Wednesday, February 26, 2014

5 Cara Enjoy Menjadi Ibu Bapa Autisma


Menjadi ibu bapa yang memiliki anak autisma bermakna perlu bersedia dengan cabaran yang sangat besar. Bukan sahaja mempunyai anak yang memerlukan masa, tenaga, wang, dan sokongan yang luar biasa , tetapi ibu bapa ini juga mesti boleh hidup dengan perubahan tingkah laku anak yang sukar daripada menjerit dan tantrums ke penyalahgunaan diri atau fleksibiliti yang melampau. Ada lagi...ibu bapa terpilih ini juga mesti pandai untuk seimbangkan dalam perkara penjagaan untuk anak autistik mereka VS penjagaan diri mereka sendiri/rakan-rakan/ anak-anak yang lain..dan juga bos di pejabat...Tough kan?
 

                                                         Marquez 2yrs old - 2008
 
 
Walaubagaimana pun...ibu bapa yang memiliki anak autisma di luar sana, JANGAN RASA IA BEBAN! Anak istimewa ini ANUGERAH TAK TERHINGGA buat kita. Di sini saya sarankan 5 cara untuk kita enjoy setiap masa kita sebagai ibu bapa yang memiliki anak istimewa ini.

 
1.  Raikan Setiap Kejayaan Kecil 
 
Memang agak mustahil untuk kita mengelak dari melihat gambaran yang lebih besar tentang anak autistik kita ini, tambahan pula bila satu dunia berkomplot menunjukkan isu-isu cabaran dan kegagalan anak autistik, tapi ITU DULU..

SEKARANG TIDAK LAGI.

Orang ramai sudah mula sedar kewujudan autistik..Dah banyak contoh yang kita boleh lihat tentang kejayaan & kelebihan tersendiri anak autistik. So, kecilkan pandangan mata kita sebentar.. Lihat pada anak autistik kita.  Tengok apa yang anak kita boleh buat hari ini.

Adakah dia boleh senyum pada kita? Belajar pakai baju? Tanya soalan? Gunakan perkataan baru? Menunjukkan pemahaman yang baru tentang perasaan orang lain?

Semua ini adalah kemenangan yang penting, dan perlu dinikmati dan dikongsi bersama. Kongsikan dengan pasangan kita @ kawan yang memahami @ ibu bapa lain yang mempunyai anak autisma. Feel the excitement!
 




Anak saya, Marquez boleh mengira 1 - 10 semasa umur 6tahun. Saya rekodkan saat tu..kongsi dengan cikgu-cikgu. Sekarang ada 3 perkataan yang dia boleh sebut sendiri (dia yang mulakan perbualan) mandi, tidur, duduk..heheheh...memang sangat-sangat happy bagi kami !
 
 










2. Enjoy setiap " Up " Side autisma .

Dari masa ke semasa, semakin anak kita membesar  , sedar tak kita betapa bertuahnya kita mempunyai anak autisma yang menyayangi kita; yang sudah pasti tak akan keluar, hilang bersama kawan-kawan (yang pastinya ada masalah remaja satu hari nanti kannn?). Tak perlu kita pening kepala nak ambil tahu aktiviti bersama kawan-kawan.. Sedar tak kita, anak autisma ini pengikat kasih sayang keluarga. Apa-apa aktiviti akan kita lakukan bersama dengan ahli keluarga yang lain, saling bantu membantu menjaga/mendidik anak autisma ini; sedar tak betapa banyak masa yang kita  telah luangkan bersama? Enjoy it!






Marquez banyak main peranan dalam hubungan kekeluargaan saya...merapatkan kasih sayang kami; suami isteri; dan adik-beradiknya yang lain.













3. Cari Kumpulan Sokongan/Penyokong .


Jika ada di antara ibu bapa autisma merasa sendirian (biasanya new parent yang baru diagnos anak autisma), anda sepatutnya bergembira dengan realiti bahawa anda adalah sebahagian daripada masyarakat besar yang memahami dan mahu berkongsi dengan anda. Sama ada melalui kumpulan sokongan yang berhampiran kawasan atau secara online, anda boleh mencari beribu-ribu orang yang ingin meraikan kemenangan dengan anda , membantu anda menyelesaikan masalah anda, dan simpati dengan anda apabila perkara-perkara yang sedang suram. Jika anda tidak pernah berpeluang bertemu ibu bapa autisma yang lain , ini adalah masa yang terbaik untuk anda mulakan!.



Marquez join NASOM since 2010. Di mana pendidikan awal untuk kanak-kanak autisma diajar & membantu anak istimewa ini berdikari.. (sekolah pra/tadika lain agak berat nak terima). Kumpulan sokongan ibubapa autisma yang lain banyak mengajar saya cara membesarkan Marquez..memang ada masa kita akan down, tapi bila bersama kumpulan sokongan (juga group fb autisma Malaysia) yang memang memahami; kita akan rasa lega..







4. Fokus pada Kualiti Yang Betul 

Hentikan ratapan..kesalan...sedih..termenung..

MOVE ON!

Selagi kita berharap pada harapan yang tinggi; nak anak jadi PM ke ape..atau terus  meratapi 'keadaan kekurangan' anak, kita akan terus rasa tak puas hati dengan anak dan apa saja pencapaiannya. Tapi bila kita membiarkan harapan tu pergi, dan beri tumpuan kepada kebolehan sebenar dan bakat anak, kita akan mula melihat gambar yang berbeza muncul .

Bagaimana anak kita kuat? Berbakat? Penyayang ?

Fokus pada apa yang ada pada anak kita. Berpijak pada realiti...asah bakat kecenderungannya.
Pasti anda juga akan terkejut dengan apa yang bakal dicapai satu hari nanti!

 

 
 
 





Marquez masih belum ada kemajuan dalam apa-apa bidang..
IT'S OK! saya masih menunggu..heheh..
kalau tanya apa harapan saya :----
saya nak dia jadi tahfiz.















5. Cari Minat Untuk Dikongsi Bersama .

Ia boleh menjadi perkara yang sukar untuk mencari kepentingan bersama apabila anak kita seolah-olah terlalu obses pada gajet/ mainan atau rancangan TV semata-mata. Ia perlukan kesabaran dan ketekunan untuk mencari minat/kepentingan bersama. Sesetengah keluarga mencari kepentingan bersama dalam aktiviti seperti mendaki , berenang , menonton filem , bowling , memasak , berlari, dan banyak lagi. Sebaik sahaja anda menemuinya anda boleh menikmati bersama dengan keluarga/ orang lain, secara tak langsung hubungan anda akan berkembang!

 
 
 
 



 Kami sekeluarga memang selalu bawa Marquez & 4Q lagi outing setiap hujung minggu & cuti sekolah. Shaquille minat pada benda-benda sejarah & sains, Jacquin minat pada binatang-binatang. Marquez lebih cenderung pada ikan/haiwan dalam laut. Tapi tiada masalah bila semua aktiviti biasa dilakukan bersama...yang penting bagi Marquez; cukup ahli keluarga! Seronok bila buat semua aktiviti bersama...kalau cuti sekolah biasanya 3,4 buah keluarga sekali bercuti bersama.
 
 
 
Ada juga ibubapa autisma yang ambil keputusan tidak membawa anak keluar sebab risau pada 'pandangan' orang & penat nak layan kerenah anak...tapi kita perlu bagi mereka bersosial, kenal dunia luar..Marquez dulu pun susah nak dikawal, tapi bila dia dah biasa dibawa ke public; lama2 dia boleh biasakan diri...
 
 

 
Kita tidak dapat lari dari hakikat 'disabilities' anak autisma kesayangan kita...tapi jangan jadikan itu satu beban perasaan yang perlu ditanggung hingga mensia-siakan masa-masa penting yang berlalu sepanjang mereka membesar..
 
Nikmatilah setiap saat...Hargailah setiap detik mereka membesar...Kasih sayang mereka kepada kita tidak dapat diluah & tidak terhingga..
 
KITA ADALAH IBU BAPA YANG ISTIMEWA!
 
 
 

Marquez 8 months - 2007


 Marquez 8 years - 2014
 
 
mY aUtism SoN's JourNey
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
*Apasal ayat macam terbelit lidah..hahaha...susah nak buat ayat formal sebeno nya

 
 

Wednesday, February 19, 2014

Vitamin Yang Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Kehamilan adalah saat yang paling bahagia bagi pasangan suami isteri terutama yang pertama kali bakal menjadi ibu & ayah. Setiap detik dari mula si ibu mendapati dia telah mengandung, penjagaan kesihatan yang rapi adalah amat penting, bukan sahaja untuk si ibu yang mengandung , malah si kecil di dalam kandungan ibu itu. Pemakanan haruslah dijaga. Pengambilan vitamin @ supplemen perlu bagi memenuhi kekurangan dalam pengambilan pemakanan ibu setiap hari. Pasti kita mahu yang terbaik untuk si kecil yang di dalam kandungan kan...jadi ibu haruslah mendapatkan hanya yang terbaik untuk kedua-duanya.



Pertama kali berjumpa Doktor untuk mengesahkan kehamilan pasti Doktor akan bekalkan beberapa jenis vitamin seperti asid folic, kalsium dan obimin.
Berita baik!  Shaklee telah menghasilkan vitamin semulajadi yang selamat dan berkesan dan amat-amat sesuai untuk keperluan ibu mengandung!
Sebaiknya elakkan pengambilan bahan sintetik. Zaman sekarang sudah banyak kesedaran dalam pengambilan pemakanan harian; back to nature. Ibu perlu dapatkan makanan seimbang dalam setiap hidangan, namun bagi ibu mengandung, kita perlu dapatkan makanan tambahan untuk mencukupi keperluan ketika mengandung.

Di awal trimester pertama kebanyakan ibu mengalami masalah loya, muntah, pening, badan penat/letih. Cadangan vitamin Shaklee yang sesuai :-



 B COMPLEX -menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg. 




VITALEA -kebanyakan ibu mengandung mengalami masalah anemia (low hb), so ibu perlu ambil Vitalea; multivitamin terbaik yang mengandungi zat besi untuk menampung kekurangan dalam badan ibu.
  • Penambahan Tenaga Segera
  • Pelengkap Nutrisi
  • Keupayaan Sistem Produktif
  • Metabolisma
  • Elemen Penting Pada Sel Tubuh
  • Melindungi Organ 








VITAMIN C - ibu mengandung perlu ambil vitamin C untuk membantu dalam penyerapan zat besi di usus . Pengambilan Vit C bersama Vitalea memudahkan penyerapan & lebih berkesan.

  • membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan 










OSTEMATRIX - membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.




Bagi ibu yang loya/muntah2, disarankan mengambil Peppermint Ginger Plus kerana banyak membantu membuang angin & memberikan kelegaan pada masalah sebu/kembung perut.
Mealshake pula membantu menguatkan badan, bagi ibu yang tidak ada selera makan/tidak boleh makan (muntah2).


Untuk ibu mengandung trimester 2 & 3 boleh meneruskan 4 vitamin asas :- Vitalea, Vitamin C, B Complex, Ostematrix, dan tambahan Omega Guard & minuman protein ESP.



ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) - sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.
  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • membantu mengurangkan kolesterol.






OMEGA GUARD - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.







Ibu2, janganlah culas nak makan vitamin...jagalah diri terutama si kecil yang kita sayangi tu.
Kalau tak boleh nak telan vitamin, ambil lah makanan yang mengandungi zat-zat yang diperlukan dengan cukup. Memang bayi membesar dengan baik, cukup nutrisi yang disalurkan oleh ibu kepada bayi, tetapi macam mana pula dengan nutrisi dalam badan ibu? Sebab itulah masa mengandung ada ibu yang alami masalah gusi berdarah, cramp, kulit kering, sembelit, etc. Sayangilah badan kita. Jagalah kesihatan untuk bayi yang akan lahir nanti...kita lah yang akan jaga dia sehingga besar & boleh berdikari kan? Sayangi kesihatan diri kita untuk anak2 & keluarga kita.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi saya : 0199480013


 Penghantaran Shaklee terus ke tangan anda untuk area KUANTAN.
sihat,cergas,ceria dengan Shaklee






Tuesday, February 4, 2014

5 Faktor Mengapa Saya Perlukan Multivitamin

Multivitamin adalah kombinasi vitamin dalam bentuk tablet, kapsul, cecair dan suntikan. Secara saintifik, tubuh memerlukan vitamin untuk berfungsi secara sempurna, iaitu setiap satu daripada 13 vitamin asas seperti A, C, D, E, K dan B12. Kekurangan setiap satu vitamin asas ini mendedahkan tubuh kita kepada penyakit. Secara umum ia boleh membantu mencegah kekurangan vitamin dan mineral yang digunakan untuk meningkatkan nutrisi penting dalam tubuh. Kesibukan urusan harian biasanya menjadi faktor utama perlunya multivitamin. 

Seperti saya, kerja tidak lah sesibuk mana tetapi rutin harian saya yang bekerja dan perlu menguruskan anak-anak memang memerlukan saya mengambil vitamin atau lebih tepat MULTIVITAMIN kerana memenuhi kesemua kekurangan vitamin.




1) Kesibukan Rutin Harian
Corak pemakanan harian yang tidak seimbang dan tidak memenuhi keperluan pemakanan yang sepatutnya. Kita kadang-kadang tidak sempat untuk makan makanan seimbang. Tambahan lagi bagi siapa yang terpaksa rushing ke sana sini seperti saya. Makan tengah hari pun kadang-kadang dibawa ke petang, bungkus makanan di kedai, lauk tak menentu ikut keadaan..heheh..

2)  Masakan Over cooked
Apabila kita memasak makanan kita seperti sayur-sayuran atau buah-buahan ia mengoksidakan dan haba mudah memusnahkan vitamin seperti kumpulan B, C dan E. mendidih atau mengukus sayur-sayuran pula membuang vitamin larut air seperti di atas. Dan beberapa vitamin seperti B6 boleh dimusnahkan oleh penyinaran gelombang mikro. 
Cara paling bagus adalah makan sayur-sayuran dan buah-buahan mentah, tetapi kebanyakan manusia macam saya ni tidak suka  rasa sayur-sayuran mentah,kalau ulam ok!




3) Makanan Proses
Kita dapat lihat pada label makanan ada mengadungi Vitamin E dan sebagainya, tetapi apabila makanan beku ini dinyahbeku dan dimasak, vitamin yang terkandung di dalamnya akan berkurangan. Banyak sumber-sumber biasa Vitamin E seperti roti dan minyak yang telah diproses jadi kandungan sebenar Vitamin E akan berkurangan atau hilang. Oleh kerana vitamin E adalah bersifat antioksidan; yang menghalang kerosakan oksidatif kepada semua tisu, kekurangan itu akan meningkatkan kerosakan lebih cepat untuk sel-sel badan kita. Vitamin lain yang musnah kerana pemprosesan makanan adalah vitamin B1 dan juga vitamin C.

4) kualiti makanan kita 
Walaupun masakan kita adalah hasil organik yang kita beli di pasar, kita perlu ambil kira juga daya tahan sumber tu..contohnya sayur yang dibeli di kedai organik, paling lama tahan pun seminggu, kalau kita masak sayur yang tak fresh, macam mana kandungannya? Banyak nutrien dah hilang... zaman sekarang ni pulak banyak yang GMO, disuntik, macam2 lagi lah..   


5) Tekanan 
Ye...Rasanya ini paling utama menghantui semua orang..STRESS.. Tau tak, bila kita stress, tekanan fizikal dan emosi ni boleh meningkatkan keperluan tubuh untuk vitamin B2, B5 dan C. Pencemaran  udara pun akan meningkatkan keperluan badan kita untuk Vitamin E. 


eemmm... kalau tengok jadual harian saya dari jam 6 pagi sampai 12 malam...FUHHHH!PENAT!

Sarapan pagi saya kadang-kadang ter'skip' sebab berkejar siapkan anak-anak ke sekolah dan rumah pengasuh, kemudian berkejar pula ke pejabat. Sesampai di pejabat bersedia pula untuk masuk ke kelas; serba sedikit persediaan slide/nota/bahan bantu mengajar. habis kuliah boleh la sebentar duduk minum pagi, nasi lemak @ biskut dengan air manis. Mana khasiatnya?

Lunch pun bungkus kat kedai, masakan yang macam2 bahan perasa..ajinomoto nye lagi..

Petang kat opis kadang-kadang makan pisang goreng (rasa macam tiap2 hari), berminyak pulakkk

Balik rumah makan malam baru la hasil air tangan sendiri memasak..tapi bahan2 mentah yang mostly beli seminggu dari pasar tani dan dibekukan. Memang memasak sendiri, tapi macam yang saya list di atas laa...over cooked, process food.. TEPUK DADA TANYA SELERA.

Multivitamin adalah satu cara yang bagus untuk membantu diet tambahan bagi mereka yang tidak mengambil buah-buahan yang cukup, sayur-sayuran segar dan bijirin penuh. Jika anda mengambil pemakanan @ amalkan diet yang seimbang, anda tidak perlu multivitamin ye...anda mungkin hanya perlu vitamin @ makanan tambahan untuk tujuan tertentu sahaja sebagai tambahan kepada keperluan diet anda.

Bagi saya, YES! SAYA PERLU MULTIVITAMIN.

Vitalea Shaklee Multivitamin Pilihan Saya

Kenapa saya pilih Multivitamin (VITALEA SHAKLEE) ? boleh tahu lebih lanjut dalam next entri.





Nak dapatkan Shaklee & sebarang pertanyaan;
sms / call / wassap / wechat : 019-9480013
fb Jaja Kamal
page Q's Health Shoppe
atau hubungi pengedar yang berhampiran >> Pengedar Shaklee





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...