama dengan pengecutan dirasai semasa bersalin - walaupun tidak sekuat sakit bersalin. Dikatakan bahawa keamatan kesakitan haid dalam sesetengah wanita mungkin berkaitan dengan tahap prostaglandin yang lebih tinggi  dalam lapisan rahim, berbanding dengan wanita yang tidak mengalami kekejangan.



 
Apa yang boleh kita buat untuk kurangkan sakit?

Biasanya kita boleh cuba mengurangkan rasa sakit senggugut ni dengan berbaring apabila sakit tidak baik atau buat senaman sederhana seperti berjalan, urut perut, yoga....dan yang biasa ramai buat ialah menggunakan pad hangat atau botol air panas ke kawasan abdomen. macam tuam/bertungku gitu...kalau istilah saya ;`demoh'..haaaa....



Saya pernah diberitahu oleh doktor, senggugut akan hilang bila sudah berkahwin. Saya tanya kenapa, doktor jawab selepas berkahwin saluran akan longgar sedikit dan mudah untuk pengaliran darah haid. Tapi selepas kahwin senggugut saya masih sama, hari pertama dan kedua datang bulan memang sakit sangat. Dulu2 panadol menstrual tu memang wajib ada dalam stok. Lepas tu doktor bagitau pulak, kebiasaannya selepas bersalin jarang dah kena senggugut sebab saluran dah jadi lagi longgar...ye la dah baby pun keluar lalu laluan tu kan,so dinding saluran dah tak ketat sangat. Rasa sakit tu bila darah haid yang banyak (kadang2 ada yang berketul) nak lalui saluran yang sempit.so tekanan tu buatkan kita tak selesa dan ada yang lebih teruk sakit senggugut sampai tak boleh bergerak/bangun langsung. Tapi saya ni dah bersalin anak pertama, kedua, ketiga, masih lagi sakit senggugut....sehingga saya mencuba Shaklee >> GLA!

Perkongsian dari pengalaman saya. Kalau anda pernah alami apa yang saya alami pasti anda nak sangat cari jalan penyelesaian... saya ikhtiar..cari cara nak mengurangkan rasa sakit ni...


 GLA Complex Shaklee terdiri daripada asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga   matahari dan vitamin E. GLA memang khas untuk legakan sakit senggugut, PMS dan boleh betulkan kitaran haid.



So bagi sesiapa yang berhajat untuk berpisah dengan SENGGUGUT, cubalah GLA Shaklee ini. Keperluan utama bagi wanita .






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...