Showing posts with label GLA. Show all posts
Showing posts with label GLA. Show all posts

Friday, April 11, 2014

Perempuan dan Senggugut Tak Boleh Berpisah ke?

Perempuan ni istimewa sebab sebulan sekali diberi cuti. Tapi bukan cuti duduk rehat saja2.....ada sesetengahnya pula yang selalu kena senggugut time bercuti ni. Saya juga dari pertama kali datang bulan (cuti) sehingga dah ada anak pun masih senggugut. Cuma sejak setahun dua kebelakangan ni je saya dah tak kena senggugut. So senggugut boleh diatasi... senggugut boleh dipisahkan dari perempuan la maksudnya.






Senggugut rasanya seperti kekejangan di bahagian perut dan pelvis. Senggugut tak sama seperti rasa tak selesa yang dirasai semasa sindrom prahaid (PMS), walaupun gejala kadang-kadang boleh menjadi sama. Ramai wanita mengalami kedua-dua PMS dan kesakitan senggugut.

Senggugut ringan mungkin hampir tidak ketara - kadang-kadang sekadar rasa berat atau mengheret di bahagian bawah abdomen. Tetapi senggugut teruk boleh jadi pedih yang mengganggu rutin aktiviti harian selama beberapa hari.



Kita tengok dulu apa yang menyebabkan senggugut ni...

Selepas ovulasi setiap bulan, jika telur tidak disenyawakan oleh sperma, hormon prostaglandin dibebaskan untuk memecahkan lapisan rahim. Semasa haid, pengecutan rahim akan menyebabkan  tisu yang mati  diusir keluar melalui serviks dan kemudiannya keluar dari badan melalui faraj.


Senggugut adalah disebabkan oleh pengecutan rahim, yang sama dengan pengecutan dirasai semasa bersalin - walaupun tidak sekuat sakit bersalin. Dikatakan bahawa keamatan kesakitan haid dalam sesetengah wanita mungkin berkaitan dengan tahap prostaglandin yang lebih tinggi  dalam lapisan rahim, berbanding dengan wanita yang tidak mengalami kekejangan.



 
Apa yang boleh kita buat untuk kurangkan sakit?

Biasanya kita boleh cuba mengurangkan rasa sakit senggugut ni dengan berbaring apabila sakit tidak baik atau buat senaman sederhana seperti berjalan, urut perut, yoga....dan yang biasa ramai buat ialah menggunakan pad hangat atau botol air panas ke kawasan abdomen. macam tuam/bertungku gitu...kalau istilah saya ;`demoh'..haaaa....



Saya pernah diberitahu oleh doktor, senggugut akan hilang bila sudah berkahwin. Saya tanya kenapa, doktor jawab selepas berkahwin saluran akan longgar sedikit dan mudah untuk pengaliran darah haid. Tapi selepas kahwin senggugut saya masih sama, hari pertama dan kedua datang bulan memang sakit sangat. Dulu2 panadol menstrual tu memang wajib ada dalam stok. Lepas tu doktor bagitau pulak, kebiasaannya selepas bersalin jarang dah kena senggugut sebab saluran dah jadi lagi longgar...ye la dah baby pun keluar lalu laluan tu kan,so dinding saluran dah tak ketat sangat. Rasa sakit tu bila darah haid yang banyak (kadang2 ada yang berketul) nak lalui saluran yang sempit.so tekanan tu buatkan kita tak selesa dan ada yang lebih teruk sakit senggugut sampai tak boleh bergerak/bangun langsung. Tapi saya ni dah bersalin anak pertama, kedua, ketiga, masih lagi sakit senggugut....sehingga saya mencuba Shaklee >> GLA!

Perkongsian dari pengalaman saya. Kalau anda pernah alami apa yang saya alami pasti anda nak sangat cari jalan penyelesaian... saya ikhtiar..cari cara nak mengurangkan rasa sakit ni...


 GLA Complex Shaklee terdiri daripada asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga   matahari dan vitamin E. GLA memang khas untuk legakan sakit senggugut, PMS dan boleh betulkan kitaran haid.



So bagi sesiapa yang berhajat untuk berpisah dengan SENGGUGUT, cubalah GLA Shaklee ini. Keperluan utama bagi wanita .






Monday, March 31, 2014

5 Produk Shaklee Pilihan Saya

Alang-alang setelah setahun menjadi pengguna Shaklee saya buat langkah bijak dengan mendaftar keahlian Shaklee. So dapat buat pembelian dengan penjimatan. Capai point (uv) tertentu dapat cash back, boleh rolling modal..hehehe..so bila dah rasa kesan mengambil makanan  tambahan & vitamin Shaklee masa breastfeeding journey Arezqy dulu saya pun mencuba pulak beberapa lagi produk Shaklee. 5 produk teratas pilihan saya ialah :-

 
Energizing Soy Protein (ESP),
Collagen Powder,
Omega Guard,
Vivix,
GLA
 
 
 
ESP :- membantu saya lebih bertenaga setiap hari sebab ia adalah sumber protein yang baik. Rutin
           harian saya untuk working day amat penuh + penat uruskan anak-anak & kerja so saya jarang
           dapat breakfast pada masa yang sesuai, ESP ini lah yang bantu saya untuk alas perut waktu
           pagi sementara untuk dapat makan (dalam pukul 10am @ lunch terus). Ia juga adalah
           milkbooster saya, bantu kekalkan supply susu. 
 
Collagen Powder :- haaa....adat kan orang perempuan suka cantik heheh...sebelum guna produk
                                Shaklee saya memang makan kolagen jugak. bila dah try collagen Shaklee ni
                                saya terus melekat! sebab kesan yang cepat!masalah kulit kering, tumit merekah,
                                dapat atasi lepas saya makan collagen powder Shaklee ni tak sampai 1 kotak pun.
                                Nak cepat berkesan, ambil dengan ESP...testimoni dari customer saya sendiri.
 
Omega Guard :- pil minyak ikan yang berjaya menurunkan kolesterol saya & mak saya. Juga
                           membantu kurangkan athma attack pada anak saya, Shaquille. Dan digalakkan oleh
                           Doktor untuk diberi kepada anak autistik saya, Marquez. So memang memenuhi
                          keperluan satu keluarga. Omega ini juga bantu tingkatkan IQ & minda kita,so
                          sanggggaaattttt bagus diamalkan dari anak-anak sampai la ke mak bapak.
 
Vivix :- produk Shaklee paling meletup! dan paling mahal...huhuhu...kenapa mahal? mestilah sebab
              kualiti & bagusnya..kann? Saya cuba vivix masa promosi vivix buy 6 free 1 (kalau ada
              promosi memang patut ambil..jimat berganda!) mungkin kesannya tak nampak sekarang,
              tapi ia diperlukan 5,10 tahun lagi...tengok la testimoni2 yang telah mengambil vivix. kanser,
             darah tinggi, strok, kencing manis; boleh dicegah dengan mengambil vivix. (produk ini
              bukan untuk merawat ye...supplemen, membantu sahaja)
 
GLA :- ini memang patut diambil oleh wanita2 yang mementingkan penjagaan dalaman. saya
             percaya ramai yang makan EPO kan? dalam EPO mengandungi GLA, so saya pilih GLA
             terussss....bantu kekalkan hormon saya. period teratur, hormon stabil, mood pun akan
             stabil...betull! stress, mood semua tu berkait dengan hormon. nak maintain badan pun silalah
             ambil GLA ni. kita orang perempuan ni macam2 mudah penyakit nak datang, especially
             bahagian dalam. so jagalah kesihatan kita dari sekarang.
 
 
Umur semakin meningkat, keperluan nutrisi perlu dipenuhi. itu tujuan vitamin & makanan tambahan untuk membantu melengkapi apa yang kurang. Sedangkan kenderaan pun perlu diservis, inikan pula badan kita. Perasan tak semakin hari semakin badan terasa tak berdaya? tenaga makin kurang? Emmm... masih duduk termenung berfikir? 
 ~ Fast Action Fast Result ~
 
 
 
 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...