Tuesday, April 8, 2014

5 Anak Lelaki 5 Ragam 5 Rencah 5 Kali Ganda Kuasa Kuda!

Duduk rehat sekejap menyandar atas sofa sambil tengok gelagat anak-anak...Rumah kemas tak sampai 5 minit dah kembali ke asal.kih kih kih..suka dalam tangisan. Orang kata biar rumah bersepah kerana anak so itu tanda kita ada anak...kalau rumah kemas elok je kang tak ada pulak keceriaan 'anak-anak' dalam rumah tu. tapi saya ada kawan, anak dia pun ramai, tapi rumah dia ok je, kemas aje...huhu..ok lah, Jom berkenalan dengan hero-hero kesayangan saya...



Muhammad Qayyum Shaquille (28/4/2005)
Anak sulung biasalah mesti yang paling diberi perhatian, jadi eksperimen macam-macam...buat semua benda mesti nak yang terbaik untuk anak..kann..? Shaq dari kecik agak manja (walaupun dia tak sempat nak bermanja lama sebab cepat beno mak nya pregnant..hehe) Shaq agak sensitive. Dia suka jadi perfect, sebab tu bila ditegur/tanya sesuatu pada dia & dia tak dapat nak jawab/buat dengan betul dia akan menangis...dia takut dia salah jawab/buat. Dari usia 2 tahun dia dah rajin menulis, minat sangat pada buku. So seawall 2tahun setengah dah daftarkan dia ke Smart Reader (sebab dia memang dah ready masa tu). Seawal 4 tahun dah boleh membaca. 5 tahun masukkan dia ke tadika Chinese sebab planning untuk daftarkan dia sekolah SJK (C). 6 tahun dia dah lancar 3 bahasa. Memang dari kecik nampak dia more to academic....sukan dia kurang.tambahan pulak dengan badan mengalahkan hipo + asma. Darjah 1 start sekolah di SJK (C) Kong Min, Beserah. Alhamdulillah, Shaquille adalah pelajar Melayu terbaik & top ten pelajar cemerlang di kalangan pelajar bangsa lain. Bagi saya  Shaq is Brilliant & Understanding.

Shaquille

Muhammad Qazzrin Marquez (17/5/2006)
Anak istimewa saya ini wujud dalam rahim sehabis pantang 100 hari anak sulung...heheheh... Awal pregnant memang emosi agak tak stabil sebab ramai yang 'berbunyi'... sebab terlalu awal dah mengandung kedua pulak. Rezeki, tak kan nak tolak? Masa 3 bulan mengandung saya pernah terjatuh (terduduk) memang terhentak punggung ke lantai, Alhamdulillah tak bleeding & kandungan selamat. Marquez didiagnos autism seawal 2 tahun. Boleh baca post saya. Cabaran membesarkan memang sangat menguji kesabaran. Tapi Marquez sangat kuat antibodinya. Sepanjang 8 tahun usia dia ni rasanya baru 5,6 kali je dia demam. Berbanding Shaq yang setahun 3,4 kali (mudah tak sihat).Allah Maha Adil, Dia dah jadikan setiap makhluk itu ada keistimewaan & ada kekurangannya. Marquez suka sangat menconteng dinding... Dinding rumah dah macam tampal wall paper. Tak cukup dinding lantai almari semua dah ada peninggalan trade mark dia. Marquez sangat2 'family person'. nak jalan @ ke mana mesti nak cukup ahli family...suka sangat bila satu family complete berkumpul. Saya katakan Marq is Loving & Special.

Marquez



Muhammad Qazzim Jacquin (27/1/2009)
Jacq beperwatakan manis...sweet, sekali tengok memang orang sangka dia 'girl'. Even dia sendiri pun pernah cakap 'I wonder I am a boy'. kah kah kah...Special nya Jacq sebab paling lama breastfeed. 22months dia EXCLUSIVELY BREASTFEED! mean HANYA SUSU IBU, TIDAK MAKAN EVEN BISKUT @ ROTI @ AIR MASAK. saya terpaksa stop awal breastfeed Jacq sebab pregnant (susu drop & kering). masa tu la baru ajar dia minum susu formula. tapi lepas bersalin adik dia, saya tandem breastfeed Jacq & adik dia..sempat la dalam 2,3 bulan. (dipaksa stop juga sebab 'orang-orang tua' tak bagi)...biasa lah mitos 'abang minum hak adik, nanti adik tak sihat'. saya nasihat orang abaikan mitos2 tapi saya sendiri tak cukup kuat nak menentang..bukan kerana mitos tapi kerana menghormati orang tua. Jacq dah masuk 5 tahun tapi masih ada masalah speech. 10% khuatiri dia ada mild autism...dah start speech therapy di UIA Kuantan setiap bulan, ambik hari yang sama dengan Marquez. so senang sekali pergi untuk 2 orang terapi. In shaa Allah hujung tahun nanti bawa dia untuk diagnos. Perangai Jacq? Adoiii...memang susah nak dengar kata. Keras hati sikit dia ni. Marah macam mana pun buat kebal je tak nangis, tapi orang kebal ni senjatanya ialah halus...so jangan berkeras tapi cakap lembut dengan dia confirm selok dia menangis. Saya katakan Jacq is 'soft but hard sometime', unpredictable & spoiled!

Jacquin


Muhammad Qaffyl Arezqy (11/6/2011)

Rezq ni fizikal pun lain sangat dengan abang2..saiz kecik + gelap. hehehe...baka papa dia. Tapi Rezq advance dari yang lain. start dari berjalan (10~11 bulan) hingga lah ke mulut yang petah tu lebih awal berbanding abang2. Petah bercakap tak pelat dari 2 tahun. Bila disuruh buat apa2 dia cepat faham & dia yang laju sekali. Tapi sangat2 tak sekepala dengan  Jacq. Apa2 yang dia buat kalau ada yang salah dia akan salahkan Jacq. Duduk dalam kereta pun kena pisahkan Rezq & Jacq, kalu tidak memang perang dunia ketiga la jawabnya. Kepetahan & kebetahan Rezq ni kadang2 pening kepala jugak sebab semua benda dia nak buat sendiri..dari mandi, pakai baju, makan, semua nak handle sendiri..Rasanya setiap hari dia kena marah..huhuhu..tapi bila dia tak ada, dia lah yang paling saya rindu sebab teringat mulut betah dia. Saya rasa Rezqy is Independent, Advance & Active.


Arezqy


Muhammad Qays Miqa'el  (7/6/2013)

Bongsu saya (buat masa ni..hehe) baru 10 bulan tapi nampak banyak ciri dia mengikut Rezq. Aktif, lasak, cepat nak belajar berjalan...ada 1 lagi yang special; unvaccinated baby. Qays tak dicucuk vaksin sejak lahir. Masa bersalinkan Qays pun adalah special moment bagi saya sebab gentle birth. Saya sediakan birth plan & Alhamdulillah 90% birth plan tu ok. Cuma tak dibenarkan delay cord clamping.. dan ini pertama kali encik suami sendiri yang potong tali pusat anak! Kelahiran tanpa dipaksa, tanpa induce walau dah overdue & baby dah berak sebenarnya..tanpa episiotomi, tanpa jahit sebab tear sikit je...saya berjaya kawal breathing bila rasa nak push baru panggil nurse & bila check dah 10cm. Doktor pun tak sempat sampai, baby dah keluar. Seriously, bersalinkan Qays memang sangat indah! setakat ni Qays is Cute!

Miqa'el



Seronok kan? Semoga saya berjaya mendidik anak-anak kesayangan buah hati pengarang jantung saya ini di jalan Allah. Setiap hari mereka ada dalam doa saya. Semoga Allah sentiasa lindungi mereka dari fitnah akhir zaman.










2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...