Qazzrin Marquez - 7 tahun
"Tidak ada ubatan mahupun rawatan bagi mengubati autisma" - YA, Saya akur dengan kata-kata Doktor...tapi sebenarnya ada ikhtiar untuk mengurangkan simptom Autisma. Bukan saya sahaja malahan ramai ibubapa yang mempunyai anak autisma telah mengakuinya. Penjagaan pemakanan, terapi cara kerja, terapi pertuturan & detoks!
Saya lebih suka fokus pada anak saya & cara saya (lebih tepat - TESTIMONI sendiri). Marquez tak boleh berlebih dengan makanan manis, sama macam kanak2 HYPERAKTIF ye, bila terlebih gula diorang akan jadi aktif, tak duduk diam. Sebab itulah adanya program diet GFCF (gluten free casein free). Haaaa yang itu nanti saya detail kan apa maksud @ pemakanan yang macam mana tu..
Cuma saya nak fokus pada masalah kurang upaya sistem perkembangan saraf otak & minda kanak2 autisma ni..Masalah ni menjejaskan fungsi memproses maklumat di dalam otak & inilah punca kepada 3 permasalahan utama yang ditunjukkan oleh kanak2 autisma iaitu :-
>> Masalah sosial
Mereka tidak memiliki keupayaan bersosial dengan orang sekeliling secara normal. Kita dapat lihat
mereka macam acuh-tak-acuh, endah-tak-endah dengan orang lain. pendek kata "dalam dunianya
sendiri". Seperti anak saya sendiri, ada masanya dia ketawa berdekah2, menjerit sekuat hati, tersenyum,menangis secara tiba2 & mengamuk! itu yang sangat menguji kesabaran saya :(
>> Masalah komunikasi
Sukar untuk berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain. Ada yang lambat bercakap (non-verbal)
yang hanya guna tangan/sign untuk berkomunikasi. Contohnya anak saya hanya akan tarik tangan &
tunjuk apa yang dia nak. Bukan anak saya tak boleh bercakap, dia boleh imitate word tapi untuk
memulakan komunikasi memang masih belum mahir. Ada yang boleh bercakap dengan fasih tetapi apa
yang dia bualkan tidak sesuai dengan situasi. Ada yang bercakap dengan nada/bahasa yang pelik yang
tidak difahami. Ada juga yang suka bernyanyi2 tapi tidak jelas sebutannya. (sama macam anak saya
jugak ;) ) Anak saya memang suka humming/ryhme lagu2 yang dia dengar. Lagu ABC tiap2 hari nyanyi
tapi sebutan masih belum jelas.
>> Masalah tingkahlaku
Mereka suka melakukan perkara yang berulang, menyusun barang teratur @ berderet macam keretapi
tu... hehehe.. Ada yang sukakan benda yang berputar macam roda. Anak saya sukakan benda yang
berjurai macam daun panjang & obviously dia suka JORAN! minat terlalu mendalam pada ikan.. ;)
Kadang2 mereka bertindak agresif bila minat/benda yang dia suka di usik @ dihalang oleh orang lain.
Rutin harian pun susah untuk diubah. Kalau kebiasaan kita pergi menggunakan jalan A, then 1 hari kita
nak ubah jalan B, memang dia akan agresif mengamuk!Saya pernah menjerit2 dalam kereta berulang2
kali bagitau dia kita guna jalan B sebab tak boleh guna jalan A...huhuu
Sebab itulah perlunya kita merawat dengan cara kerja (terapi) & dicadangkan oleh doktor ialah FISH OIL yang mengandungi DHA & EPA untuk pembentukan minda mereka.
Kenapa Omega Guard Shaklee?
>> Omega Guard Shaklee terhasil menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal, melalui proses
penyulingan proprietari 3 molekul yang dapat menghasilkan kandungan asid lemak Omega 3 pekat
yang paling tulen!
>> Bahan2 bahaya dalam ikan dapat disingkirkan seperti plumbum, arsenik, merkuri dsb. Kebanyakan
omega jenama lain hanya menggunakan kaedah high pressure penyulingan untuk mengekstrak minyak
ikan shj. & ia bukan sahaja memusnahkan sesetengah nutrien tapi tidak dapat menapis kandungan logam
berbahaya.
>> Tidak diekstrak dari minyak hati ikan ye... minyak hati ikan ada kandungan toksik tinggi.
>> Ikan2 yang digunakan oleh Shaklee adalah ikan yg mempunyai tahap merkuri rendah...dari ikan laut
dalam & berair sejuk. Kajian menunjukkan ikan air laut sejuk mengandungi asid lemak tidak tepu yg
sangat tinggi berbanding ikan lain.
>> Omega Guard Shaklee lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 yg diperlukan oleh badan :- DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA . Badan kita tak mampu ye nak hasilkan ini, so kena la kita
dapatkan supplemen. Ini la yang penting sangat untuk tingkatkan minda anak2 ni.
Perbandingan Omega Guard Shaklee
Jom dapatkan Omega Guard Shaklee sekarang!
Nak berkongsi maslah anak yang autisma, hyperaktif , slow learner @ anda sendiri ada masalah mengingat/ mudah lupa pun boleh sembang2 dengan saya.
No comments:
Post a Comment