Showing posts with label Kelebihan Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Kelebihan Shaklee. Show all posts

Friday, June 6, 2014

Sana Sini Situ SHAKLEE - Jom Join Jadi Jutawan!

PASSION!
Itu perkataan pertama yang saya dapat luahkan bila orang tanya kenapa pilih bisnes Shaklee. Memang tsunami Shaklee tengah hebat dan bisnes Shaklee ni tak kan surut. Sana sini situ orang jual Shaklee, boleh ke berjaya? BOLEH! Apa yang perlu? Pastikan kita berada dalam group yang betul..mentor yang akan bimbing kita hingga berjaya. Alhamdulillah, saya berada dalam susur galur Jutawan. Group yang paling mantap dalam bisnes Shaklee.



# Mahal tak bayar yuran keahlian?

--> RM75 SAHAJA!
RM65 - untuk manual kit (buku produk, senarai harga, buku resit) yang membolehkan ID aktif
              setelah beli manual kit ini
RM10 - kos pos dari Shaklee kepada anda sebab starter kit tu dari HQ Shaklee, BUKAN dari
             pengedar ye.

# Ada PERCUMA KEAHLIAN tak?

--> ADA!
Anda boleh mendapat keahlian percuma apabila membuat belian 200point dengan jumlah lebih kurang RM650. Cara yang terbaik, apakata anda kumpulkan order dari ahli keluarga atau rakan-rakan sehingga cukup 200point so automatik anda dapat keahlian PERCUMA dengan barang yang anda hendak beli tu adalah harga ahli!


# Macam mana nak daftar menjadi ahli?

--> Pendaftaran adalah secara online
so anda perlu berikan maklumat berikut :-

Nama:
No IC:
Alamat :
No Tel:
Emel:
No akaun maybank (saving @ current): <-- utk tujuan bayaran bonus/insentif dari Shaklee
cawangan maybank:
*bagi yang sudah berkawin berikan maklumat tambahan berikut
Nama Suami:
No IC Suami:
Nama Suami :

# Langkah pertama selepas mendaftar apa perlu buat?

-->WELCOME! anda akan dimasukkan dalam group coaching & mentoring. segala tunjuk ajar untuk anda memulakan bisnes akan diberikan. so langkah pertama adalah 'masuk rumah bakal jutawan' :)

 



KELEBIHAN MENJADI PENGEDAR SHAKLEE

1. JENAMA SHAKLEE TERKENAL & BERKUALITI
     - fenomena Shaklee makin menjadi2 akhir2 ini, sedangkan produk ini sudah berpuluh tahun,
       kerana kualiti produk & harga yang mampu milik berbanding jenama lain di pasaran. tidak susah
       bagi anda untuk mempromosikan produk Shaklee sebab telah terkenal. ini juga jaminan utama
       produk ini akan kekal lama dipasaran.
 
2.  HARGA AHLI YANG RENDAH
   - penjimatan hingga 20% bagi ahli untuk membeli produk Shaklee. walaupun anda hanya membeli
     untuk kegunaan sendiri bukan untuk bisnes tapi anda telah jimat banyak. anda juga boleh
     mengumpul point untuk mendapatkan CASH BONUS dari Shaklee.
 
3. TIDAK PERLU MODAL BESAR
  - tidak ada modal pun tak ape...kenapa? sebab anda hanya perlu ambil order & tunggu bayaran dari
    customer barulah belian barang di buat dari Shaklee, itu semua ONLINE. Shaklee yang akan
    uruskan pengeposan kepada customer. hanya sekali seumur hidup anda keluarkan modal iaitu masa
    pendaftaran sebagai ahli.
 
4. BISNES YANG MUDAH
  - walau anda hanya duduk di rumah sambil membuat kerja rumah atau apa urusan sekalipun anda 
    boleh menjalankan bisnes Shaklee kerana semua system adalah secara ONLINE. Anda tidak perlu  
    bersusah payah ke pejabat pos untuk pengeposan kepada customer. Order dibuat melalui
    sistem online Shaklee (Shaklee2u) dan produk akan dihantar terus dari Shaklee kepada customer
    dan dijamin sampai dalam tempoh 2~3 hari (Gdex). Mudah dah cepat!
 
5. MENJANA PENDAPATAN DENGAN MUDAH
  - menjadi pengedar secara part time atau full time tiada masalah kerana bisnes ini mudah
   dijalankan. Nak jadi WAHM yang kaya & berjaya? memang sangat sesuai dengan bisnes Shaklee
   ini.
 
6. PELBAGAI BONUS/INSENTIF YANG LUMAYAN
  - Shaklee menawarkan pakej bonus yang lumayan berdasarkan sales setiap pengedar. Pelbagai
    bonus disediakan seperti wang tunai, bonus kereta (bentuk tunai bulan2), percutian, haji dan
    umrah, dan banyak lagi. Anda sendiri yang tentukan banyak mana bonus yang anda layak
    berdasarkan jualan anda. Lagi banyak sales, lagi banyakkkkkk bonus. Risiko? tiada risiko, tiada caj
    @ komitmen bulanan. Jika tiada jualan tiadalah bonus, itu sahaja, konsep yang mudah kan?
 
7. SUPPORT GROUP, MENTOR & COACHING
   - menyertai ahli dalam group saya bermakna anda memilih berada di dalam susur galur Jutawan,
     yang mana mempunyai support group yang kuat & sentiasa akan membantu anda sehingga
    mencapai apa yang anda target. Ramai mentor hebat yang berada dalam group ini, Sistem
    coaching dipupuk dari setiap level...orang yang ingin berjaya perlu mempunyai mentor yang
    hebat. Hanya 1 perkara yang penting, anda perlu ada KEINGINAN....kenginan untuk Berjaya!
 
 


Boleh hubungi saya
0199480013 sms/wassap/wechat
Pengedar Shaklee Kuantan
 
 




Wednesday, June 4, 2014

Berlambak Produk Kesihatan Di Pasaran, Kenapa Mesti Pilih SHAKLEE?

Pernah tak anda cuci mata di farmasi @ kedai yang menjual produk kesihatan? Boleh anda senaraikan semua produk kesihatan yang ada di pasaran? Berapa banyak ye? BERLAMBAKKK....
kan? 😎 iye,berlambak produk kesihatan di pasaran. Tapi kenapa SHAKLEE juga yang jadi pilihan utama?
 
berlambak produk kesihatan di pasaran
 
 
Apa kelebihan SHAKLEE?


Produk Shaklee - suplemen terbaik
 
 Telah sedia maklum, produk Shaklee telah lama dihasilkan. Saya sendiri telah pernah mendengar tentang  produk ini ketika di sekolah rendah lagi.. tapi masa tu tak ambik suplemen lagi la 1 sebabnya Shaklee ni dulu orang kata mahal harganya... ramai juga yang saya kenal sedara-mara saya yang pernah consume Shaklee dulu dan memang positif feedback dari mereka :)
 
Formula Shaklee adalah hasil daripada lebih 50 tahun dan sekurang-kurangnya $ 250 juta telah dibelanjakan untuk penyelidikan dan pembangunan pemakanan. <<- produk yang bagus pasti bertahan lama, bukan lah seperti produk kesihatan yang top 2,3 bulan lepas tu senyap terus..ini menunjukkan tinggi kualiti produk Shaklee :)

 • Lebih daripada 10,000 kajian klinikal dan 83,000 ujian jaminan kualiti tahunan mengesahkan bahan-bahan dalam makanan tambahan Shaklee .<<- banyak juga jurnal/penulisan yang telah dihasilkan oleh pakar yang terlibat dalam kajian Shaklee; pastinya keyakinan kita lebih tinggi dengan bilangan ujian yang banyak ini. Bukan sebarangan produk kan?

 • Shaklee hanya menggunakan vitamin gred tinggi dan mineral dalam makanan tambahan mereka. hanya menggunakan bahan-bahan yang berkualiti terbaik botani.<<- hanya vitamin gred tinggi dan mineral sahaja pasti hasilkan yang terbaik untuk keperluan badan kita

• produk dihasilkan dari sumber organik. Shaklee menjamin bahan-bahan mentah terbaik dan formulasi diuji .  Bahan-bahan mentah diuji untuk lebih 350 bahan cemar kimia termasuk racun perosak , racun herba , racun kulat , plumbum, logam berat , pelarut, & mikrob yang berbahaya<<- tiada bahan metal/kimia (pesticide)yang terlibat dalam proses

• Shaklee menjamin bahawa apa yang anda baca pada label adalah sama apa yang anda akan perolehi dari dalam botol. <<- kita boleh mendapat penjelasan yang nyata kandungan bahan  seperti dinyatakan pada botol

 • perisa tiruan , pemanis , warna dan bahan pengawet tidak ditambah kepada produk Shaklee .<<- produk Shaklee terbaik kerana non-GMO dan free gluten; kandungan yang sangat perlu kita elakkan/kurangkan kerana ia memberi kesan pada kesihatan kita.  
 

 
selamat dan berkesan

 Bila kita memilih suplemen/makanan tambahan pastinya kita mahukan kesan yang baik dan tidak menjejaskan kesihatan badan dan akhirnya menyebabkan keadaan lebih buruk...
Selidik dulu apa keperluan badan kita yang perlu kita penuhi dan jadilah pengguna yang bijak.
Pilih yang paling selamat, bukan yang paling 'cepat'... kesan yang cepat biasanya kerana kandungan suplemen yang agak mencurigakan.

Produk Shaklee adalah dari bahan organik; kesan yang mungkin ambil masa 2,3 bulan bergantung pada kesihatan setiap individu tetapi kita pasti lebih berasa yakin kerana ia dari sumber organik yang tidak akan memberikan kesan negatif pada badan..


 
 Masih ragu-ragu lagi tentang SHAKLEE?
 
Boleh hubungi saya untuk detail..
sms / wassap / wechat 0199480013
 
 

 
 

Monday, March 31, 2014

5 Produk Shaklee Pilihan Saya

Alang-alang setelah setahun menjadi pengguna Shaklee saya buat langkah bijak dengan mendaftar keahlian Shaklee. So dapat buat pembelian dengan penjimatan. Capai point (uv) tertentu dapat cash back, boleh rolling modal..hehehe..so bila dah rasa kesan mengambil makanan  tambahan & vitamin Shaklee masa breastfeeding journey Arezqy dulu saya pun mencuba pulak beberapa lagi produk Shaklee. 5 produk teratas pilihan saya ialah :-

 
Energizing Soy Protein (ESP),
Collagen Powder,
Omega Guard,
Vivix,
GLA
 
 
 
ESP :- membantu saya lebih bertenaga setiap hari sebab ia adalah sumber protein yang baik. Rutin
           harian saya untuk working day amat penuh + penat uruskan anak-anak & kerja so saya jarang
           dapat breakfast pada masa yang sesuai, ESP ini lah yang bantu saya untuk alas perut waktu
           pagi sementara untuk dapat makan (dalam pukul 10am @ lunch terus). Ia juga adalah
           milkbooster saya, bantu kekalkan supply susu. 
 
Collagen Powder :- haaa....adat kan orang perempuan suka cantik heheh...sebelum guna produk
                                Shaklee saya memang makan kolagen jugak. bila dah try collagen Shaklee ni
                                saya terus melekat! sebab kesan yang cepat!masalah kulit kering, tumit merekah,
                                dapat atasi lepas saya makan collagen powder Shaklee ni tak sampai 1 kotak pun.
                                Nak cepat berkesan, ambil dengan ESP...testimoni dari customer saya sendiri.
 
Omega Guard :- pil minyak ikan yang berjaya menurunkan kolesterol saya & mak saya. Juga
                           membantu kurangkan athma attack pada anak saya, Shaquille. Dan digalakkan oleh
                           Doktor untuk diberi kepada anak autistik saya, Marquez. So memang memenuhi
                          keperluan satu keluarga. Omega ini juga bantu tingkatkan IQ & minda kita,so
                          sanggggaaattttt bagus diamalkan dari anak-anak sampai la ke mak bapak.
 
Vivix :- produk Shaklee paling meletup! dan paling mahal...huhuhu...kenapa mahal? mestilah sebab
              kualiti & bagusnya..kann? Saya cuba vivix masa promosi vivix buy 6 free 1 (kalau ada
              promosi memang patut ambil..jimat berganda!) mungkin kesannya tak nampak sekarang,
              tapi ia diperlukan 5,10 tahun lagi...tengok la testimoni2 yang telah mengambil vivix. kanser,
             darah tinggi, strok, kencing manis; boleh dicegah dengan mengambil vivix. (produk ini
              bukan untuk merawat ye...supplemen, membantu sahaja)
 
GLA :- ini memang patut diambil oleh wanita2 yang mementingkan penjagaan dalaman. saya
             percaya ramai yang makan EPO kan? dalam EPO mengandungi GLA, so saya pilih GLA
             terussss....bantu kekalkan hormon saya. period teratur, hormon stabil, mood pun akan
             stabil...betull! stress, mood semua tu berkait dengan hormon. nak maintain badan pun silalah
             ambil GLA ni. kita orang perempuan ni macam2 mudah penyakit nak datang, especially
             bahagian dalam. so jagalah kesihatan kita dari sekarang.
 
 
Umur semakin meningkat, keperluan nutrisi perlu dipenuhi. itu tujuan vitamin & makanan tambahan untuk membantu melengkapi apa yang kurang. Sedangkan kenderaan pun perlu diservis, inikan pula badan kita. Perasan tak semakin hari semakin badan terasa tak berdaya? tenaga makin kurang? Emmm... masih duduk termenung berfikir? 
 ~ Fast Action Fast Result ~
 
 
 
 

 


Wednesday, March 12, 2014

Fakta PENTING : 7 Beza ESP (soya Shaklee) berbanding soya lain

Ramai tertanya-tanya kenapa perlu memilih ESP Shaklee. Apa bezanya soya Shaklee (ESP) ini berbanding soya lain? Kalau dah namanya SOYA, tentulah sama sahaja kan?Oh TIDAK!..Memang sumber/objeknya sama iaitu SOYA tetapi jenis soya yang digunakan dan ciri sumber itu berbeza. Itu yang menjadikan istimewanya soya Shaklee (ESP) ini berbanding minuman soya yang lain.





Jom kita tengok 7 fakta penting berkaitan ESP Shaklee :-


1. Diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat terperinci serta 
    mempunyai kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan.

2. Kacang soya yang digunakan adalah non-Genentically Modified Organism (NON GMO) yang 
    diproses pada kadar suhu yang rendah.

3. Setiap 850gram ESP dihasilkan daripada 30 kg kacang soya

4. Memberikan sumber tenaga segera & boleh bertahan lama (sangat sesuai untuk semua    
    peringkat umur)

5. Satu-satunya produk yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat 
    dihasilkan oleh tubuh manusia.

6.  Diperkayakan dengan 5 sumber vitamin & 4 sumber mineral

7. Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39 menjadikan ESP sangat sesuai 
    kepada penghidap kencing manis.(G.I yang rendah memecahkan gula dengan perlahan-lahan     sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan Ini sangat penting dalam pengekalan     
    paras gula yang rendah yang dapat membantu pengurangan berat badan & kesihatan    
    berpanjangan)



Pastinya Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee pilihan saya kerana :-

  • Rendah Lemak
  • Tiada Kolesterol
  • Tiada asid urik
  • Mudah diserap oleh tubuh manusia
  • Gluten free



Okey. Jom order ESP dari saya ; Jaja Kamal 019-9480013
COD Indera Mahkota, Bkt Rangin, Sg Isap, Permatang Badak, Batu Hitam, Balok, Beserah, Tg Lumpur, Taman Impian, Bukit Goh
POS seluruh Malaysia (2~3 hari sampai kepada anda).


Friday, September 6, 2013

Jatuh cinta dengan Shaklee





Tak kenal maka tak cinta, dah kenal terus mengada-ngada laaa..Tak banyak yang jatuh cinta pandang pertama dengan Shaklee, ditambah pulak dengan nilai $$$$ Shaklee setaraf nilai keberkesanannya.
Tapi tak kurang juga yang terus mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan harga ahli, sebab itu adalah langkah paling BIJAK!

 
Memang dah lama saya dengar produk Shaklee tapi tak berapa berminat plus macam susah je nak dapat sebab tak ada di kedai2 @ farmasi. Bermula nya niat saya nak guna produk ni masa mengandungkan Arezqy (end of 2010). Masa tu fikir produk untuk bantu breastfeed, memandangkan sepanjang tempoh breastfeed Jacquin (since Januari 2009) sampai mengandung Arezqy, bertungkus lumus nak maintain susu. Sebut je la any milkbooster kat pasaran, memang terus gi beli. Rebus longan hari2, bancuh red dates hari2, telan pil fenugreek hari2...usaha seorang ibu yang susu tak berapa meriah nak maintain kan supply...huhuhu.. ehhh..saya pam 3 kali time ofis hour & power pumping malam/pagi.
 
masa tu Jacquin EXCLUSIVELY BF sebab dia memang tak makan solid food, harapkan susu mama 100%. Mmakanan tambahan ini cuma 'tambahan', yang paling penting PAM/PERAH SUSU ; itu memang tetap buat every 2,3 jam sepanjang siang. Saya tak ketepikan konsep demand & supply okeyyyy..

Badan memang terasa penat, letih, (siapa cakap breastfeed tak penat?) macam2 ada, sakit belakang terutamanya..so masa mengandungkan Arezqy, google/study sikit2 pasal Shaklee. Lepas bersalin, minggu ke-2 berpantang terus order Set Menyusu..Saya consume Alfalfa, B Complex, Vitalea, Vitamin C..Lepas tu add Ostematrix. Alhamdulillah, terasa kesan positif. Badan segar, tak cepat penat, tak sakit2 badan. Repeat order 3 kali...tapi tak jugak join ahli..hehehe

Next makin tambah pulak yang lain, ambik set 3M, susu pun meriah. Alhamdulillah. Siap beli deep freezer buat simpan stok EBM. Setahun jadi pengguna Shaklee terus join ahli pulak. Kalau nak tahu, kebanyakan ahli2 Shaklee ni yang saya kenal semua asalnya pengguna Shaklee, bila rasa kesan yang baik terus berminat join ahli.
 
Itu laa..tak kenal maka tak cinta..kan?

Nak kenal Shaklee lebih detail boleh hubungi saya 019-9480013...call/sms/whatsapp/wechat

kalau yg di area Kuantan boleh set time & tempat sambil ngeteh kita bersembang.

 
COD Indera Mahkota, Kuantan, Bkt Rangin, Sg Isap, Permatang Badak, Tg Lumpur, Balok, Beserah, Damansara Kuantan, Tmn Dato' Rashid, Kotasas, Taman Impian, Bkt Goh.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...