Showing posts with label Bantu Tingkatkan Minda. Show all posts
Showing posts with label Bantu Tingkatkan Minda. Show all posts

Monday, March 10, 2014

Makanan Minda Untuk Pelajar: Vitamin Untuk Tingkat Daya Ingatan!

Pemakanan memainkan peranan penting dalam menjadikan minda kita dapat berfikir dengan pantas atau sebaliknya. Sebagai pelajar memang sangat perlu dititikberatkan pemilihan makanan kerana pilihan makanan yang bijak mempengaruhi pencapaian sepanjang di sekolah/institusi dan untuk jangka masa panjang. Tidak hairan lah bila kita melihat pelajar yang bosan, gelisah, lalai dan mengantuk atau yang mempunyai memori yang kurang baik adalah mereka yang mempunyai tabiat makan yang kurang bagus. Jadi dengan memilih makanan minda yang betul, ia boleh membantu  memastikan prestasi akademik pelajar yang lebih baik.









 
 
Jom tengok vitamin yang bagus untuk tingkatkan daya ingatan :-
 



Vitamin B
 
Vitamin B membantu memetabolismekan makanan kepada tenaga. Kajian menunjukkan vitamin
B -kompleks ,  asid  folik yang khusus , vitamin B6 dan vitamin B12, memainkan peranan yang penting untuk saraf dan otak kesihatan.Vitamin B boleh didapati dalam bijirin gandum , sayur-sayuran berdaun hijau, susu, telur, daging , ikan dan buah-buahan.
 
  
 
 
Info : Vitamin B Complex Shaklee
 
 
 
 

 
 
 
 
 Omega -3
 
 
 
Terdapat beberapa bukti bahawa asid lemak omega-3 mengurangkan simptom Attention Defisit Hyperactive Disorder (ADHD) dan Developmental Coordination Disorder ( DCD ) pada kanak-kanak. Asid lemak Omega 3 juga boleh menstabilkan mood kerana kajian telah menunjukkan asid lemak Omega 3 dapat meningkatkan tahap serotonin ( neurotransmitter yang mengawal mood ) dalam otak. Ia juga membantu dalam perkembangan kognitif. Ia boleh ditemui dalam ikan air sejuk seperti salmon dan mackerel , walnut , flaxseed , minyak canola, marjerin , produk tenusu yang diperkayakan dan telur yang diperkaya.
 
 
Info : Omega Guard Shaklee
 
 
 
 
 
 
Zink
 
 
 
Satu kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang mengambil 20 mg zink selama 5 hari seminggu ; berterusan untuk 10 - 12 minggu adalah lebih cemerlang dalam perhatian, ingatan , penyelesaian masalah dan koordinasi tangan & mata berbanding mereka yang tidak mengambil zink. Daging tanpa lemak adalah sumber zink yang baik , seperti kekacang seperti kacang kuda , lentil dan kacang buah pinggang. Produk tenusu dan bijirin penuh juga boleh menyediakan sumber zink yang baik.

 
Info : Zinc Shaklee
 
 
 
 
 
 
Besi (Iron)
 
 Kekurangan zat besi boleh dicirikan dengan gejala-gejala seperti kekurangan tenaga dan mengantuk. Terlalu sedikit iron membawa kepada tahap darah rendah, yang menjadikannya lebih sukar untuk otak untuk mendapatkan oksigen yang diperlukan. Makan makanan seperti daging, kekacang , biji-bijian dan bijirin diperkaya, bersama-sama dengan makanan yang kaya dengan vitamin C untuk penyerapan maksimum, akan mengekalkan tahap besi yang betul.
 
 
 
Info : Vitalea Shaklee
 
 
 
 
 
 
 
Jadi, sangat-sangat-saaaaangatt penting untuk menggabungkan jenis makanan pada anak-anak kita ketika sarapan , makan tengahari , makan malam atau makanan ringan-ringan sekalipun. Berikan suplemen/vitamin yang diperlukan kerana ia adalah sanggatttt sukar untuk memastikan anak anda mendapat semua nutrien yang diperlukan daripada makanan sahaja.
 
 
 
 
 
 
 
Bagi kanak-kanak dari usia 6 tahun, cadangan suplemen untuk bantu tingkat daya ingatan adalah Omega Guard & Meal Shakes. 
 
 
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya:-  0199480013 sms/wechat/wassap
 
 
 

 












Monday, December 2, 2013

Omega Guard Shaklee Membantu Tingkatkan Minda Anak Autisma

Autisma adalah permasalahan dalam interaksi sosial, komunikasi & tingkahlaku individu yang dapat dikesan seawal 3 tahun. Saya dapat kesan anak saya seawal 1 tahun setengah! Diagnos & disahkan Autisma seawal 2 tahun. Sekarang Qazzrin Marquez dah 7 tahun.

Qazzrin Marquez - 7 tahun

"Tidak ada ubatan mahupun rawatan bagi mengubati autisma" - YA, Saya akur dengan kata-kata Doktor...tapi sebenarnya ada ikhtiar untuk mengurangkan simptom Autisma. Bukan saya sahaja malahan ramai ibubapa yang mempunyai anak autisma telah mengakuinya. Penjagaan pemakanan, terapi cara kerja, terapi pertuturan & detoks! 

Saya lebih suka fokus pada anak saya & cara saya (lebih tepat - TESTIMONI sendiri). Marquez tak boleh berlebih dengan makanan manis, sama macam kanak2 HYPERAKTIF ye, bila terlebih gula diorang akan jadi aktif, tak duduk diam. Sebab itulah adanya program diet GFCF (gluten free casein free). Haaaa yang itu nanti saya detail kan apa maksud @ pemakanan yang macam mana tu..

Cuma saya nak fokus pada masalah kurang upaya sistem perkembangan saraf otak & minda kanak2 autisma ni..Masalah ni menjejaskan fungsi memproses maklumat di dalam otak & inilah punca kepada 3 permasalahan utama yang ditunjukkan oleh kanak2 autisma iaitu :-

 >> Masalah sosial
      Mereka tidak memiliki keupayaan bersosial dengan orang sekeliling secara normal. Kita dapat lihat 
      mereka macam acuh-tak-acuh, endah-tak-endah dengan orang lain. pendek kata "dalam dunianya 
      sendiri". Seperti anak saya sendiri, ada masanya dia ketawa berdekah2, menjerit sekuat hati, tersenyum,
      menangis secara tiba2 & mengamuk! itu yang sangat menguji kesabaran saya :(

>> Masalah komunikasi
     Sukar untuk berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain. Ada yang lambat bercakap (non-verbal)
     yang hanya guna tangan/sign untuk berkomunikasi. Contohnya anak saya hanya akan tarik tangan &
     tunjuk apa yang dia nak. Bukan anak saya tak boleh bercakap, dia boleh imitate word tapi untuk
     memulakan komunikasi memang masih belum mahir. Ada yang boleh bercakap dengan fasih tetapi apa
     yang dia bualkan tidak sesuai dengan situasi. Ada yang bercakap dengan nada/bahasa yang pelik yang
     tidak difahami. Ada juga yang suka bernyanyi2 tapi tidak jelas sebutannya. (sama macam anak saya
     jugak ;) ) Anak saya memang suka humming/ryhme lagu2 yang dia dengar. Lagu ABC tiap2 hari nyanyi
     tapi sebutan masih belum jelas.

>> Masalah tingkahlaku
     Mereka suka melakukan perkara yang berulang, menyusun barang teratur @ berderet macam keretapi
     tu... hehehe.. Ada yang sukakan benda yang berputar macam roda. Anak saya sukakan benda yang
     berjurai macam daun panjang & obviously dia suka JORAN! minat terlalu mendalam pada ikan.. ;)
     Kadang2 mereka bertindak agresif bila minat/benda yang dia suka di usik @ dihalang oleh orang lain.
     Rutin harian pun susah untuk diubah. Kalau kebiasaan kita pergi menggunakan jalan A, then 1 hari kita  
     nak ubah jalan B, memang dia akan agresif mengamuk!Saya pernah menjerit2 dalam kereta berulang2
     kali bagitau dia kita guna jalan B sebab tak boleh guna jalan A...huhuu

Sebab itulah perlunya kita merawat dengan cara kerja (terapi) & dicadangkan oleh doktor ialah FISH OIL yang mengandungi DHA & EPA untuk pembentukan minda mereka.

Kenapa Omega Guard Shaklee?

>> Omega Guard Shaklee terhasil menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal, melalui proses 
      penyulingan proprietari 3 molekul yang dapat menghasilkan kandungan asid lemak Omega 3 pekat 
      yang paling tulen!

>> Bahan2 bahaya dalam ikan dapat disingkirkan seperti plumbum, arsenik, merkuri dsb. Kebanyakan 
     omega jenama lain hanya menggunakan kaedah high pressure penyulingan untuk mengekstrak minyak 
     ikan shj. & ia bukan sahaja memusnahkan sesetengah nutrien tapi tidak dapat menapis kandungan logam 
     berbahaya.

>> Tidak diekstrak dari minyak hati ikan ye... minyak hati ikan ada kandungan toksik tinggi.

>> Ikan2 yang digunakan oleh Shaklee adalah ikan yg mempunyai tahap merkuri rendah...dari ikan laut 
     dalam & berair sejuk. Kajian menunjukkan ikan air laut sejuk mengandungi asid lemak tidak tepu yg 
     sangat tinggi berbanding ikan lain.

>> Omega Guard Shaklee lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 yg diperlukan oleh badan :-       DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA . Badan kita tak mampu ye nak hasilkan ini, so kena la kita 
      dapatkan supplemen. Ini la yang penting sangat untuk tingkatkan minda anak2 ni.

Perbandingan Omega Guard Shaklee


Jom dapatkan Omega Guard Shaklee sekarang!


Nak berkongsi maslah anak yang autisma, hyperaktif , slow learner @ anda sendiri ada masalah mengingat/ mudah lupa pun boleh sembang2 dengan saya. 











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...