Friday, March 14, 2014

5 Panduan yang Boleh Dikongsi untuk Ibubapa autisma


Anak autisma saya; Muhammad Qazzrin Marquez lahir pada 17 Mei 2006, induced/forced deliver sebab sudah kurang pergerakan (tak aktif) sehari sebelum tu. Buta CTG almost 2 jam, 'result CTG tak cantik', kata Doktor. So diarah terus admitted. Bagi 1001 alasan , tak nak masuk lagi..heheh..sempat pergi Giant shopping last minit. Esoknya dari pagi sampai tengahari, 2,3 kali dapat call dari klinik suruh datang. Petang tu baru lah pergi menyerah...Alhamdulillah, sangat mudah lahirkan anak istimewa ini.



Banyak yang saya belajar sepanjang membesarkan Marquez. Bila ingat balik sepanjang 2 tahun pertama dia lahir saya rasa sangat sedih.

Kenapa?
Saya selalu marah dia.
Saya naik tangan pada dia
Kenapa?
Sebab saya tak faham dia...
Tak sedar bezanya cara pendekatan anak istimewa ini
Tak faham bahasa dia




Sedangkan waktu tu yang penting sekali ialah Bersabar...Bersabar...Bersabar... 

So, bagi ibu bapa yang mempunyai anak autisma; yang baru diagnos anak; ingin sekali saya sarankan perkara-perkara berikut. Berdasarkan pengalaman saya. Tak semua ibu bapa alami pengalaman yang sama, tapi at least sedikit sebanyak diharap ini dapat membantu.

Ini adalah berdasarkan anak saya yang telah didiagnos 70% autisma ~ severe autism oleh psikiatri. ASD - autism spectrum disorder adalah sangat luas, berbeza pada anak yang lain.


Perhati perbezaan perkembangan perilaku anak
Ini adalah langkah pertama...Biasanya kita bagi perhatian penuh pada anak yang sulung, mungkin berkurang bila anak yang seterusnya (saya lah tu...Sepatutnya sama je kann huhu..).
            Tengok proses perkembangan anak kita.Saya pasti semua ibu bapa ada guideline proses
            perkembangan anak kan..ala zaman teknologi canggih ni google aje la, senang cerita. Tengok
            apa perbezaan pada anak & tackle 'masalah perbezaan' ini.


Terapi Cara Laku, tackle sensory problem
Memang kita boleh hantar ke pakar2 terapi (seharusnya..bagi saya WAJIB) tapi kita sendiri di rumah juga kena terapi anak kita. Gali ilmu, cari ilmu. Lebih banyak yang kita boleh buat
            pada anak, lebih cepat anak boleh atasi masalah cara laku/sensory. Contoh ; anak berjalan
            jingkit, so biasakan kaki anak sentuh teksture yang berbeza (rumput, karpet, licin, kasar,etc.)
           Ada banyak lagi ye, itu  akan saya share di entri yang lain.
Ubah cara pendekatan anak
Kalau selama ini kita mengajar anak yang lain dari 1 hingga 10 secara aturan sistematik,
tapi dengan anak istimewa ini mungkin cara kita perlu diubah; mungkin mula dengan 3,4
            dulu baru pergi kepada 1. Sebab kadang kala mereka ada masalah untuk mengikut sistem.
 

 Masuk ke dalam dunia mereka
 Jangan biarkan dia bermain sendiri dalam 'dunia' dia. Memang agak payah kita nak
 mencelah 'dunia' dia. Anak saya sendiri terlalu focus/kusyuk bila bermain sendiri, dan bila
             saya cuba mencelah dia akan berhenti dan lari @ kadang-kadang tantrum. Secara perlahan-
             lahan kita kena buat semua tu, tarik dia dari 'dunia' dia. So lama-lama kita dapat baiki
             masalah sosial komunikasi dia.


Jangan Putus Asa Berusaha
Dari mula anak didiagnos sebagai autisma, bermula la saat kita perlu mulakan usaha berganda membantu mendidik dia agar boleh berdikari, sehingga akhir hayat...  
            Jangan sesekali mengeluh.. Jangan sesekali putus asa...<<-- tuju untuk diri saya sendiri
            sebenarnya. Doa sepanjang masa agar anak kita ini boleh menguruskan dirinya sendiri,
            terutama bila kita tiada nanti. Jangan mengharap anak kita cemerlang dalam akademik,
            cukuplah jika dia boleh berdikari. Ingat, anak ini lah yang akan bantu kita di SANA nanti
            (In Shaa Allah).




Saya bukan seorang yang penyabar. Saya seorang yang pemarah, sampaikan anak saya takut bila terbuat salah..huhu..mungkin sebab itulah saya dianugerahkan oleh-Nya anak istimewa ini, untuk mengajar saya banyak perkara. Mendidik saya bentuk jiwa saya yang lebih baik. Tak dapat bayangkan kalau saya tiada anak autisma seperti Marquez, mungkinkah saya akan jadi sombong? mungkin juga saya akan jadi ibu yang mementingkan hal sendiri dari anak2? mungkin ikatan keluarga saya tak rapat? mungkin juga rumahtangga saya hancur??
 

    




paAutisma

Pengedar Shaklee Sabak Bernam/Gombak/Selangor

Bagi yang berada di kawasan Sabak Bernam, Gombak, Batu Caves; anda tidak perlu susah hati jika sukar untuk mendapatkan produk Shaklee atau mungkin sukar untuk ke branch Shaklee yang berhampiran. Berita baik kerana terdapat pengedar Shaklee berhampiran anda!



 
MAZNI
sms / wechat : 0103382603
fb : Mazni
COD Sabak Bernam
 
 
 
 
SHIDA
sms/whatsapp : 0132599311
fb : Shida
COD Gombak
 
 
 
 
 

Thursday, March 13, 2014

Ada Kedai Shaklee di Kuantan?

Untuk makluman semua, Shaklee tidak mempunyai 'kedai', branch Shaklee hanya ada di Kuala Lumpur, Johor dan Kota Bharu. Namun begitu terdapat ramai pengedar Shaklee yang berada di mana-mana sahaja. Kini anda yang berada di Kuantan tidak perlu susah lagi untuk dapatkan stok produk Shaklee dengan segera. Pengedar Shaklee Kuantan berada di sini! Semua produk yang diperlukan boleh diperoleh dalam hari yang sama...pendek kata SEGERA!






Taman Alam Perdana
Senarai produk Shaklee yang ada :-
  • Advance Joint Health Tablet
  • Alfalfa Complex (S / L)
  • B-Complex
  • Collagen Powder
  • CoQHealth Plus
  • DTX Complex
  • Energizing Soy Protein (ESP)
  • Garlic Complex
  • GLA Complex
  • Herb-Lax
  • Lecithin
  • Meal Shakes -French Vanilla
  • Nutriferon
  • OmegaGuard
  • Ostematrix
  • Peppermint-Ginger Plus
  • Performance Drink - Natural Orange
  • Sustained Release Vita-C Plus
  • Vita-E Complex
  • Vita-Lea Iron Formula
  • Vivix
  • Zinc Complex
  • Cinch Energy Tea Mix
  • Cinch Shake Mix - Vanilla
  • Cinch Shake Mix - Chocolate
  • Basic H




 Jom hubungi saya, JAJA KAMAL 019-9480013



Sila lihat pengedar yang berhampiran Pengedar Shaklee Kuantan.

Wednesday, March 12, 2014

Fakta PENTING : 7 Beza ESP (soya Shaklee) berbanding soya lain

Ramai tertanya-tanya kenapa perlu memilih ESP Shaklee. Apa bezanya soya Shaklee (ESP) ini berbanding soya lain? Kalau dah namanya SOYA, tentulah sama sahaja kan?Oh TIDAK!..Memang sumber/objeknya sama iaitu SOYA tetapi jenis soya yang digunakan dan ciri sumber itu berbeza. Itu yang menjadikan istimewanya soya Shaklee (ESP) ini berbanding minuman soya yang lain.





Jom kita tengok 7 fakta penting berkaitan ESP Shaklee :-


1. Diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat terperinci serta 
    mempunyai kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan.

2. Kacang soya yang digunakan adalah non-Genentically Modified Organism (NON GMO) yang 
    diproses pada kadar suhu yang rendah.

3. Setiap 850gram ESP dihasilkan daripada 30 kg kacang soya

4. Memberikan sumber tenaga segera & boleh bertahan lama (sangat sesuai untuk semua    
    peringkat umur)

5. Satu-satunya produk yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat 
    dihasilkan oleh tubuh manusia.

6.  Diperkayakan dengan 5 sumber vitamin & 4 sumber mineral

7. Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39 menjadikan ESP sangat sesuai 
    kepada penghidap kencing manis.(G.I yang rendah memecahkan gula dengan perlahan-lahan     sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan Ini sangat penting dalam pengekalan     
    paras gula yang rendah yang dapat membantu pengurangan berat badan & kesihatan    
    berpanjangan)



Pastinya Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee pilihan saya kerana :-

  • Rendah Lemak
  • Tiada Kolesterol
  • Tiada asid urik
  • Mudah diserap oleh tubuh manusia
  • Gluten free



Okey. Jom order ESP dari saya ; Jaja Kamal 019-9480013
COD Indera Mahkota, Bkt Rangin, Sg Isap, Permatang Badak, Batu Hitam, Balok, Beserah, Tg Lumpur, Taman Impian, Bukit Goh
POS seluruh Malaysia (2~3 hari sampai kepada anda).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...