Tuesday, September 9, 2014

10% Dari Cabaran Hidup Mendidik Anak Autisma Saya

Bukan mengeluh..Bukan 'mengesah'...
Tapi ramai yang tak tau cabaran yang saya lalui dalam membesarkan anak Autisma saya.
Tak! Bukan saya nakkan simpati..
Tak! Bukan saya nakkan ihsan
Cukup setakat memahami..
Ini hanya 10% dari kisah cabaran saya...90% lagi?
Bayangkan.....




Muhammad Qazzrin Marquez

Masa didiagnos dulu 70% ciri autisma ada pada dia
sekarang dah umur 8 tahun, severe autism kata Doctor. bahasa kampung kita ni autisma yang berat la..
saya agak terkilan kalau orang bandingkan masalah saya dengan anak2 istimewa yang lain
Tak! Tak sama!
setiap anak istimewa ni ada cabaran tersendiri
tapi bagi saya, kalau yang bermasalah fizikal tapi pembelajaran ok; maksudnya boleh bertutur @ berkomunikasi tak kira la macam mana cara luahan komunikasi tu; itu lebih baik dari masalah Marquez
kalau bisu @ pekak tapi boleh berkomunikasi; itu pun sangat2 baik


Marquez ada masalah dalam pembelajaran...masalah dalam komunikasi...
Ibaratkan macam bercakap dengan tunggul kayu (kejamnya!)
Tak! bukan mengata anak sendiri
saya nak bagi perumpaan..sebab manusia ni payah nak suruh berfikir @ berimaginasi sendiri
Tak! saya bukan kata anda...tapi ada sesetengah manusia...



Saya mengajar Marquez mengenal ABC dari umur 4 tahun sehingga sekarang, 8 tahun. Tapi dari 26 alphabet itu hanya beberapa yang dia kenal (tulis & sebut) dengan betul.
Boleh bayangkan?
4 tahun belajar..kalau anak2 yang lain tempoh 4 tahun tu dah boleh membaca dengan laju.
Tak! saya tak putus asa
kenapa saya nak putus asa? walaupun perit, sedih, tension nya saya ....saya kena buat jugak..


Mengajar Marquez bukan seperti anak2 yang lain
15 minit pertama biasanya dia akan pegang pensel & termenung
pandang kiri, pandang kanan, pandang kertas, pandang sekeliling
saya akan tunjuk dia huruf & sebut, pegang tangan dia & tulis
biasanya saya ulang 5 kali & suruh dia pulak tulis
15 minit saya ulang arahan "Marquez, tulis A" berkali2
Tak! saya tak jemu
Tak! saya tak hilang sabar
sedangkan kalau adik beradiknya yang lain memang dah kena sergah dah tu
mengajar Marquez tak boleh lama...dia hilang fokus (yang sememangnya susah nak dapat, hanya selepas 15 minit), dalam 10~15minit dia menulis, dia akan stop



next task akan berulang lagi...cuma biasanya untuk seterusnya akan ambil masa 5~10 minit, dia akan pegang pensel & menulis
Ya! arahan akan berulang lagi "Marquez, tulis A"
Ya! itu yang saya lakukan sudah hampir 4 tahun

Tak pandai2 ke dia?
Tak boleh langsung ke dia?
Jangan tanya saya...saya tak ada jawapan...soalan tu akan hanya buatkan saya menangis...

Ada masa dia boleh buat/menulis sendiri
saya bagi buku & tunjuk beberapa helaian untuk dia buat
Ya! ada juga la masanya dia buat sendiri
tapi...selama 4 tahun dia belajar masih pada tahap mengenal ABC...

toilet train Marquez ambil masa 2 tahun
adik beradik yang lain hanya 6bln ~1 tahun
mungkin anak2 orang lain ada yang hanya 3 bulan
mak2 yang ada anak istimewa memang sangat2 sabar dalam hal ni...kan?




Speech terapi dari umur 4 tahun sehingga sekarang
ada masa progress dia memberangsangkan
ada masa makin merosot
ada masa harapan saya berbunga2
ada masa harapan saya gelap gelita

Tak! saya tak putus asa
Ya! memang saya dah berhenti meletak harapan..
saya hanya nak follow the flow...tak ada push2...
mungkin sebab saya nampak Marquez tak mampu...
mungkin sebab saya tak nak terlalu kecewa

Doa saya kalau saya pergi dulu biar dia pergi bersama saya...




Saturday, September 6, 2014

3 Pilihan Terbaik Untuk Kulit Cantik Tanpa Mekap

Semua orang sukakan 'cantik'. Baju cantik, kasut cantik, apatah lagi kulit cantik.
Perempuan la yang paling pentingkan penjagaan kulit yang cantik dan sihat. sebab tu banyak produk kecantikan di pasaran.
sebab tu juga perempuan sukakan mekap..nak cantik kan?
tapi kan lagi best kalau kulit kita cantik tanpa mekap.
tak perlu nak tepek tebal2 kat muka, cantik secara semulajadi.


 

 
 
Boleh tengok 3 pilihan terbaik (pilihan saya) yang dapat jadikan kulit sihat dan cantik--
 
 
 
1. VITAMIN C
 
Salah 1 dari vitamin antioksidan yang terbaik (A,C,E) fungsi untuk melindungi sel dari radikal bebas yang trigger masalah kulit berkedut, kulit kusam & tanda2 penuaan. Vitamin C juga dapat hasilkan kulit yang licin dan gebu. Kesan bintik2 (brown spot) pun boleh pudar tau. Best kan? Vitamin C juga untuk tingkatkan imun badan, penghasilan kolagen, pertumbuhan & pembaikan tisu.
 
 
 
 
 
Vitamin C dalam Sustained Release Vita-C Plus adalah daripada ekstrak jagung. Istimewanya Sustained Release Vita-C Plus ni ia kekal dalam badan selama 5 jam dan dilepaskan perlahan-lahan seperti kita makan 1 1/2 biji oren dalam 1 jam. * 1 biji Vitamin C Shaklee = 7 biji oren* 
 
 
 
2.  VITAMIN E
 
Haa...nak jadikan kulit kita moist? Vitamin E lah jawabnya. Masalah kulit kering akan menyebabkan muka nampak tua.  Vitamin E lebih dikenali sebagai pelindung. Melindungi kulit kita dari sinaran UV, bertindak dari dalam. Di bahagian luar kita perlulah pakai krim pelindung @ moisturizer yang nilai SPF tinggi.
 
 
 
 
 
Vitamin E Complex  Shaklee bekalkan vitamin E & selenium semulajadi. Vitamin E mengandungi antioksida yang kuat bagi meningkatkan kesihatan kulit dengan berkesan. *Juga sangat bagus untuk kesuburan lelaki*
 
 
3.  KOLAGEN
 
Ini pastinya dah semua orang tahu. Bila dikaitkan dengan keanjalan kulit, kulit tegang, hilangkan kedutan; pastilah kolagen yang banyak mainkan peranan. Kolagen perlu untuk pembentukan organ seperti kulit, jantung, ovary, tendon & tulang. Nak kecilkan pori pada kulit, mencerahkan kulit, beri tona sekata pada kulit; amalkanlah pengambilan kolagen setiap hari.
 
 

*kolena - kolagen + Ribena
 
 
Kolagen Shaklee merupakan kolagen premium tahan lasak & bekalkan 4000mg kolagen. Sumber utama kolagen ini adalah dari sisik ikan merah. Jisim molekul kolagen Shaklee adalah serendah 1000 Dalton, nilai Dalton kecil menunjukkan penyerapan lebih berkesan. *Tak boleh terlalu kecil, tak stabil so nanti musnah bila masuk dalam badan.*
 
Haaa...saya memang pilih 3 yang terbaik ni. Saya pilih Shaklee sebab selamat & berkesan. Susah nak yakinkan saya ni tapi Shaklee ada banyak kajian & dah lebih berpuluh tahun produk Shaklee kekal di pasaran, so pasti lahproduk ini terbaik. Betul tak?
 
 
 
 
 
 
 
Ramai yang berpuas hati. Jom cuba juga, bukan setakat kulit cantik tapi badan pun sihat.
 
Antara testimoni dari testimoni2 yang dah banyak terkumpul.
 
 
 
 

 
 

 
 
 
 

 
 

 Macam mana nak order?


       019.948.0013



























Boleh call @ wassap 019-9480013
Penghantaran segera area Kuantan
Pos laju sehari sampai untuk semua di luar area Kuantan. Sabah & Sarawak pun boleh order.





 

Tuesday, September 2, 2014

Menyampah sangat pada suplemen Shaklee!

Ramai yang menyampah pada Shaklee ke? Menyampah pada suplemen Shaklee atau menyampah pada pengedar Shaklee? Haaa...tu kena selidik betul-betul. Marahkan sapi lembu pulak yang kena. Memang tak dinafikan iklan mempromosi produk Shaklee banyak sangat sekarang, sebab pengedar bertambah setiap hari << produk bagus tentu lah ramai yang berminat nak jadi pengedar. Janganlah menyampah sangat pada produk Shaklee. Kalau kita pergi pasar pun orang jual ikan sama je 3,4 buah meja tapi cara penjual tu tarik perhatian pelanggan berbeza-beza, betul tak?



Kita tengok apa istimewanya Shaklee ni :-

1- Sentiasa selamat - keselamatan amat penting di Shaklee & standard Shaklee tiada bandingannya. Lebih 350 ujian telah dijalankan pada setiap ramuan baru utk kesan pencemaran berbahaya, dan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setahun dijalankan bagi memastikan ketulenan dan kebolehan potensi sebenar. 

2- Sentiasa berkesan - terbukti berkesan daripada pemilihan bahan-bahan semulajadi yg paling halus & tulen sehingga bukti kajian sains & makmal yg terdapat lebih drpd 100 bahan kajian penerbitan.

3- Sentiasa Mesra Alam - selama lebih drpd 55 tahun Shaklee menjadi peneraju dlm pergerakan alam sekitar (1960- pencuci biorosot pertama dicipta) sekarang menjadi syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral bg mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau Shaklee.

Bukti dan kajian ada!
Antaranya --->> kajian 2007; mereka yg mengambil suplemen Shaklee selama lebih drpd 20 tahun mempunyai kesihatan yg lebih baik berbanding mereka yg mengambil suplemen lain @ yang tidak mengambil suplemen langsung.



Rata-rata saya usha orang yang tak suka Shaklee ni sebenarnya diorang juga ambil suplemen, tapi produk lain. So jangan lah terlalu mencanang yang suplemen ni tak bagus...emmm tak payah la kita bercerita pasal golongan ni kann..standard la ada penyokong & ada pembangkang..hihihi..Kan lebih baik bertukar terus ke Shaklee :)

"Tukar jenama mampu menukar kehidupan anda"


Monday, September 1, 2014

Apa yang perlu dibawa untuk bercuti di pulau?

Hi readers! Entry kali ni tercetus bila saya sendiri tak tau apa yang perlu saya bawa untuk pergi bercuti ke pulau. Saya sibuk mengoogle tapi tak banyak jawapan yang memuaskan hati saya. Tambahan pulak percutian saya ni bersama 5 orang anak yang kecil2 pulak tu. Kalau bawak barang banyak susah pulak nak berangkut naik bot nanti...mana nak angkut anak, mana nak angkut barang.. so nak bawak barang naik bot kena la bawak yang betul2 penting je. Tapi dengan keperluan 5 orang anak + mak bapak, logik ke nak bawak barang sikit? So dari pengalaman saya sendiri, nak saya kongsikan apa yang perlu dibawa untuk bercuti di pulau...
 
Pulau Kapas
 
Bercuti di Pulau Kapas dengan anak2 kecik & nak jimat space/muatan barang untuk mengangkut, kalau pergi 3D2N, barang yang perlu bawak;-
 
1.   1 pasang baju tidur - pakai baju yang sama je untuk 2 malam. buat tidur je kan...tapi kalau anak
                                        yang jenis terkucil malam2 kena standby jugak la sepasang lagi.
 
2.   1 baju mandi/swimsuit - anak2 saya hero semuanya so senang diorang just pakai seluar
                                             pendek/boxer je. untuk baby bawak cover cloth diaper @ kalau ada 
                                             swim-diapers ke swim pant ke ape2 la untuk dia pakai siang. takkan nak
                                            pakai pampers kan, membazir je...jenuh plak nak tukar2 dok guling2
                                            dengan pasir.
 
 
 
3.   2 baju + seluar basahan - mandi & pakai lepas mandi. lepas mandi nak pakai baju kering
                                               kan?...bukan  12jam dalam air. so gilir2 baju tu. jangan risau, dok tepi
                                               pantai memang cepat kering baju.
 


 
 
4.   2 helai tuala - chalet memang ada sediakan tuala tapi 7 orang sekeluarga ni memang tuala tak
                            sempat nak kering bila share2 ni. ada jugak yang tak selesa pakai tuala
                            chalet...bukan taraf dobi kat hotel so ada la kelemahannya.
 
5.   1 pasang baju cantik/melawa - ni untuk pakai masa balik. tapi kan boleh je pakai baju yang sama
                                                       masa datang ke pulau tu...basuh baju tu & pakai la masa balik.jimat
                                                       space beg! saya hari tu tak terpikir nak basuh memang           
                                                       ada bawak baju lain... pas tu beg full tapi barang yang perlu  
                                                       tertinggal :(
 
6.   1 pasang selipar - pakai yang tu je masa pergi ke mandi ke..tak payah pakai kasut cantik2, high
                                   heel ke boot ke...nak pergi main air kannnn..
 
7.   susu anak2 / botol susu / pencuci botol
 
8.   biskut2/roti2 - kat pulau maheiiii
 
9.   kettle - nak masak air buat susu anak
 
10.   ubat nyamuk - nyamuk kt pulau ni ada masa2 je...start kul 5pm sampai 8@9 malam je...pas tu
                                tidur malam ok je tak ada nyamuk. so bakar la ubat nyamuk time petang tu.
                                nyamuk besar2 wehh..kesian kat anak yang kecik2 ni derma darah sesaja...
                                 (standby Herbal Blend la sapu tempat gigit nyamuk)
 
11.   2 helai tudung - 1 untuk mandi, 1 untuk pakai kering/lepas mandi..pakai yang sama je masa
                                  datang & balik nanti ok. tak payah la tudung faridah ke nursarah ke..shawl @
                                  bawal rm10 je pun ok.senang tak payah nak kena jaga awning ke iron ke ape.
 
 
 
12.   sunblock - haaaa...wajib la ni kan pasal memang nak berjemur tepi pantai
 
 
 
 
 
13.   vitamin E - semestinya Shaklee! kenapa nak ada vitamin E? sunblock tu fungsinya protect kulit
                           luar, Vitamin E ni protect dari dalam. bawak 3 biji je, makan sebiji setiap pagi. nak
                           berjemur macam mat saleh pun rasa relax je sebab ada protect luar & dalam.
 
 
 
 
14.   nutriferon untuk anak2 & vitamin C - ni memang tak pergi pulau pun saya sentiasa bawak.
                                                                     kuatkan imun anak2 saya. biasa kita tengok lepas balik
                                                                     bercuti kan budak2 selalu tak sihat sebab penat, kena
                                                                     selsema, batuk, demam...prevent is better than cure.
                                                                     takkan nak cakap "tak payah pergi bercuti la nanti tak
                                                                     sihat", so kita cubalah kuatkan imun badan anak2. in shaa
                                                                     Allah, kita usaha, Allah yang tentukan. kalau dah 
                                                                     kehendak-Nya jatuh sakit, kita terima.
 
15.  bantal kecik2 - ni extra...sebab kesian nanti anak2 berkongsi bantal.dalam chalet ada 2 bantal
                                je.mak bapak tak pe la boleh share. 5 lagi anak ni takkan share 1 bantal? bawak
                               yg kecik je..yg lembut2 yg senang nak bawak.
 
Ok. tu 15 barang yang penting bila bercuti ke pulau dengan anak2 ramai & kecik2...ni memang saya sumbat dalam 1 beg pack + bakul kecik (susu/botol susu/mknan). tak boleh banyak beg sebab nak bawak/pimpin anak2 lagi.. nak cari chalet pun biar yang dekat dengan jeti. tak adalah jauh nak berjalan memunggah barang. nanti penat2 anak2 pulak jadi mangsa kena marah...dah spoilt mood nak bercuti. anak2 ni paham2 la..dah Nampak air memang tak dengar dah suara kita yang terpekik terlolong ni..
 
Oh yea..duit bawak banyak sikit. makan pagi, tengahari, minum petang, makan malam memang 2 kali ganda, kecuali kalau anda memang pagi petang siang malam dah biasa makan restoren mahal.
 
 
 
naik bot..yeeaahuuuu..
 
 
maintain cun walau terbakar kulit..huahahahaha
 
Have fun!! :)
 
 
 

 

Perangi Kolesterol Secara Drastik Dengan Set Shaklee

Jom berperang dengan kolesterol. Macam mana tu? Memang semua orang ada kolesterol, cuma beza sikit atau banyak kolesterol yang terkandung dalam badan. Kolesterol pula ada yang jahat, ada yang baik. Saya memang nak ajak semua atasi kolesterol secara drastik sebab kolesterol sangat bahaya pada kesihatan. Bagi saya ini musuh dalam diam...saya kategori badan ideal, rajin jugak la bersukan tapi kolesterol tinggi, sebab tu saya kata kolesterol ni musuh dalam diam..huhuu...

 
 
 
 
Okey..mana datangnya kolesterol ni? semua penyakit berpunca dari makanan...sebab tu kita kena jaga pemakanan kita. tapi bagi situasi saya yang bekerja & menguruskan anak2 sendiri, saya memang tidak sempat nak menyediakan makanan yang berkhasiat...memang 5 hari seminggu dinner kami sekeluarga adalah di kedai @ pasar malam. *sigh* Banyak makanan bergoreng, berperisa, 'pak aji naik motor'...memang boleh kita order makanan rebus2 je tapi macam mana pula perisa2 tu...eemmmm selagi namanya makan di kedai memang susah la nak dapatkan makanan khasiat, betul tak? kalau cakap pasal makan memang rata2 akan jawab 'masak sendiri je kat rumah lagi berkhasiat'...huhuu...saya tak sempat, serius! masa dari balik kerja sampai sebelum anak2 tidur memang sangat berharga; hanya sempat untuk mandi, solat, makan & buat homework/ajar anak2; mana ada masa nak masak.
 

 
Ok..malas nak explain banyak. Jom tengok cara nak kurangkan kolesterol dengan set Shaklee (yang bantu saya turunkan kadar kolesterol saya sekarang):-
 
 



 
 
>>>>>>>>Phytocol - mencegah penyerapan kolesterol
 
 
 
>>>>>>>Omega Guard - menurunkan kadar kolesterol
 
>>>>>>>CoQHealth - menguatkan sistem jantung
 
 
 
 
Saya dah amalkan 3 supplemen ni. Anda bila lagi?


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5248e5118c84beea359b6ea385393661

Friday, July 4, 2014

Kesilapan UTAMA Pembeli Shaklee

Ramai dah yang beralih kepada Shaklee sekarang ni. Bagus! TAHNIAH! Anda di landasan yang betul. Tetapi sebagai pembeli @ pengguna, pastikan anda tidak melakukan kesilapan yang merugikan anda. Jadilah pengguna yang bijak !



Apa kesilapan UTAMA tu?
Membeli TANPA konsultasi yang betul.

Kenapa perlu konsultasi?

Biasanya pembeli akan google produk2 Shaklee yang diperlukan, ada juga yang seharian study blog2 untuk tengok suplemen Shaklee yang berkaitan. Kemudian terus buat keputusan berdasarkan pencarian tu. Bila hubungi SID terus minta nak beli sekian2 vitamin TANPA memberitahu masalah yang dialami.
Contohnya customer A nak set kulit cantik (Vitamin C, Vitamin E , B Complex) tapi masalah customer A sebenarnya agak kritikal kerana kulit berjerawat batu @ teruk dan kulit jenis berminyak. Bila customer A mula consume, makin naik jerawat besar, 2 minggu lepas tu keluar pulak status "tak nak la makan Shaklee ni, makin teruk jerawat aku".  Rupanya customer A tidak sesuai mengambil vitamin E sebab kulit berminyak dan beliau perlu mengambil Zinc Complex untuk atasi masalah jerawat teruk di muka. Inilah contoh tanpa konsultasi...tanpa bimbingan yang betul. Akhirnya yang disalahkan ialah produk Shaklee.

Sepatutnya pembeli minta dulu pandangan @ ceritakan dulu masalah yang berkaitan. Pasti ada sebab utama hingga dia memilih untuk mengambil suplemen, kan? Tak semestinya apa yang orang lain ambil akan sama kesannya dengan apa yang kita ambil, walau set produk yang sama. Kita perlu kenalpasti apa masalah yang sebenar berkaitan kesihatan. 

Belilah daripada pengedar Shaklee yang sah dan paling bagus dengan pengedar yang mempunyai Sijil Bengkel Nutrisi Shaklee; seperti dalam gambar berikut.


Ada macam2 lagi masalah yang pernah berlaku:-

>> Nak kurus tapi bila makan set kurus makin berisi badan
>> Nak usaha untuk hamil, bila ambil set hamil masalah kitaran haid jadi problem
>> Isteri makan set hamil tapi masalah suami tak dikenalpasti
>> Nak banyakkan susu,ambil full set menyusu tapi tak faham konsep demand vs supply
>> Nak kulit cantik tapi tak kenalpasti apa masalah kulit 

Ada juga yang merungut tak mampu nak makan banyak sangat suplemen...Itu juga kesilapan utama pembeli.
Tidak kenalpasti keperluan sebenar. Mungkin dari masalah hamil tu sebenarnya dia hanya perlu 1 suplemen sahaja, betulkan hormon; in shaa Allah ada rezeki zuriat selepas itu, kan? Apa2 pun bagi saya, sebaiknya dapatkan nasihat/konsultasi Doktor (pastilah yang utama) , kemudian baru pengedar Shaklee yang bertauliah.


call / sms/ wassap 019-9480013
COD Indera Mahkota, 
Balok, Batu Hitam, Beserah, Pelindung, 
Kubang Buaya, Tanjung Lumpur, 
Bukit Rangin, Sungai Isap, Bukit Goh








Thursday, June 26, 2014

HOT PRODUK Untuk Kekal Bertenaga Ketika Berpuasa Dalam Keadaan Cuaca Panas Terik!

Panasnya cuaca sekarang ni kan? Berpuasa dalam keadaan cuaca panas ni memang agak mencabar. Bila cuaca panas terik kita mudah rasa dahaga sebab badan kehilangan cecair (dehydrate) dan menyebabkan kita mudah merasa letih dan kurang bertenaga. Sepatutnya cuaca bukan halangan kita untuk sukar melakukan ibadah puasa di siang hari dan terawikh di malam hari dengan khusyuk. Situasi ini menyebabkan perlunya kita mengambil makanan tambahan untuk bantu badan kekal bertenaga walaupun cuaca panas terik!

uuuuuu..dahaganya musim panas2 ni.. 

 Minum air pun kena lebih dari sepatutnya (>3Liter). Tak perlu tunggu dahaga baru minum, memang selang masa yang rapat kena minum air supaya badan tak dehydrate. Dehydrate ni la penyebab utama kelesuan dan menjadikan kita kurang bertenaga. Kita digalakkan mengambil minuman isotonik untuk mengekalkan hidrolyte dalam badan. Perlunya anda memilih Performance Drink Shaklee daripada minuman yang lain kerana ia tidak berkarbonat, tiada perasa tiruan, pemanis atau apa2 bahan pengawet tambahan. Tambahan pula, Performance Drink Shaklee mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding minuman hidrasi yang lain.
Performance Drink sangat22222x membantu para atlet mengekalkan kecergasan

PERFORMANCE DRINK  (rujuk post entry Kelebihan Performance Drink) :-

kurangkan kehilangan bendalir untuk tingkatkan hidrasi

beri spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium & magnesium

pelihara tahap gula dalam darah untuk kekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina


Ketika bersahur, perlu banyakkan makanan berprotein berbanding karbohidrat agar tenaga dapat dikekalkan dalam badan. Ambil segelas sahaja Energizing Soy Protein (ESP) + Performance Drink (PD) + Meal Shake sudah memadai mengekalkan kecergasan badan dari sahur hingga berbuka puasa! Tak sempat bersahur pun tak risau kalau dah ambil segelas 3 Gem ini.


Dapatkan keperluan anda sekarang supaya anda tidak lagi letih, penat, kurang cergas & dapat melakukan ibadah puasa dengan sempurna walaupun dengancabaran cuaca panas terik!

ORDER NOW!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=1349b36b01e0e804a6c2909a6d0ec72a


  hubungi saya:-

019-9480013 sms / whatsapp / wechat




COD Indera Mahkota, Balok, Batu Hitam, Beserah,

 Pelindung, Kubang Buaya, Tg Lumpur, Bukit Rangin, 

Sg Isap, Bukit Goh.

atau hubungi mana2  PENGEDAR SHAKLEE YANG SAH










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...