Tuesday, April 8, 2014

5 Anak Lelaki 5 Ragam 5 Rencah 5 Kali Ganda Kuasa Kuda!

Duduk rehat sekejap menyandar atas sofa sambil tengok gelagat anak-anak...Rumah kemas tak sampai 5 minit dah kembali ke asal.kih kih kih..suka dalam tangisan. Orang kata biar rumah bersepah kerana anak so itu tanda kita ada anak...kalau rumah kemas elok je kang tak ada pulak keceriaan 'anak-anak' dalam rumah tu. tapi saya ada kawan, anak dia pun ramai, tapi rumah dia ok je, kemas aje...huhu..ok lah, Jom berkenalan dengan hero-hero kesayangan saya...



Muhammad Qayyum Shaquille (28/4/2005)
Anak sulung biasalah mesti yang paling diberi perhatian, jadi eksperimen macam-macam...buat semua benda mesti nak yang terbaik untuk anak..kann..? Shaq dari kecik agak manja (walaupun dia tak sempat nak bermanja lama sebab cepat beno mak nya pregnant..hehe) Shaq agak sensitive. Dia suka jadi perfect, sebab tu bila ditegur/tanya sesuatu pada dia & dia tak dapat nak jawab/buat dengan betul dia akan menangis...dia takut dia salah jawab/buat. Dari usia 2 tahun dia dah rajin menulis, minat sangat pada buku. So seawall 2tahun setengah dah daftarkan dia ke Smart Reader (sebab dia memang dah ready masa tu). Seawal 4 tahun dah boleh membaca. 5 tahun masukkan dia ke tadika Chinese sebab planning untuk daftarkan dia sekolah SJK (C). 6 tahun dia dah lancar 3 bahasa. Memang dari kecik nampak dia more to academic....sukan dia kurang.tambahan pulak dengan badan mengalahkan hipo + asma. Darjah 1 start sekolah di SJK (C) Kong Min, Beserah. Alhamdulillah, Shaquille adalah pelajar Melayu terbaik & top ten pelajar cemerlang di kalangan pelajar bangsa lain. Bagi saya  Shaq is Brilliant & Understanding.

Shaquille

Muhammad Qazzrin Marquez (17/5/2006)
Anak istimewa saya ini wujud dalam rahim sehabis pantang 100 hari anak sulung...heheheh... Awal pregnant memang emosi agak tak stabil sebab ramai yang 'berbunyi'... sebab terlalu awal dah mengandung kedua pulak. Rezeki, tak kan nak tolak? Masa 3 bulan mengandung saya pernah terjatuh (terduduk) memang terhentak punggung ke lantai, Alhamdulillah tak bleeding & kandungan selamat. Marquez didiagnos autism seawal 2 tahun. Boleh baca post saya. Cabaran membesarkan memang sangat menguji kesabaran. Tapi Marquez sangat kuat antibodinya. Sepanjang 8 tahun usia dia ni rasanya baru 5,6 kali je dia demam. Berbanding Shaq yang setahun 3,4 kali (mudah tak sihat).Allah Maha Adil, Dia dah jadikan setiap makhluk itu ada keistimewaan & ada kekurangannya. Marquez suka sangat menconteng dinding... Dinding rumah dah macam tampal wall paper. Tak cukup dinding lantai almari semua dah ada peninggalan trade mark dia. Marquez sangat2 'family person'. nak jalan @ ke mana mesti nak cukup ahli family...suka sangat bila satu family complete berkumpul. Saya katakan Marq is Loving & Special.

Marquez



Muhammad Qazzim Jacquin (27/1/2009)
Jacq beperwatakan manis...sweet, sekali tengok memang orang sangka dia 'girl'. Even dia sendiri pun pernah cakap 'I wonder I am a boy'. kah kah kah...Special nya Jacq sebab paling lama breastfeed. 22months dia EXCLUSIVELY BREASTFEED! mean HANYA SUSU IBU, TIDAK MAKAN EVEN BISKUT @ ROTI @ AIR MASAK. saya terpaksa stop awal breastfeed Jacq sebab pregnant (susu drop & kering). masa tu la baru ajar dia minum susu formula. tapi lepas bersalin adik dia, saya tandem breastfeed Jacq & adik dia..sempat la dalam 2,3 bulan. (dipaksa stop juga sebab 'orang-orang tua' tak bagi)...biasa lah mitos 'abang minum hak adik, nanti adik tak sihat'. saya nasihat orang abaikan mitos2 tapi saya sendiri tak cukup kuat nak menentang..bukan kerana mitos tapi kerana menghormati orang tua. Jacq dah masuk 5 tahun tapi masih ada masalah speech. 10% khuatiri dia ada mild autism...dah start speech therapy di UIA Kuantan setiap bulan, ambik hari yang sama dengan Marquez. so senang sekali pergi untuk 2 orang terapi. In shaa Allah hujung tahun nanti bawa dia untuk diagnos. Perangai Jacq? Adoiii...memang susah nak dengar kata. Keras hati sikit dia ni. Marah macam mana pun buat kebal je tak nangis, tapi orang kebal ni senjatanya ialah halus...so jangan berkeras tapi cakap lembut dengan dia confirm selok dia menangis. Saya katakan Jacq is 'soft but hard sometime', unpredictable & spoiled!

Jacquin


Muhammad Qaffyl Arezqy (11/6/2011)

Rezq ni fizikal pun lain sangat dengan abang2..saiz kecik + gelap. hehehe...baka papa dia. Tapi Rezq advance dari yang lain. start dari berjalan (10~11 bulan) hingga lah ke mulut yang petah tu lebih awal berbanding abang2. Petah bercakap tak pelat dari 2 tahun. Bila disuruh buat apa2 dia cepat faham & dia yang laju sekali. Tapi sangat2 tak sekepala dengan  Jacq. Apa2 yang dia buat kalau ada yang salah dia akan salahkan Jacq. Duduk dalam kereta pun kena pisahkan Rezq & Jacq, kalu tidak memang perang dunia ketiga la jawabnya. Kepetahan & kebetahan Rezq ni kadang2 pening kepala jugak sebab semua benda dia nak buat sendiri..dari mandi, pakai baju, makan, semua nak handle sendiri..Rasanya setiap hari dia kena marah..huhuhu..tapi bila dia tak ada, dia lah yang paling saya rindu sebab teringat mulut betah dia. Saya rasa Rezqy is Independent, Advance & Active.


Arezqy


Muhammad Qays Miqa'el  (7/6/2013)

Bongsu saya (buat masa ni..hehe) baru 10 bulan tapi nampak banyak ciri dia mengikut Rezq. Aktif, lasak, cepat nak belajar berjalan...ada 1 lagi yang special; unvaccinated baby. Qays tak dicucuk vaksin sejak lahir. Masa bersalinkan Qays pun adalah special moment bagi saya sebab gentle birth. Saya sediakan birth plan & Alhamdulillah 90% birth plan tu ok. Cuma tak dibenarkan delay cord clamping.. dan ini pertama kali encik suami sendiri yang potong tali pusat anak! Kelahiran tanpa dipaksa, tanpa induce walau dah overdue & baby dah berak sebenarnya..tanpa episiotomi, tanpa jahit sebab tear sikit je...saya berjaya kawal breathing bila rasa nak push baru panggil nurse & bila check dah 10cm. Doktor pun tak sempat sampai, baby dah keluar. Seriously, bersalinkan Qays memang sangat indah! setakat ni Qays is Cute!

Miqa'el



Seronok kan? Semoga saya berjaya mendidik anak-anak kesayangan buah hati pengarang jantung saya ini di jalan Allah. Setiap hari mereka ada dalam doa saya. Semoga Allah sentiasa lindungi mereka dari fitnah akhir zaman.










Tuesday, April 1, 2014

Masalah Sembelit Menyakitkan!! Jom Ikhtiar Atasi Masalah Sembelit

 
Tolonggg! Sembelit memang menyakitkan. Duduk dalam toilet berpeluh-peluh meneran, ditambah pulak dengan sakit perut + sakit di bawah...Takut untuk meneran pun ada sebab sakit rasa luka bila terkoyak. Masalah sembelit memang pernah dialami oleh semua tidak kira kanak-kanak @ dewasa.
 
 
 
 
 
Sembelit sering ditakrifkan sebagai mempunyai pergerakan usus kurang daripada 3 kali seminggu. Ia biasanya dikaitkan dengan najis keras atau kesukaran membuang air besar. Anda mungkin mempunyai sakit semasa membuang air besar atau tidak dapat membuang air besar selepas meneran atau menolak untuk lebih daripada 10 minit.

 
 
 
Pergerakan usus yang normal ni berbeza untuk setiap orang. Kita mungkin tidak membuang air besar setiap hari, walaubagaimanapun bagi sesetengah orang yang sihat najis mereka lembut atau hampir-berair...tak membuang 2 hari pun masih tidak mempunyai masalah membuang najis.

Apabila  jarang membuang air besar, atau ia menyebabkan kita berusaha keras' untuk 'lepaskan' najis, itu menandakan  SEMBELIT!. Membuang air besar yang keras dan sukar untuk 'lepas' mungkin akan menyebabkan luka pada dubur, terutamanya kanak-kanak. Ini boleh menyebabkan pendarahan dan boleh menyebabkan BUASIR!
 
 
Punca Sembelit
 
Diet rendah serat

Kekurangan aktiviti fizikal

Tidak minum air yang mencukupi

Kelewatan pergi ke bilik air apabila anda mempunyai keinginan untuk 'membuang'


Tekanan/ Stress

 
 Travel/Perjalanan juga boleh menyumbang kepada sembelit atau perubahan lain dalam tabiat
   membuang air besar.
 

Sebab-sebab lain

kanser kolon

Penyakit usus, seperti sindrom usus terganggu

Gangguan kesihatan mental

Gangguan sistem saraf

kehamilan

tiroid (tidak begitu aktif )

Penggunaan ubat-ubatan tertentu


Sembelit pada kanak-kanak sering berlaku jika mereka menahan membuang air besar apabila mereka tidak bersedia untuk potty train atau takut untuk 'membuang'.
 
 
 
 
 
Jangan biarkan perkara ini berlarutan...Cuba lah ikhtiar dengan produk Shaklee pula. Shaklee menawarkan produk-produk kesihatan, antaranya yang dapat membantu kurangkan masalah berkaitan ini, antaranya ialah :-
 
Ostematrix Shaklee
 
 
 
 Bagaimana Ostematrix boleh membantu atasi masalah sembelit?
 Apa kaitan kalsium dengan masalah sembelit?
 


 
 
 
 
Jom Tengok Testimoni
 
 
Testimoni Sembelit Teruk dalam Pantang - Ostematrix & Zink
 
 
 
Testimoni Sembelit & Buasir - Ostematrix , Zink & Omega Guard
 
 
 
Testimoni Sembelit (Anak)- Mealshake
 
 
 
Testimoni Sembelit & Luka - Zink

 
 
 
Keterangan lanjut boleh hubungi saya, Jaja Kamal  019-9480013 wassap/sms/call
 
 
 
 


 


Monday, March 31, 2014

5 Produk Shaklee Pilihan Saya

Alang-alang setelah setahun menjadi pengguna Shaklee saya buat langkah bijak dengan mendaftar keahlian Shaklee. So dapat buat pembelian dengan penjimatan. Capai point (uv) tertentu dapat cash back, boleh rolling modal..hehehe..so bila dah rasa kesan mengambil makanan  tambahan & vitamin Shaklee masa breastfeeding journey Arezqy dulu saya pun mencuba pulak beberapa lagi produk Shaklee. 5 produk teratas pilihan saya ialah :-

 
Energizing Soy Protein (ESP),
Collagen Powder,
Omega Guard,
Vivix,
GLA
 
 
 
ESP :- membantu saya lebih bertenaga setiap hari sebab ia adalah sumber protein yang baik. Rutin
           harian saya untuk working day amat penuh + penat uruskan anak-anak & kerja so saya jarang
           dapat breakfast pada masa yang sesuai, ESP ini lah yang bantu saya untuk alas perut waktu
           pagi sementara untuk dapat makan (dalam pukul 10am @ lunch terus). Ia juga adalah
           milkbooster saya, bantu kekalkan supply susu. 
 
Collagen Powder :- haaa....adat kan orang perempuan suka cantik heheh...sebelum guna produk
                                Shaklee saya memang makan kolagen jugak. bila dah try collagen Shaklee ni
                                saya terus melekat! sebab kesan yang cepat!masalah kulit kering, tumit merekah,
                                dapat atasi lepas saya makan collagen powder Shaklee ni tak sampai 1 kotak pun.
                                Nak cepat berkesan, ambil dengan ESP...testimoni dari customer saya sendiri.
 
Omega Guard :- pil minyak ikan yang berjaya menurunkan kolesterol saya & mak saya. Juga
                           membantu kurangkan athma attack pada anak saya, Shaquille. Dan digalakkan oleh
                           Doktor untuk diberi kepada anak autistik saya, Marquez. So memang memenuhi
                          keperluan satu keluarga. Omega ini juga bantu tingkatkan IQ & minda kita,so
                          sanggggaaattttt bagus diamalkan dari anak-anak sampai la ke mak bapak.
 
Vivix :- produk Shaklee paling meletup! dan paling mahal...huhuhu...kenapa mahal? mestilah sebab
              kualiti & bagusnya..kann? Saya cuba vivix masa promosi vivix buy 6 free 1 (kalau ada
              promosi memang patut ambil..jimat berganda!) mungkin kesannya tak nampak sekarang,
              tapi ia diperlukan 5,10 tahun lagi...tengok la testimoni2 yang telah mengambil vivix. kanser,
             darah tinggi, strok, kencing manis; boleh dicegah dengan mengambil vivix. (produk ini
              bukan untuk merawat ye...supplemen, membantu sahaja)
 
GLA :- ini memang patut diambil oleh wanita2 yang mementingkan penjagaan dalaman. saya
             percaya ramai yang makan EPO kan? dalam EPO mengandungi GLA, so saya pilih GLA
             terussss....bantu kekalkan hormon saya. period teratur, hormon stabil, mood pun akan
             stabil...betull! stress, mood semua tu berkait dengan hormon. nak maintain badan pun silalah
             ambil GLA ni. kita orang perempuan ni macam2 mudah penyakit nak datang, especially
             bahagian dalam. so jagalah kesihatan kita dari sekarang.
 
 
Umur semakin meningkat, keperluan nutrisi perlu dipenuhi. itu tujuan vitamin & makanan tambahan untuk membantu melengkapi apa yang kurang. Sedangkan kenderaan pun perlu diservis, inikan pula badan kita. Perasan tak semakin hari semakin badan terasa tak berdaya? tenaga makin kurang? Emmm... masih duduk termenung berfikir? 
 ~ Fast Action Fast Result ~
 
 
 
 

 


Monday, March 24, 2014

Set Kulit : Hot Set untuk yang Suka Cantik

Siapa tak suka cantik?Kalau kita tengok keyword di google memang carian 'cantik' adalah antara yang hot. Kecik besar tua muda berusaha nak maintain cantik kan?semua orang memang dah sedia cantik..cuma kita ikhtiar untuk baiki masalah kulit,so sebenarnya apa yang perlu kita cari ialah 'set kulit' @ 'set merawat kulit'..dan yang utama adalah merawat dari dalam.



Set Kulit Shaklee yang asas adalah :-



Vitamin C - berfungsi untuk membentuk kolagen bagi mencantikkan kulit,
                    menjadikan kulit wajah yang anjal & sentiasa kelihatan berseri.




Vitamin E - merupakan antiiksidan yang hebat,  membantu proses anti penuaan
                    & mengurangkan parut.

 
 



B Complex - mencegah kelesuan, melegakan stress, memperbaiki mood agar lebih ceria
                      & menjadikan wajah lebih berseri & bertenaga.






Penjimatan berganda anda laburkan kerana 1 botol Vitamin C adalah 180 biji = 6 bulan, B Complex 120 biji = 4 bulan dan Vitamin E 120 biji = 4 bulan. JIMAT!

Tambah ESP dalam  set anda untuk bekalkan protein & gebukan kulit!  Energizing Soy Protein yang mempunyai banyak fungsi  & diproses dengan baik pasti banyak memberikan kesan positif bukan sekadar untuk kulit malah seluruh tubuh anda.

1 canister ESP  diambil 2~3 scoop sehari, pengambilan yang konsisten setiap hari boleh tahan sehingga 1~2 bulan.

 
 
Pengambilan setiap vitamin hanya 1 biji sehari, amalan berterusan menjadikan anda cantik & sihat dari dalam
 
 
Vit C, B complex, Vit E & ESP



Jom order --> 0199480013

Bagi yang berada di Kuantan, saya ada berhampiran anda! Pengedar Shaklee yang sah





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...