Thursday, December 12, 2013

Day 4- All About Your Parents

Tajuk yang menyentuh hati...lebih2 lagi rumah mak abah saya baru dilanda banjir. :(
Tapi Alhamdulillah diorang selamat. My parent dari 2 negeri berbeza ; mak Pahang vs abah Perak, kedua2 nya anak sulung dari 7 beradik & sebaya!

 
Mak Timah & Pak Kamal  :)
 
Disebabkan sebaya maka pencen pun sama lah...cuma mak keje kerajaan so ambik option 58. Abah Penolong Pengurus Felda Bukit Sagu 6 pencen umur 55.
Abah keje dengan Felda so kitorg stay di mcm2 Felda dah..Felda Bukit Goh, Felda Lepar Hilir 4,1,5 dan Felda Bukit Sagu 6. Sekarang dah pencen, dok di Sg Isap. Abah ni orang Lenggong,Perak. Kat sana sape tak kenal Kamal Kg Bukit, hero playboy zaman sekolah. Best dengar cerita2 abah muda2 dulu..hehe Then abah merantau keje kat Pahang, tu lah dia jumpa cinta hati dia >> mak saya!
 
Mak orang Ketapang Tengah, Pekan ; tempat kelahiran saya. Mak keje Pej. Pendaftaran Negeri. Kecik2 dulu memang selalu mak bawak gi opis, 1 opis mak memang kenal kitorg adik-beradik. Dah jadi kebiasaan kann mesti mak2 yang selalu kena heret anak2 ke opis  (macam saya sekarang...) Opis mak dekat tepi library awam negeri...sebab tu lah agaknya wujud entri sebelum ni >> I'm In LoVe With?

 
Bulan lepas, saya hadiahkan VIVIX Shaklee yang 1001 khasiat pada mak abah saya. Abah diabetes & darah tinggi, mak diabetes. Saya mungkin masih belum mampu selesakan mak abah saya but at least saya akan sentiasa pastikan kesihatan mereka terjaga. Anda bagaimana?
 
 
 
 


Day 3 - A Place/Thing that You Are In Love With

Cabaran blog hari ke-3 tak dapat dipost pada hari sepatutnya sebab travelling day.huhu..tak sempat nak mencelah memblogging. Tapi tetap ada entri Day 3 ;) Okeyy..dengan tajuk A Place or Thing that You Are in Love With, saya memilih Place...

 
Haaa.....sebab aktiviti di sebalik buku2 itu kah?
Ngeeeee....I just LOVE books..Actually bukan library saja, tapi tempat yang ada buku..kedai buku, rumah orang yang ada banyak buku pun saya suka :)
 
Sesiapa yang area Kuantan yang perlukan Shaklee & COD ke rumah, kalau rumah ada mini library ke jemput2 la saya naik, cuci mata pun tak apa.. *taksub sungguh dengan buku*
 
 

Tuesday, December 10, 2013

Day 2 - Meaning Behind My Blog Name

Setiap blogger ada idea yang berbeza-beza bila nak menulis, mencoret, mengukir kata..walllaa!ape tah lagi dengan idea keunikan nama blog masing2. Blog saya >> Q's Health Shoppe. Meaning behind my blog name? Hehehe....nak tahu cerita? Ace tengok betul2 di entri >> Cabaran BerBlog 30 Hari Oleh Master Shaklee - Day 1

Lihat part2 last yang saya BOLD kan. Apa agaknya :)


Okeyyyy...anda bijak kerana memilih untuk KLIK link & selesaikan kes..hehehe

Putera2 kesayangan saya semuanya ada huruf Q pada nama mereka. Disebabkan mak banyak anak, so letak la Q's..kalu tak letak " ' " kang orang sebut Q S pulak...ape2 je laaa mak bebel ni.

Next, memandangkan saya memang minat pada perkara2 yang relate dengan kesihatan, kesukanan, rekreasi & apa2 saja yang sihat, so saya memilih 'HEALTH'. Ehhh kenapa tak pilih 'SIHAT' ? Oowwhhh nanti bunyinye 'KEDAI SIHAT Q' hehehe..ok jugak kan,memartabatkan Melayu kita. Tapi tak kisah la, saya pilih global..so Q'S HEALTH SHOPPE. Legasi putera2 saya...



So bagi anda yang berada di Kuantan, jangan susah2, boleh mendapatkan SHAKLEE daripada saya. Buat setakat ini stok sentiasa ready stock. Malas nak keluar rumah?tak ada transport nak datang?call/sms aje, saya hantar terus ke depan pintu rumah..Bukit Goh, Bukit Kuantan, Sg Lembing, Sg Isap, Bukit Rangin, Indera Sempurna semua boleh sampai..even PEKAN bandar kelahiran saya. :)


p.s/ Kuantan baru reda banjir..jangan lupa ambil Nutriferon untuk tingkatkan imun badan.




Monday, December 9, 2013

Cabaran BerBlog 30 Hari Oleh Master Shaklee - Day 1

Hebatnya keluarga Shaklee ini bersama Master2 yang sentiasa aktif & berminda fresh! One of Nanny saya dah bagi task untuk 30 hari blog...so Day 1 punye task >> Introduction and a little bit about you. Recent picture of yourself. Tajuk yang suka sebab saya memang suka expose diri saya..hahaha


Well, saya yang diberi nama Kafiza oleh kedua ibubapa adalah anak jati Pahang, dilahirkan di daerah jajahan Pak Jib &  Kak Mah (ace teka...cer teka..cer teka). Saya lebih dikenali dgn panggilan Jaja @ John...hhaaaa...abah saya la yg gelarkan John. Dolu2 je sekarang dah beranak pinak abah tak panggil John dah, kawan2 masa sek menengah dulu pun dah tune dari John ke Jaja. Alkisahnya abah cakap sebab anak 3 orang je, saya no 2, eldest abang & youngest adik pompuan. Antara bertiga ni saya macam jantan..huahaha...kenakalan, keagresifan, keberanian saya sampai abah cakap dia pun kadang2 terlupa yg saya ni anak pompuan..ngeee..tu lah abah panggil John,sampai saya sek menengah (SM (P) Methodist Ktn), kawan2 sekelas pun panggil sebab abah introduce saya dgn nama tu kat kawan2..hahaha haruuu. Sempat jugak la ala2 tomboy, belajar pulak kt girl's school,siap ada awex tu..hahaha :p

Selepas MGSS, saya masuk MRSM Taiping (PKP batch 6). Huuuuuu sekolah yg dalam kepala hanya  fokus belajar,belajar,belajar..target exam A,A,A.
Abis SPM masuk UTM course SET, grad 2002 (konvo Mac 2003). Rasanya saya tak sempat nak rest enjoy cuti lama2..January 2003 dah start keje. Tu pun mak suruh apply sementara jadi Lecturer kat PSDC, kalau ikutkan saya aduuhhhh tak nak laaa jadi pengajar, tak minatttt...masa tu nak jadi Engineer. Standard la cita2 yg biasa tanam dalam jiwa anak2 dari kecik >> Engineer @ Doctor. Saya tak nak Doc sebab sebrutal2 saya, saya ngilu benda2 tajam..haha

So pergi test market, interview kat Kolej PSDC, dapat! Start la bertittle Lecturer di usia 23thn pd Jan 2003...mengajar student Elektrik sem akhir seramai 23 org LELAKI yang umur lingkungan 21 ~ 26thn. HHHHHHAAAAA!!! Saya dolu2 free hair...memang golongan awek cun la...kuanggg kuangg kuanggg...ketaqqq lutut tak terkata masa 1st time berdiri depan nak mengajar..mengurat je saya pandai time tu. ;)

Cabaran tetap cabaran..dari tak minat mengajar akhirnya sampai sekarang 2013, 10 tahun dah saya bergelar Lecturer..Alhamdulillah. Sedikit sebanyak karier ini juga mengubah diri saya dari keruh ke jernih, dari kiri dah ikut jalan lurus (In Shaa Allah). 4 tahun di PSDC kemudian July 2007 saya masuk mengajar POLISAS.


Saya mula tak 'menggatal' May 2004 sebab dah kena 'ikat' oleh suami saya. Dianugerahkan tubuh badan yang sihat & subur, beranak..beranak..beranak...2005, 2006, 2009, 2011, 2013.. Sampai ada yang   tegur, 'keje ko beranak je ke?' Heeiii of course la, sebab tu ada rahim... :p



2010
2011
2012

2013

Buat setakat ni ber bin kan yang sama, Mohd Afindi. Yang pasti, team futsal dah ada, pom2 girl belum lagi..

Putera kesayangan, mereka adalah jiwa saya :-




  1. Muhammad Qayyum Shaquille >> Shaq
  2. Muhammad Qazzrin Marquez >> Marq
  3. Muhammad Qazzim Jacquin >> Jacq
  4. Muhammad Qaffyl Arezqy >> Rezq
  5. Muhammad Qays Miqa'el >> Miq
Heroes of my life

Ehhh...tajuk 'a bit of me' tapi rasa macam nak buat buku dah ni..banyak story nak citer. Kita rest dulu, minum ESP + Mealshake + Performance Drink dulu kasi fresh2 nanti kita sambung imbau-mengimbau.

Luv u all!




Tuesday, December 3, 2013

Omega Guard Kurangkan Asma pada Anak

Risau sungguh bila sebut pasal asma @ lelah yang berlaku pada anak. Kita sebagai ibubapa pasti mencari pelbagai cara untuk kurangkan asma pada anak. Saya sendiri tidak tahan dah nak melihat anak menyedut inhaler @ nebulizer. Pada mulanya saya amalkan Omega Guard untuk Marquez yang autisma, tapi bila kaji kandungan & kelebihan omega yang banyakkkkk..termasuk kurangkan asma @ lelah, so saya beri kepada Shaquille. 
omega guard's kid!

Anak sulung saya, Qayyum Shaquille seawal usia 3 bulan dah warded kerana bronchitis. Puncanya pakej yang complete : selsema + batuk + demam. Minum susu sampai muntah & keluar kat hidung :( Seminggu berkampung di hospital. 3 bulan selepas tu kena nebulizer, wheezing...bernafas pun macam lekuk kat dada. Paed nasihatkan jaga makan, jangan bagi makanan berflavour + sejuk. Anak yang sulung ni saya pun tak pandai lagi bab2 homemade ni..Makan kat luar,anak pun makan yang segera..huhuhu... saya perasan Shaquille ni minum vitagen pun boleh sebabkan dia batuk & lelah. 

Masa celebrate 1st birthday, diserang lelah lagi! Biasa la birthday party ada kek, candy, jelly, macam2 jajan goodies. Malam tu dia dah sesak2 nafas..lekuk dada bila bernafas. Kejar pulak ke klinik, nebulizer. tak silap saya 4@5 bulan selepas tu, lelah lagi! huuhu..kali ni warded lagi. Doktor sahkan lung infection & asma. Insuran baru beli pulak tu, tak cover asma sebab memang telah dideclare dia berpenyakit lelah! :(

Bermula la episod ulang alik klinik untuk nebulizer..inhaler memang dibekalkan, seretide & ventolin. Kesian tau bila tengok anak tercungap-cungap tak cukup nafas, semput. Bayangkan paling lama dia boleh bertahan tanpa pergi melawat klinik untuk nebulizer ialah 2 bulan je..boleh dikatakan setiap bulan paling kurang pun sedut inhaler la kat rumah tu.

Semenjak saya belikan Omega Guard Shaklee untuk Marquez, saya berikan juga untuk Shaquille sebiji sehari. Selain Omega, saya amalkan Shaquille ambil Nutriferon 2 sachet seminggu (at least) & Mealshake sesudu sehari. Alhamdulillah, asma @ lelah dia semakin kurang. Untuk tahun 2013 ni rasanya dah lebih 6 bulan dah tak kena asma. Inhaler memang dah tak pakai kat rumah!


Ini adalah testimoni anak saya sendiri. Tempoh masa yang diambil mungkin berbeza bagi setiap individu. Kita ikhtiar, Allah yang menyembuhkan.

Sebagai ibu, pastinya saya gembira dengan kesihatan anak saya yang semakin baik..bukan sahaja sihat malah semakin bijak!

Bercerita lebih lanjut boleh hubungi saya, tukar2 cerita anak asma pun boleh.
Juga boleh hubungi pengedar shaklee berhampiran.

Monday, December 2, 2013

Omega Guard Shaklee Membantu Tingkatkan Minda Anak Autisma

Autisma adalah permasalahan dalam interaksi sosial, komunikasi & tingkahlaku individu yang dapat dikesan seawal 3 tahun. Saya dapat kesan anak saya seawal 1 tahun setengah! Diagnos & disahkan Autisma seawal 2 tahun. Sekarang Qazzrin Marquez dah 7 tahun.

Qazzrin Marquez - 7 tahun

"Tidak ada ubatan mahupun rawatan bagi mengubati autisma" - YA, Saya akur dengan kata-kata Doktor...tapi sebenarnya ada ikhtiar untuk mengurangkan simptom Autisma. Bukan saya sahaja malahan ramai ibubapa yang mempunyai anak autisma telah mengakuinya. Penjagaan pemakanan, terapi cara kerja, terapi pertuturan & detoks! 

Saya lebih suka fokus pada anak saya & cara saya (lebih tepat - TESTIMONI sendiri). Marquez tak boleh berlebih dengan makanan manis, sama macam kanak2 HYPERAKTIF ye, bila terlebih gula diorang akan jadi aktif, tak duduk diam. Sebab itulah adanya program diet GFCF (gluten free casein free). Haaaa yang itu nanti saya detail kan apa maksud @ pemakanan yang macam mana tu..

Cuma saya nak fokus pada masalah kurang upaya sistem perkembangan saraf otak & minda kanak2 autisma ni..Masalah ni menjejaskan fungsi memproses maklumat di dalam otak & inilah punca kepada 3 permasalahan utama yang ditunjukkan oleh kanak2 autisma iaitu :-

 >> Masalah sosial
      Mereka tidak memiliki keupayaan bersosial dengan orang sekeliling secara normal. Kita dapat lihat 
      mereka macam acuh-tak-acuh, endah-tak-endah dengan orang lain. pendek kata "dalam dunianya 
      sendiri". Seperti anak saya sendiri, ada masanya dia ketawa berdekah2, menjerit sekuat hati, tersenyum,
      menangis secara tiba2 & mengamuk! itu yang sangat menguji kesabaran saya :(

>> Masalah komunikasi
     Sukar untuk berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain. Ada yang lambat bercakap (non-verbal)
     yang hanya guna tangan/sign untuk berkomunikasi. Contohnya anak saya hanya akan tarik tangan &
     tunjuk apa yang dia nak. Bukan anak saya tak boleh bercakap, dia boleh imitate word tapi untuk
     memulakan komunikasi memang masih belum mahir. Ada yang boleh bercakap dengan fasih tetapi apa
     yang dia bualkan tidak sesuai dengan situasi. Ada yang bercakap dengan nada/bahasa yang pelik yang
     tidak difahami. Ada juga yang suka bernyanyi2 tapi tidak jelas sebutannya. (sama macam anak saya
     jugak ;) ) Anak saya memang suka humming/ryhme lagu2 yang dia dengar. Lagu ABC tiap2 hari nyanyi
     tapi sebutan masih belum jelas.

>> Masalah tingkahlaku
     Mereka suka melakukan perkara yang berulang, menyusun barang teratur @ berderet macam keretapi
     tu... hehehe.. Ada yang sukakan benda yang berputar macam roda. Anak saya sukakan benda yang
     berjurai macam daun panjang & obviously dia suka JORAN! minat terlalu mendalam pada ikan.. ;)
     Kadang2 mereka bertindak agresif bila minat/benda yang dia suka di usik @ dihalang oleh orang lain.
     Rutin harian pun susah untuk diubah. Kalau kebiasaan kita pergi menggunakan jalan A, then 1 hari kita  
     nak ubah jalan B, memang dia akan agresif mengamuk!Saya pernah menjerit2 dalam kereta berulang2
     kali bagitau dia kita guna jalan B sebab tak boleh guna jalan A...huhuu

Sebab itulah perlunya kita merawat dengan cara kerja (terapi) & dicadangkan oleh doktor ialah FISH OIL yang mengandungi DHA & EPA untuk pembentukan minda mereka.

Kenapa Omega Guard Shaklee?

>> Omega Guard Shaklee terhasil menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal, melalui proses 
      penyulingan proprietari 3 molekul yang dapat menghasilkan kandungan asid lemak Omega 3 pekat 
      yang paling tulen!

>> Bahan2 bahaya dalam ikan dapat disingkirkan seperti plumbum, arsenik, merkuri dsb. Kebanyakan 
     omega jenama lain hanya menggunakan kaedah high pressure penyulingan untuk mengekstrak minyak 
     ikan shj. & ia bukan sahaja memusnahkan sesetengah nutrien tapi tidak dapat menapis kandungan logam 
     berbahaya.

>> Tidak diekstrak dari minyak hati ikan ye... minyak hati ikan ada kandungan toksik tinggi.

>> Ikan2 yang digunakan oleh Shaklee adalah ikan yg mempunyai tahap merkuri rendah...dari ikan laut 
     dalam & berair sejuk. Kajian menunjukkan ikan air laut sejuk mengandungi asid lemak tidak tepu yg 
     sangat tinggi berbanding ikan lain.

>> Omega Guard Shaklee lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 yg diperlukan oleh badan :-       DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA . Badan kita tak mampu ye nak hasilkan ini, so kena la kita 
      dapatkan supplemen. Ini la yang penting sangat untuk tingkatkan minda anak2 ni.

Perbandingan Omega Guard Shaklee


Jom dapatkan Omega Guard Shaklee sekarang!


Nak berkongsi maslah anak yang autisma, hyperaktif , slow learner @ anda sendiri ada masalah mengingat/ mudah lupa pun boleh sembang2 dengan saya. 











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...