Showing posts with label Ramai Anak. Show all posts
Showing posts with label Ramai Anak. Show all posts

Tuesday, June 10, 2014

5 Perkara Yang Saya Terpaksa Buat Bila Jadi Mak

Bila bergelar mak ni macam-macam perkara yang tak terfikir selama ni kita boleh buat tapi tetiba boleh buat @ kadang-kadang terpaksa buat. Mungkin ada anak seorang tak lalui pengalaman yang sama seperti ini, tapi bila anak dah bertambah 2,3,4 @ 5 perkara macam ni dah jadi perkara biasa. **Jangan tiru/praktik perkara yang membahaya ye**


#1. Memandu sambil breastfeed/riba anak
huihhh ni kang ada polis trafik baca blog ni aim saya plak kangg..huhu..
tak bagus tau buat macam ni..jangan tiru. (bodek polis) tak boleh nak buat macam mana dah, tu yang terpaksa. nak parking tepi tunggu baby siap minum kang lambat pulak nak sampai destinasi especially kalau pagi2 time berkejar nak hantar anak sekolah.

jangan tiru aksi bahaya ni!


#2. Memasak sambil breastfeed baby
Haaa...kalau memasak sambil mendukung memang standard dah. tapi saya ni breastfeed sambil masak..kepakaran ini start dari anak no 3. masa abang2 dulu tak ada pulak buat macam ni sebab tak rajin masak...hak hak hak..masa anak no 1 dulu stakat sediakan makan untuk diri sendiri so beli kedai aje. masa no 2 pun sama. husband berbulan2 outstation. bila ada anak no 3 tu terpaksa la sebab abang2 dah start makan. so memang mak kena rajin masak. macam2 gaya penah buat, dukung & baby wearing rasanya memang biasa mak-mak lain buat. Dah jadi biasa pulak breastfeed sambil berdiri & memasak. **Tangan sebelah jadi katang doh ni **


#3. Mandi tak sampai 5minit
Alaaaa...kadang-kadang tu tak mandi pun seharian :P
Macam mana nak mandi, nak duduk rehat pun anak merengek nak dukung la nak itu la nak ini la...so biasanya saya memang berlari ke toilet, bagi air kena badan je pun cukup..hihii...itu pun kalau terlebih sesaat bergegar la pintu toilet tu kena ketuk. Dung Dang Dung Dang..then waaaaaaaaaaaaaaaa melalak sebab mak tak bukak pintu. :(


#4. 'Buang hajat' sambil pegang baby
tu diaaa....malas nak cerita panjang tang ni. Imagine je la...kih kih kih..

#5. Makan-lari tengok anak-sambung makan *macam lari bergilir2*
Mungkin ni penyebab badan saya tak naik2 kot. Sambil makan pun ber'exercise' lari sana sini...sungguh tak senonoh. Keadaan macam tu pun saya still makan bertambah 2,3 pinggan tau. Agaknya perut cepat beno menghadam makanan tu yang boleh sumbat banyak2.

eemmm...ada banyak lagi perkara yang saya buat & saya percaya memang mak-mak lain pun biasa buat. kalau tidak tak kan la kita jadi M.A.K  (Memang.Aku.Kuat). Tak dinafikan super hero terbaik sebenarnya adalah emak. Biar pun tak ada costume khas, tapi kuasa super seorang ibu tetap terserlah. Banyak perkara luar biasa yang ternganga orang tengok tapi dah jadi perkara biasa lumrah harian ibu yang bergelar Supermak.

Tuesday, April 8, 2014

5 Anak Lelaki 5 Ragam 5 Rencah 5 Kali Ganda Kuasa Kuda!

Duduk rehat sekejap menyandar atas sofa sambil tengok gelagat anak-anak...Rumah kemas tak sampai 5 minit dah kembali ke asal.kih kih kih..suka dalam tangisan. Orang kata biar rumah bersepah kerana anak so itu tanda kita ada anak...kalau rumah kemas elok je kang tak ada pulak keceriaan 'anak-anak' dalam rumah tu. tapi saya ada kawan, anak dia pun ramai, tapi rumah dia ok je, kemas aje...huhu..ok lah, Jom berkenalan dengan hero-hero kesayangan saya...



Muhammad Qayyum Shaquille (28/4/2005)
Anak sulung biasalah mesti yang paling diberi perhatian, jadi eksperimen macam-macam...buat semua benda mesti nak yang terbaik untuk anak..kann..? Shaq dari kecik agak manja (walaupun dia tak sempat nak bermanja lama sebab cepat beno mak nya pregnant..hehe) Shaq agak sensitive. Dia suka jadi perfect, sebab tu bila ditegur/tanya sesuatu pada dia & dia tak dapat nak jawab/buat dengan betul dia akan menangis...dia takut dia salah jawab/buat. Dari usia 2 tahun dia dah rajin menulis, minat sangat pada buku. So seawall 2tahun setengah dah daftarkan dia ke Smart Reader (sebab dia memang dah ready masa tu). Seawal 4 tahun dah boleh membaca. 5 tahun masukkan dia ke tadika Chinese sebab planning untuk daftarkan dia sekolah SJK (C). 6 tahun dia dah lancar 3 bahasa. Memang dari kecik nampak dia more to academic....sukan dia kurang.tambahan pulak dengan badan mengalahkan hipo + asma. Darjah 1 start sekolah di SJK (C) Kong Min, Beserah. Alhamdulillah, Shaquille adalah pelajar Melayu terbaik & top ten pelajar cemerlang di kalangan pelajar bangsa lain. Bagi saya  Shaq is Brilliant & Understanding.

Shaquille

Muhammad Qazzrin Marquez (17/5/2006)
Anak istimewa saya ini wujud dalam rahim sehabis pantang 100 hari anak sulung...heheheh... Awal pregnant memang emosi agak tak stabil sebab ramai yang 'berbunyi'... sebab terlalu awal dah mengandung kedua pulak. Rezeki, tak kan nak tolak? Masa 3 bulan mengandung saya pernah terjatuh (terduduk) memang terhentak punggung ke lantai, Alhamdulillah tak bleeding & kandungan selamat. Marquez didiagnos autism seawal 2 tahun. Boleh baca post saya. Cabaran membesarkan memang sangat menguji kesabaran. Tapi Marquez sangat kuat antibodinya. Sepanjang 8 tahun usia dia ni rasanya baru 5,6 kali je dia demam. Berbanding Shaq yang setahun 3,4 kali (mudah tak sihat).Allah Maha Adil, Dia dah jadikan setiap makhluk itu ada keistimewaan & ada kekurangannya. Marquez suka sangat menconteng dinding... Dinding rumah dah macam tampal wall paper. Tak cukup dinding lantai almari semua dah ada peninggalan trade mark dia. Marquez sangat2 'family person'. nak jalan @ ke mana mesti nak cukup ahli family...suka sangat bila satu family complete berkumpul. Saya katakan Marq is Loving & Special.

Marquez



Muhammad Qazzim Jacquin (27/1/2009)
Jacq beperwatakan manis...sweet, sekali tengok memang orang sangka dia 'girl'. Even dia sendiri pun pernah cakap 'I wonder I am a boy'. kah kah kah...Special nya Jacq sebab paling lama breastfeed. 22months dia EXCLUSIVELY BREASTFEED! mean HANYA SUSU IBU, TIDAK MAKAN EVEN BISKUT @ ROTI @ AIR MASAK. saya terpaksa stop awal breastfeed Jacq sebab pregnant (susu drop & kering). masa tu la baru ajar dia minum susu formula. tapi lepas bersalin adik dia, saya tandem breastfeed Jacq & adik dia..sempat la dalam 2,3 bulan. (dipaksa stop juga sebab 'orang-orang tua' tak bagi)...biasa lah mitos 'abang minum hak adik, nanti adik tak sihat'. saya nasihat orang abaikan mitos2 tapi saya sendiri tak cukup kuat nak menentang..bukan kerana mitos tapi kerana menghormati orang tua. Jacq dah masuk 5 tahun tapi masih ada masalah speech. 10% khuatiri dia ada mild autism...dah start speech therapy di UIA Kuantan setiap bulan, ambik hari yang sama dengan Marquez. so senang sekali pergi untuk 2 orang terapi. In shaa Allah hujung tahun nanti bawa dia untuk diagnos. Perangai Jacq? Adoiii...memang susah nak dengar kata. Keras hati sikit dia ni. Marah macam mana pun buat kebal je tak nangis, tapi orang kebal ni senjatanya ialah halus...so jangan berkeras tapi cakap lembut dengan dia confirm selok dia menangis. Saya katakan Jacq is 'soft but hard sometime', unpredictable & spoiled!

Jacquin


Muhammad Qaffyl Arezqy (11/6/2011)

Rezq ni fizikal pun lain sangat dengan abang2..saiz kecik + gelap. hehehe...baka papa dia. Tapi Rezq advance dari yang lain. start dari berjalan (10~11 bulan) hingga lah ke mulut yang petah tu lebih awal berbanding abang2. Petah bercakap tak pelat dari 2 tahun. Bila disuruh buat apa2 dia cepat faham & dia yang laju sekali. Tapi sangat2 tak sekepala dengan  Jacq. Apa2 yang dia buat kalau ada yang salah dia akan salahkan Jacq. Duduk dalam kereta pun kena pisahkan Rezq & Jacq, kalu tidak memang perang dunia ketiga la jawabnya. Kepetahan & kebetahan Rezq ni kadang2 pening kepala jugak sebab semua benda dia nak buat sendiri..dari mandi, pakai baju, makan, semua nak handle sendiri..Rasanya setiap hari dia kena marah..huhuhu..tapi bila dia tak ada, dia lah yang paling saya rindu sebab teringat mulut betah dia. Saya rasa Rezqy is Independent, Advance & Active.


Arezqy


Muhammad Qays Miqa'el  (7/6/2013)

Bongsu saya (buat masa ni..hehe) baru 10 bulan tapi nampak banyak ciri dia mengikut Rezq. Aktif, lasak, cepat nak belajar berjalan...ada 1 lagi yang special; unvaccinated baby. Qays tak dicucuk vaksin sejak lahir. Masa bersalinkan Qays pun adalah special moment bagi saya sebab gentle birth. Saya sediakan birth plan & Alhamdulillah 90% birth plan tu ok. Cuma tak dibenarkan delay cord clamping.. dan ini pertama kali encik suami sendiri yang potong tali pusat anak! Kelahiran tanpa dipaksa, tanpa induce walau dah overdue & baby dah berak sebenarnya..tanpa episiotomi, tanpa jahit sebab tear sikit je...saya berjaya kawal breathing bila rasa nak push baru panggil nurse & bila check dah 10cm. Doktor pun tak sempat sampai, baby dah keluar. Seriously, bersalinkan Qays memang sangat indah! setakat ni Qays is Cute!

Miqa'el



Seronok kan? Semoga saya berjaya mendidik anak-anak kesayangan buah hati pengarang jantung saya ini di jalan Allah. Setiap hari mereka ada dalam doa saya. Semoga Allah sentiasa lindungi mereka dari fitnah akhir zaman.










Monday, September 23, 2013

Mak BaNyak AnaK

Biasanya bila ada anak sorang kita terfikir boleh ke nak handle bila anak 2 nanti..
Bila anak masuk 2, dah rasa full tangan kiri kanan handle anak. Ehh..tu baru tangan kita,tangan En Suami kosong lagi,ok lah boleh tambah anak no 3.
Bila berjalan dengan 3 orang anak,gilir2 sorang pimpin 2 orang,sorang pimpin lagi sorang..Haaa..tak adil pulak ada free 1 tangan lagi.
Tambah pulak anak no 4, so bapak & emak masing2 full tangan handle anak2..jalan pimpin tangan kiri kanan,memang start anak 3 bapak tak boleh nak pimpin tangan emak dah ;p
Time anak 4 ni orang dah start pandang, ramainya anak kecik2 lagi.. 4 pun dah ramai,macam mana plak kalu 5..?

Hahahattuuutthahhahahatuut *ketawa terkentut2

my 5 Q
 
Sekarang ni bila keluar jalan2,g mkn kat luar memang konpem jadi macam artis. Ada yang tegur "muda lagi ramai anak". Saya dah tua...suami saya lagi laaa...10 tahun tua dari saya. Cuma anak2 saya kecil2 lagi..jarak umur diorg setahun dua je tu yang mudah dapat perhatian tu. Kalau korang tengok memang macam gaya cikgu tadika bawak rombongan murid2.

Subur?ehemmm...saya memang amalkan supplemen (SHAKLEE pastinya!). Sebelum terjebak dengan Shaklee ni saya makan jamu & vitamin dari G**. May be dengan amalkan vitamin/supplemen ni saya subur kot,mudah sangat lekatnya...apa2 pun,semua rezeki dari ALLAH. Ada yg lebih ada yg kurang.Saya ada 5 hero tapi belum ada rezeki heroin. Next kot?? errrkkk....

Oh yeaa...anak ramai tapi body maintain,nmpk muda,sihat & segar ? Alhamdulillah, semuanya dengan izin ALLAH.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...