Friday, April 11, 2014

Awak Tinggi, Saya Ketot?

"Alaaa ketotnya pak we kau.."
"Dah baka dia macam tu nak buat macam mana, dah pak we kau tu lonjongnya.."
"Mak bapak dia tinggi.."




Tinggi , lonjong, ketot, rendah seseorang itu majority dipengaruhi oleh gen/keturunan, tetapi tahu tak bahawa kita boleh membantu meningkatkan @ mempengaruhi ketinggian seseorang dengan KALSIUM!




Betul ke kalsium boleh meningkatkan ketinggian pada seseorang ? Well, jawapannya adalah YA. Kita tahu kalsium merupakan suplemen penting untuk tulang . Ia  membantu untuk meningkatkan jisim dan kekuatan tulang. Jika makanan tambahan kalsium dan  makanan yang diperkaya dengan kalsium digunakan dengan cara yang betul, berkemungkinan besar untuk meningkatkan ketinggian kita. 





Kenapa Kita Perlu Kalsium ?

Kalsium diperlukan untuk membina kepadatan tulang. Kalsium perlu diserap oleh badan dan untuk ini, kita memerlukan Vitamin D. Vitamin D boleh didapati secara percuma melalui cahaya matahari dan juga dalam beberapa sayur-sayuran. Kalsium dijumpai dalam beberapa sayur-sayuran dan  sumber yang terbaik adalah susu. Badan kita menyerap kalsium dengan lebih baik sebelum kita mencapai usia 24 tahun. Ini adalah masa yang terbaik untuk meningkatkan ketinggian kita dengan mengambil makanan yang kaya dengan kalsium. Selepas usia 24 tahun, tulang-tulang akan bersatu dalam badan dan tidak berkembang secara menegak. *Diingatkan sekali lagi; faktor genetik juga yang utama terlibat dalam mencapai pertumbuhan /ketinggian.

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh cuba:


Minum segelas susu setiap hari dan makan makanan yang kaya dengan Vitamin D. Beberapa buah-
   buahan dan sayur-sayuran mempunyai dos kecil Vitamin D di dalamnya.

Latihan seperti berjalan dan berjoging atau pergi ke gimnasium, membantu dalam penyerapan
  kalsium yang lebih baik oleh badan. Apabila kita bersenam, lemak badan akan digunakan dan 
  kalsium dapat diserap oleh tulang. Ini akan membantu pertumbuhan dan kita menjadi lebih tinggi.

• Ambil suplemen kalsium setiap hari. Tetapi perlu disertakan dengan senaman supaya penyerapan
  kalsium lebih mudah dan berkesan.

Lihat jadual di atas. Ambil keperluan kalsium yang diperlukan. Bagi kanak-kanak perlu kita bagi makanan yang kaya kalsium dan susu. Jangan bagi suplemen/makanan tambahan kepada kanak-kanak ye..cukup lah dengan sumber makanan yang betul. Mengambil pil kalsium semata-mata tanpa bahan lain juga bahaya sebenarnya, sebab akan menyebabkan terlebih dos @ kalsium yang tidak digunakan dalam badan. Ini akan menyebabkan masalah pada jantung. Dalam satu kajian yang besar, didapati bahawa mereka yang mendapat banyak kalsium dalam diet atau makanan tambahan mereka mempunyai peningkatan risiko penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung.
Jadi ambillah dalam kuantiti yang disarankan sahaja.
Dewasa; 1 hari = 4 biji Ostematrix = 1000mg Calsium
Nak dapatkan kalsium Shaklee (Ostematrix) ? Hubungi saya ;



Perempuan dan Senggugut Tak Boleh Berpisah ke?

Perempuan ni istimewa sebab sebulan sekali diberi cuti. Tapi bukan cuti duduk rehat saja2.....ada sesetengahnya pula yang selalu kena senggugut time bercuti ni. Saya juga dari pertama kali datang bulan (cuti) sehingga dah ada anak pun masih senggugut. Cuma sejak setahun dua kebelakangan ni je saya dah tak kena senggugut. So senggugut boleh diatasi... senggugut boleh dipisahkan dari perempuan la maksudnya.






Senggugut rasanya seperti kekejangan di bahagian perut dan pelvis. Senggugut tak sama seperti rasa tak selesa yang dirasai semasa sindrom prahaid (PMS), walaupun gejala kadang-kadang boleh menjadi sama. Ramai wanita mengalami kedua-dua PMS dan kesakitan senggugut.

Senggugut ringan mungkin hampir tidak ketara - kadang-kadang sekadar rasa berat atau mengheret di bahagian bawah abdomen. Tetapi senggugut teruk boleh jadi pedih yang mengganggu rutin aktiviti harian selama beberapa hari.



Kita tengok dulu apa yang menyebabkan senggugut ni...

Selepas ovulasi setiap bulan, jika telur tidak disenyawakan oleh sperma, hormon prostaglandin dibebaskan untuk memecahkan lapisan rahim. Semasa haid, pengecutan rahim akan menyebabkan  tisu yang mati  diusir keluar melalui serviks dan kemudiannya keluar dari badan melalui faraj.


Senggugut adalah disebabkan oleh pengecutan rahim, yang sama dengan pengecutan dirasai semasa bersalin - walaupun tidak sekuat sakit bersalin. Dikatakan bahawa keamatan kesakitan haid dalam sesetengah wanita mungkin berkaitan dengan tahap prostaglandin yang lebih tinggi  dalam lapisan rahim, berbanding dengan wanita yang tidak mengalami kekejangan.



 
Apa yang boleh kita buat untuk kurangkan sakit?

Biasanya kita boleh cuba mengurangkan rasa sakit senggugut ni dengan berbaring apabila sakit tidak baik atau buat senaman sederhana seperti berjalan, urut perut, yoga....dan yang biasa ramai buat ialah menggunakan pad hangat atau botol air panas ke kawasan abdomen. macam tuam/bertungku gitu...kalau istilah saya ;`demoh'..haaaa....



Saya pernah diberitahu oleh doktor, senggugut akan hilang bila sudah berkahwin. Saya tanya kenapa, doktor jawab selepas berkahwin saluran akan longgar sedikit dan mudah untuk pengaliran darah haid. Tapi selepas kahwin senggugut saya masih sama, hari pertama dan kedua datang bulan memang sakit sangat. Dulu2 panadol menstrual tu memang wajib ada dalam stok. Lepas tu doktor bagitau pulak, kebiasaannya selepas bersalin jarang dah kena senggugut sebab saluran dah jadi lagi longgar...ye la dah baby pun keluar lalu laluan tu kan,so dinding saluran dah tak ketat sangat. Rasa sakit tu bila darah haid yang banyak (kadang2 ada yang berketul) nak lalui saluran yang sempit.so tekanan tu buatkan kita tak selesa dan ada yang lebih teruk sakit senggugut sampai tak boleh bergerak/bangun langsung. Tapi saya ni dah bersalin anak pertama, kedua, ketiga, masih lagi sakit senggugut....sehingga saya mencuba Shaklee >> GLA!

Perkongsian dari pengalaman saya. Kalau anda pernah alami apa yang saya alami pasti anda nak sangat cari jalan penyelesaian... saya ikhtiar..cari cara nak mengurangkan rasa sakit ni...


 GLA Complex Shaklee terdiri daripada asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga   matahari dan vitamin E. GLA memang khas untuk legakan sakit senggugut, PMS dan boleh betulkan kitaran haid.



So bagi sesiapa yang berhajat untuk berpisah dengan SENGGUGUT, cubalah GLA Shaklee ini. Keperluan utama bagi wanita .






Set Migrain Shaklee Menipu Je Lebih?

Tak tumbuh tak melata
Tak sungguh orang tak kata...

Set Migrain Shaklee yang terdiri daripada B Complex dan Ostematrix memang jadi pilihan utama orang yang selalu diserang sakit kepala, stress dan lebih-lebih lagi yang migrain. Ramai yang telah berikan testimony. Menipu ke? Oh tidak...Mereka tidak menipu dan testimoni mereka bukan rekaan semata-mata. Perkongsian dari pengguna dibuat atas kerelaan mereka sendiri untuk berkongsi dengan yang lain, pendek kata tambah nilai pada orang lain (add value to others). Jom tengok antaranya :-

Testimoni #1


Pesanan Doktor


 Testimoni #2 & #3

Testimoni #4



Testimoni #5 & #6


 Testimoni #7



Testimoni #8



 Saya dah sertakan 8 testimoni/ feedback positif dari pengguna.
Masih tak puas hati?
Okeyy....boleh buat kajian ye...
Bagi yang tak mahu ketinggalan ke belakang, dan membiarkan sahaja sakit menyerang...menyerah diri dengan ubat-ubatan, tak perlu lah nak fokus pada entry saya ini. Hanya yang terbaik akan membeli B Complex dan Ostematrix untuk membantu legakan sakit kepala migrain yang tak tertanggung lagi. Semoga Allah pelihara kesihatan tuan/puan/cik.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ac450d10e166657ec8f93a1b65ca1b14
Hubungi saya Jaja Kamal 019-9480013. 
COD Kuantan  & kawasan2 yang meliputi sepanjang kawasan Beserah, 
Damansara, Tg Lumpur, Sg Isap, Bukit Goh. 
Jom sihat bersama!

Kalsium: Komponen Utama Ostematrix Shaklee


Bulan ini bulan Ostematrix; @ ada yang panggil kalsium Shaklee. Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D, boron, mangan, tembaga dan zink. Jom kita tengok komponen utama dalam Ostematrix Shaklee iaitu kalsium.

 

Kalsium; sumber mineral yang merupakan bahagian penting dalam tulang dan gigi. Sistem jantung, saraf, dan pembekuan darah juga memerlukan kalsium untuk bekerja .
 

Kalsium digunakan untuk rawatan dan pencegahan tahap kalsium yang rendah dan mengakibatkan masalah keadaan tulang termasuk osteoporosis ( tulang lemah disebabkan kepadatan tulang yang rendah ), penyakit riket (suatu keadaan yang pada kanak-kanak yang melibatkan pelembutan tulang ), dan osteomalacia ( pelembutan tulang yang mengakibatkan sakit) . Kalsium juga digunakan untuk sindrom prahaid ( PMS) , kaki kejang semasa hamil , tekanan darah tinggi semasa kehamilan (pre- eclampsia ), dan mengurangkan risiko kolon dan rektum kanser.


Sesetengah orang menggunakan kalsium untuk komplikasi selepas pembedahan pintasan usus , tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, penyakit Lyme , mengurangkan tahap fluorida yang tinggi pada kanak-kanak , dan mengurangkan tahap plumbum yang tinggi . 
 
Kalsium karbonat digunakan sebagai anti-asid untuk " pedih ulu hati. " Kalsium karbonat dan kalsium asetat juga digunakan untuk mengurangkan tahap fosfat pada orang dengan penyakit buah pinggang.


 
Makanan yang kaya dengan kalsium termasuklah susu dan produk tenusu, kale dan brokoli, dan juga jus limau diperkaya dengan kalsium , air mineral, ikan dalam tin dengan tulang, dan produk soya diproses dengan kalsium.
Kalsium boleh berinteraksi dengan kebanyakan ubat-ubatan preskripsi, tetapi kadang-kadang kesannya boleh dikurangkan dengan mengambil kalsium pada masa yang berbeza; selang @ jarakkan masa pengambilan kalsium dengan ubat. Biasanya kalsium diambil sebelum tidur bagi penyerapan yang optimum.
 
 

Bagaimana ia berfungsi?

Tulang-tulang dan gigi merupakan bahagian yang mengandungi lebih 99 % daripada kalsium dalam tubuh manusia. Kalsium juga terdapat dalam darah , otot, dan tisu-tisu lain. Kalsium dalam tulang boleh digunakan sebagai rizab yang boleh dilepaskan ke dalam badan seperti yang diperlukan. Kepekatan kalsium dalam badan cenderung merosot apabila kita semakin tua kerana ia dilepaskan dari badan melalui peluh , sel-sel kulit, dan bahan buangan. Di samping itu, sebagai wanita yang berumur , penyerapan kalsium lebih cenderung menurun disebabkan oleh tahap estrogen berkurangan. Penyerapan kalsium boleh berbeza-beza mengikut kaum, jantina, dan umur.


 
Tulang sering mengalami masalah retak/serpih dll dan kemudian membina semula , jadi kalsium amat diperlukan untuk proses ini. Dengan mengamalkan pengambilan kalsium yang cukup setiap hari dapat membantu membina semula tulang dengan betul dan kekal kuat.
 




Tahukah anda; 1 biji Ostematrix = 250mg Calcium. oleh itu, disarankan mengambil 4 biji Ostematrix Shaklee ( = 1000mg) sehari.


 
 
 
 
Hubungi saya untuk dapatkan BUY 6 FREE 1 Ostematrix Shaklee.
 
*nak 3 pun boleh
*nak 2 pun boleh
*nak 1 je? 1 botol untuk pengambilan selama sebulan sahaja....hubungi je saya nak berapa pun. nak tanya je pun tak apa.
 
Pengedar Shaklee yang sah  :-  Jaja Kamal  sms/call/wassap/wechat 019-9480013
COD Kuantan (IM, Beserah, Sg Isap, Bkt Goh)
merangkumi kawasan2 yang di antaranya.

 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, April 9, 2014

Bila Migrain Menyerang Rasa Nak Pecah Kepala!

'Kepala sakit sangat macam nak pecah', itu luahan yang biasa bagi orang yang kena migrain. Saya tak pernah kena migrain & memang tak tahu rasa sakit migrain tapi kesian bila tengok orang yang kena serangan migrain ni.. iye lah, saya yang sakit kepala biasa2 ni pun dah rasa macam nak ketuk kepala kat dinding, macam mana pulak orang yang kena migrain sampai rasa nak pecah kepala 😫



Migrain ni sejenis sakit kepala yang biasa menyerang sesetengah individu, merupakan neurology chronic disorder - sakit kepala yang mungkin berlaku dengan gejala seperti loya, muntah, atau sensitif kepada cahaya. Dalam banyak orang, sakit berdenyut dirasai hanya di sebelah kepala, kebiasaannya 1 bahagian sahaja.



Tanda-tanda sakit migrain biasanya kita akan rasa:-

-  sakit/nyeri macam kena cucuk dengan jarum pada sebelah kepala 
dan merebak ke bahagian hidung  dan sekitar mata.
-  Sakit yang teramat sangat dan rasa berdenyut2.
- Pandangan terasa macam silau..kadang2 kabur dan ada juga yang menjadi gelap
- Mual, tekak loya, muntah dan kadang2 kaki tangan semua jadi sejuk
- Tiba2 jadi sensitif pada bunyi dan suara


Serangan migrain selalunya berakhir dalam tempoh 4-72 jam. Sesetengah pesakit mengalami bengkak2 dan membesar di bahagian tertentu badan kerana pengumpulan cecair dalam badan.

Saya sendiri pernah melihat orang yang diserang migrain, menangis menahan kepala yang sangat sakit, langsung tak boleh buat apa2, last2 ambil ubat tahan sakit dan tidur. Persoalannya, sampai bila perlu bergantung pada painkiller yang kita tahu banyak kesan sampingannya....Bukankah lebih baik kita berusaha membaiki masalah ini daripada menjadi lebih teruk?

Shaklee menawarkan 2 jenis suplemen yang fungsi asasnya dapat membantu mengurangkan migrain; iaitu B Complex dan Ostematrix.


B Complex


kandungan B Complex Shaklee


 Kajian telah menunjukkan Riboflavin (vitamin B2) yang memainkan fungsi penting untuk menghalang sakit migrain. Pengambilan dos tinggi riboflavin seharian didapati berkesan untuk mengurangkan kadar serangan sakit migrain. Tetapi tidak dapat dipastikan pengambilannya dapat mengurangkan rasa sakit @ tempoh jangkamasa setiap kali sakit migrain.

Emmmm...apa yang kita mahukan ialah menghalang serangan migrain itu berlaku, jika tidak berlaku migrain maka tidaklah kita merasa sakit, betul tak? Jadi amalkan lah mengambil B Complex ini dalam amalan diet seharian kita, bagi yang mengidap migrain boleh naikkan dos 2~3 biji sehari (*dengan nasihat doctor terlebih dahulu). Ia mengambil masa 2~3 bulan untuk mendapatkan kesan yang baik. Ibu mengandung & breastfeed walaupun mengidap migrain tidak digalakkan mengambil riboflavin dalam dos yang banyak.









Ostematrix

kandungan Ostematrix Shaklee


Kalsium  dan vitamin D didapati membantu dalam mengurangkan sakit kepala atau migrain. Bagaimanapun terlebih dos kalsium juga boleh sebabkan sakit kepala! sebab itu Ostematrix Shaklee adalah lebih sesuai sebagai sumber kalsium sebab kandungannya bukan sahaja kalsium semata-mata. Magnesium membantu menenangkan otot. Jika seseorang itu dalam keadaan otot yang tengah ketat, pengambilan kalsium tanpa magnesium akan sebabkan sakit kepala kerana peningkatan ketegangan otot saraf di kepala. Tapi jika otot seseorang itu dalam keadaan terlalu longgar atau tak cukup fit, kalsium boleh membantu untuk keperluan otot, interaksi otot dengan saraf dan bantu hilangkan sakit kepala.  
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          
  
Ostematrix


So cubalah dulu set ini untuk 2 ~ 3 bulan. Alangkah lebih baik kita memilih alternatif tanpa menggunakan drug/medication yang pastinya ada kesan jangka masa panjang yang tidak sihat.

Bagaimana nak dapatkan set ini?

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ac450d10e166657ec8f93a1b65ca1b14


Hubungi saya , 019-9480013. sms/call/whatsapp/wechat.







Tuesday, April 8, 2014

5 Anak Lelaki 5 Ragam 5 Rencah 5 Kali Ganda Kuasa Kuda!

Duduk rehat sekejap menyandar atas sofa sambil tengok gelagat anak-anak...Rumah kemas tak sampai 5 minit dah kembali ke asal.kih kih kih..suka dalam tangisan. Orang kata biar rumah bersepah kerana anak so itu tanda kita ada anak...kalau rumah kemas elok je kang tak ada pulak keceriaan 'anak-anak' dalam rumah tu. tapi saya ada kawan, anak dia pun ramai, tapi rumah dia ok je, kemas aje...huhu..ok lah, Jom berkenalan dengan hero-hero kesayangan saya...



Muhammad Qayyum Shaquille (28/4/2005)
Anak sulung biasalah mesti yang paling diberi perhatian, jadi eksperimen macam-macam...buat semua benda mesti nak yang terbaik untuk anak..kann..? Shaq dari kecik agak manja (walaupun dia tak sempat nak bermanja lama sebab cepat beno mak nya pregnant..hehe) Shaq agak sensitive. Dia suka jadi perfect, sebab tu bila ditegur/tanya sesuatu pada dia & dia tak dapat nak jawab/buat dengan betul dia akan menangis...dia takut dia salah jawab/buat. Dari usia 2 tahun dia dah rajin menulis, minat sangat pada buku. So seawall 2tahun setengah dah daftarkan dia ke Smart Reader (sebab dia memang dah ready masa tu). Seawal 4 tahun dah boleh membaca. 5 tahun masukkan dia ke tadika Chinese sebab planning untuk daftarkan dia sekolah SJK (C). 6 tahun dia dah lancar 3 bahasa. Memang dari kecik nampak dia more to academic....sukan dia kurang.tambahan pulak dengan badan mengalahkan hipo + asma. Darjah 1 start sekolah di SJK (C) Kong Min, Beserah. Alhamdulillah, Shaquille adalah pelajar Melayu terbaik & top ten pelajar cemerlang di kalangan pelajar bangsa lain. Bagi saya  Shaq is Brilliant & Understanding.

Shaquille

Muhammad Qazzrin Marquez (17/5/2006)
Anak istimewa saya ini wujud dalam rahim sehabis pantang 100 hari anak sulung...heheheh... Awal pregnant memang emosi agak tak stabil sebab ramai yang 'berbunyi'... sebab terlalu awal dah mengandung kedua pulak. Rezeki, tak kan nak tolak? Masa 3 bulan mengandung saya pernah terjatuh (terduduk) memang terhentak punggung ke lantai, Alhamdulillah tak bleeding & kandungan selamat. Marquez didiagnos autism seawal 2 tahun. Boleh baca post saya. Cabaran membesarkan memang sangat menguji kesabaran. Tapi Marquez sangat kuat antibodinya. Sepanjang 8 tahun usia dia ni rasanya baru 5,6 kali je dia demam. Berbanding Shaq yang setahun 3,4 kali (mudah tak sihat).Allah Maha Adil, Dia dah jadikan setiap makhluk itu ada keistimewaan & ada kekurangannya. Marquez suka sangat menconteng dinding... Dinding rumah dah macam tampal wall paper. Tak cukup dinding lantai almari semua dah ada peninggalan trade mark dia. Marquez sangat2 'family person'. nak jalan @ ke mana mesti nak cukup ahli family...suka sangat bila satu family complete berkumpul. Saya katakan Marq is Loving & Special.

Marquez



Muhammad Qazzim Jacquin (27/1/2009)
Jacq beperwatakan manis...sweet, sekali tengok memang orang sangka dia 'girl'. Even dia sendiri pun pernah cakap 'I wonder I am a boy'. kah kah kah...Special nya Jacq sebab paling lama breastfeed. 22months dia EXCLUSIVELY BREASTFEED! mean HANYA SUSU IBU, TIDAK MAKAN EVEN BISKUT @ ROTI @ AIR MASAK. saya terpaksa stop awal breastfeed Jacq sebab pregnant (susu drop & kering). masa tu la baru ajar dia minum susu formula. tapi lepas bersalin adik dia, saya tandem breastfeed Jacq & adik dia..sempat la dalam 2,3 bulan. (dipaksa stop juga sebab 'orang-orang tua' tak bagi)...biasa lah mitos 'abang minum hak adik, nanti adik tak sihat'. saya nasihat orang abaikan mitos2 tapi saya sendiri tak cukup kuat nak menentang..bukan kerana mitos tapi kerana menghormati orang tua. Jacq dah masuk 5 tahun tapi masih ada masalah speech. 10% khuatiri dia ada mild autism...dah start speech therapy di UIA Kuantan setiap bulan, ambik hari yang sama dengan Marquez. so senang sekali pergi untuk 2 orang terapi. In shaa Allah hujung tahun nanti bawa dia untuk diagnos. Perangai Jacq? Adoiii...memang susah nak dengar kata. Keras hati sikit dia ni. Marah macam mana pun buat kebal je tak nangis, tapi orang kebal ni senjatanya ialah halus...so jangan berkeras tapi cakap lembut dengan dia confirm selok dia menangis. Saya katakan Jacq is 'soft but hard sometime', unpredictable & spoiled!

Jacquin


Muhammad Qaffyl Arezqy (11/6/2011)

Rezq ni fizikal pun lain sangat dengan abang2..saiz kecik + gelap. hehehe...baka papa dia. Tapi Rezq advance dari yang lain. start dari berjalan (10~11 bulan) hingga lah ke mulut yang petah tu lebih awal berbanding abang2. Petah bercakap tak pelat dari 2 tahun. Bila disuruh buat apa2 dia cepat faham & dia yang laju sekali. Tapi sangat2 tak sekepala dengan  Jacq. Apa2 yang dia buat kalau ada yang salah dia akan salahkan Jacq. Duduk dalam kereta pun kena pisahkan Rezq & Jacq, kalu tidak memang perang dunia ketiga la jawabnya. Kepetahan & kebetahan Rezq ni kadang2 pening kepala jugak sebab semua benda dia nak buat sendiri..dari mandi, pakai baju, makan, semua nak handle sendiri..Rasanya setiap hari dia kena marah..huhuhu..tapi bila dia tak ada, dia lah yang paling saya rindu sebab teringat mulut betah dia. Saya rasa Rezqy is Independent, Advance & Active.


Arezqy


Muhammad Qays Miqa'el  (7/6/2013)

Bongsu saya (buat masa ni..hehe) baru 10 bulan tapi nampak banyak ciri dia mengikut Rezq. Aktif, lasak, cepat nak belajar berjalan...ada 1 lagi yang special; unvaccinated baby. Qays tak dicucuk vaksin sejak lahir. Masa bersalinkan Qays pun adalah special moment bagi saya sebab gentle birth. Saya sediakan birth plan & Alhamdulillah 90% birth plan tu ok. Cuma tak dibenarkan delay cord clamping.. dan ini pertama kali encik suami sendiri yang potong tali pusat anak! Kelahiran tanpa dipaksa, tanpa induce walau dah overdue & baby dah berak sebenarnya..tanpa episiotomi, tanpa jahit sebab tear sikit je...saya berjaya kawal breathing bila rasa nak push baru panggil nurse & bila check dah 10cm. Doktor pun tak sempat sampai, baby dah keluar. Seriously, bersalinkan Qays memang sangat indah! setakat ni Qays is Cute!

Miqa'el



Seronok kan? Semoga saya berjaya mendidik anak-anak kesayangan buah hati pengarang jantung saya ini di jalan Allah. Setiap hari mereka ada dalam doa saya. Semoga Allah sentiasa lindungi mereka dari fitnah akhir zaman.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...