Friday, April 11, 2014

Awak Tinggi, Saya Ketot?

"Alaaa ketotnya pak we kau.."
"Dah baka dia macam tu nak buat macam mana, dah pak we kau tu lonjongnya.."
"Mak bapak dia tinggi.."




Tinggi , lonjong, ketot, rendah seseorang itu majority dipengaruhi oleh gen/keturunan, tetapi tahu tak bahawa kita boleh membantu meningkatkan @ mempengaruhi ketinggian seseorang dengan KALSIUM!




Betul ke kalsium boleh meningkatkan ketinggian pada seseorang ? Well, jawapannya adalah YA. Kita tahu kalsium merupakan suplemen penting untuk tulang . Ia  membantu untuk meningkatkan jisim dan kekuatan tulang. Jika makanan tambahan kalsium dan  makanan yang diperkaya dengan kalsium digunakan dengan cara yang betul, berkemungkinan besar untuk meningkatkan ketinggian kita. 





Kenapa Kita Perlu Kalsium ?

Kalsium diperlukan untuk membina kepadatan tulang. Kalsium perlu diserap oleh badan dan untuk ini, kita memerlukan Vitamin D. Vitamin D boleh didapati secara percuma melalui cahaya matahari dan juga dalam beberapa sayur-sayuran. Kalsium dijumpai dalam beberapa sayur-sayuran dan  sumber yang terbaik adalah susu. Badan kita menyerap kalsium dengan lebih baik sebelum kita mencapai usia 24 tahun. Ini adalah masa yang terbaik untuk meningkatkan ketinggian kita dengan mengambil makanan yang kaya dengan kalsium. Selepas usia 24 tahun, tulang-tulang akan bersatu dalam badan dan tidak berkembang secara menegak. *Diingatkan sekali lagi; faktor genetik juga yang utama terlibat dalam mencapai pertumbuhan /ketinggian.

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh cuba:


Minum segelas susu setiap hari dan makan makanan yang kaya dengan Vitamin D. Beberapa buah-
   buahan dan sayur-sayuran mempunyai dos kecil Vitamin D di dalamnya.

Latihan seperti berjalan dan berjoging atau pergi ke gimnasium, membantu dalam penyerapan
  kalsium yang lebih baik oleh badan. Apabila kita bersenam, lemak badan akan digunakan dan 
  kalsium dapat diserap oleh tulang. Ini akan membantu pertumbuhan dan kita menjadi lebih tinggi.

• Ambil suplemen kalsium setiap hari. Tetapi perlu disertakan dengan senaman supaya penyerapan
  kalsium lebih mudah dan berkesan.

Lihat jadual di atas. Ambil keperluan kalsium yang diperlukan. Bagi kanak-kanak perlu kita bagi makanan yang kaya kalsium dan susu. Jangan bagi suplemen/makanan tambahan kepada kanak-kanak ye..cukup lah dengan sumber makanan yang betul. Mengambil pil kalsium semata-mata tanpa bahan lain juga bahaya sebenarnya, sebab akan menyebabkan terlebih dos @ kalsium yang tidak digunakan dalam badan. Ini akan menyebabkan masalah pada jantung. Dalam satu kajian yang besar, didapati bahawa mereka yang mendapat banyak kalsium dalam diet atau makanan tambahan mereka mempunyai peningkatan risiko penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung.
Jadi ambillah dalam kuantiti yang disarankan sahaja.
Dewasa; 1 hari = 4 biji Ostematrix = 1000mg Calsium
Nak dapatkan kalsium Shaklee (Ostematrix) ? Hubungi saya ;



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...