Friday, September 20, 2013

Oh My Cholesterol!


Last week NASOM Kuantan anjurkan Charity Food Fair 2013. As a crew (parent memang la wajib join) sibuk la ke hulu hilir membantu menjayakan event kutipan amal tu. Ada buka booth pemeriksaan kesihatan. So apa lagi, nak harapkan jejak kaki ke klinik buat medical check up jangan harap la kalau tengah sihat segar bugar ni. kalau sakit baru la nak gi jengah Doctor. Alhamdulillah blood preassure & glucose level berada pada level normal HOYEEE! tapi 1 part lagi yang mendukacitakan >> KOLESTEROL!! huargghhh 7.3.
 

Iyeee, badan saya slim, kurus, ideal tapi kolesterol tinggi. Tak semestinya yang kurus tak ada masalah kolesterol yea kawan2...Doctor suggest buat full check up, puasa dulu malam then datang klinik ambik darah. nak tengok result HDL & LDL. tapi saya hold dulu, buat cabaran pada diri sendiri untuk usaha turunkan kolesterol dalam tempoh sebulan (Inshaa Allah). next month baru nak check semula, at least boleh jadi testimoni terhebat!

Ok, so apa saya nak buat??

 

Saya nak start ambil Omega guard + Lecithin + Alfalfa + ESP. (Alfalfa & ESP memang saya dah consume utk breastfeeding; milkbooster!)

So nantikan result cabaran penurunan kolesterol saya nanti ye!


 
see..mana gemuk pun.. 164cm,53kg ideal.

Thursday, September 12, 2013

7 yrs of my AUTISME's son life



 
Mungkin sekarang orang ramai dah mempunyai kesedaran tentang simptom2 autisma & dah tau tentang wujudnya "AUTISMA" ni berbanding dengan 8,9,10 tahun dulu...saya pun tak pernah ambil tau cuma bila terkena hidung sendiri baru nak ambik tau hal2 sekeliling.

Autism is a disorder of neural development characterized by impaired social interaction and verbal and non-verbal communication, and by restricted, repetitive or stereotyped behavior.
 
 



 Tonton youtube ni, 14min pertama dalam movie ni sama seperti yang saya lalui 4,5 tahun dulu. Menangis, kecewa, tension, semua dah saya lalui, juga Denial stage. Senyum di depan orang,nampak tabah,kuat, tapi di belakang,saya menangis..menangis malam2, Siapa yang tahu? ALLAHUAKBAR!

http://youtu.be/rT-2S7L-N9c
http://www.examiner.com/article/banned-tv-films-about-autism-now-available-on-youtube-after-almost-10-years

Saya akan ceritakan setiap apa yang saya lalui & macam mana saya dapat detect anak saya istimewa.

CoQHealth Shaklee Paling Bagus Untuk Jantung

Tahukah anda? Lelaki adalah lebih mudah diserang penyakit jantung berbanding wanita? Punca utama pula dikesan adalah stress. Wanita pula ada hormon yang seimbangkan stress tapi bila menopause, risiko wanita diserang penyakit jantung adalah sama dengan lelaki. Shaklee menawarkan suplemen yang baik untuk jantung ; CoQHealth Plus Shaklee.. kecil molek botolnya tapi besar gedabak kelebihannya.
Apa itu CoQ Health?
CoQ Health Plus ini mengandungi Coenzyme Q10, Vitamin E dan Exstrak Teh Hijau. Unsur utama dalam produk ini ialah CoQ10; antioksidan yang kuat dan bahan semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia adalah sebahagian daripada keluarga sebatian yang dikenali sebagai ubiquinone, wujud di mana-mana (meluas) di dalam badan. Ada dalam hampir setiap sel badan dan paling banyak tertumpu pd jantung dan hati. Kebanyakkannya sekitar umur 40 tahun merupakan  tahap CoQ10 berkurangan.

 CoQ10 hadir dalam mitochondria sel-sel; iaitu kawasan sel yang menghasilkan tenaga untuk badan untuk digunakan, melalui satu proses yang kompleks untuk mengubah makanan ke dalam ATP. Coenzyme Q10 akan meningkatkan proses metabolik menghasilkan tenaga untuk pencernaan, penyembuhan, mengekalkan otot yang sihat, dan banyak lagi. Memang marvellous!

Jom Kita Semak :-

>>>> 1. Otot jantung lemah? (jantung mengepam 100,000 kali sehari)
>>>> 2. Salur Darah tidak sihat
>>>> 3. Kolesterol terlalu tinggi?
>>>> 4. Darah beku dalam salur darah

Jika keadaan 1; kita perlukan CoQ10 kerana CoQ10 membantu menguatkan otot jantung.

Jika keadaan 2; kita perlukan Vit E yang membantu dalam salur darah

Jika keadaan 3; kita perlukan Omega 3 yang mengurangkan LDL, banyakkan antioksida.

Jika keadaan 4; kita perlukan Teh Hijau untuk mencairkan darah

Bayangkan 3 unsur utama ini boleh diperolehi pada CoQHealth sahaja;

CoQ10 + Vit E + Teh Hijau = 1 CoQHealth

(Untuk penjagaan jantung yang optimum sihat CoQHealth diambil bersama Omega Guard)

Ok, kita tengok lagi kelebihan CoQ ni: 



Best kan?
OK, jangan tunggu2..place your order now.
hubungi saya untuk lebih lanjut

fb: Jaja Kamal 

SMS/call/wassap : 0199480013


Friday, September 6, 2013

Jatuh cinta dengan Shaklee





Tak kenal maka tak cinta, dah kenal terus mengada-ngada laaa..Tak banyak yang jatuh cinta pandang pertama dengan Shaklee, ditambah pulak dengan nilai $$$$ Shaklee setaraf nilai keberkesanannya.
Tapi tak kurang juga yang terus mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan harga ahli, sebab itu adalah langkah paling BIJAK!

 
Memang dah lama saya dengar produk Shaklee tapi tak berapa berminat plus macam susah je nak dapat sebab tak ada di kedai2 @ farmasi. Bermula nya niat saya nak guna produk ni masa mengandungkan Arezqy (end of 2010). Masa tu fikir produk untuk bantu breastfeed, memandangkan sepanjang tempoh breastfeed Jacquin (since Januari 2009) sampai mengandung Arezqy, bertungkus lumus nak maintain susu. Sebut je la any milkbooster kat pasaran, memang terus gi beli. Rebus longan hari2, bancuh red dates hari2, telan pil fenugreek hari2...usaha seorang ibu yang susu tak berapa meriah nak maintain kan supply...huhuhu.. ehhh..saya pam 3 kali time ofis hour & power pumping malam/pagi.
 
masa tu Jacquin EXCLUSIVELY BF sebab dia memang tak makan solid food, harapkan susu mama 100%. Mmakanan tambahan ini cuma 'tambahan', yang paling penting PAM/PERAH SUSU ; itu memang tetap buat every 2,3 jam sepanjang siang. Saya tak ketepikan konsep demand & supply okeyyyy..

Badan memang terasa penat, letih, (siapa cakap breastfeed tak penat?) macam2 ada, sakit belakang terutamanya..so masa mengandungkan Arezqy, google/study sikit2 pasal Shaklee. Lepas bersalin, minggu ke-2 berpantang terus order Set Menyusu..Saya consume Alfalfa, B Complex, Vitalea, Vitamin C..Lepas tu add Ostematrix. Alhamdulillah, terasa kesan positif. Badan segar, tak cepat penat, tak sakit2 badan. Repeat order 3 kali...tapi tak jugak join ahli..hehehe

Next makin tambah pulak yang lain, ambik set 3M, susu pun meriah. Alhamdulillah. Siap beli deep freezer buat simpan stok EBM. Setahun jadi pengguna Shaklee terus join ahli pulak. Kalau nak tahu, kebanyakan ahli2 Shaklee ni yang saya kenal semua asalnya pengguna Shaklee, bila rasa kesan yang baik terus berminat join ahli.
 
Itu laa..tak kenal maka tak cinta..kan?

Nak kenal Shaklee lebih detail boleh hubungi saya 019-9480013...call/sms/whatsapp/wechat

kalau yg di area Kuantan boleh set time & tempat sambil ngeteh kita bersembang.

 
COD Indera Mahkota, Kuantan, Bkt Rangin, Sg Isap, Permatang Badak, Tg Lumpur, Balok, Beserah, Damansara Kuantan, Tmn Dato' Rashid, Kotasas, Taman Impian, Bkt Goh.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...