Monday, March 31, 2014

5 Produk Shaklee Pilihan Saya

Alang-alang setelah setahun menjadi pengguna Shaklee saya buat langkah bijak dengan mendaftar keahlian Shaklee. So dapat buat pembelian dengan penjimatan. Capai point (uv) tertentu dapat cash back, boleh rolling modal..hehehe..so bila dah rasa kesan mengambil makanan  tambahan & vitamin Shaklee masa breastfeeding journey Arezqy dulu saya pun mencuba pulak beberapa lagi produk Shaklee. 5 produk teratas pilihan saya ialah :-

 
Energizing Soy Protein (ESP),
Collagen Powder,
Omega Guard,
Vivix,
GLA
 
 
 
ESP :- membantu saya lebih bertenaga setiap hari sebab ia adalah sumber protein yang baik. Rutin
           harian saya untuk working day amat penuh + penat uruskan anak-anak & kerja so saya jarang
           dapat breakfast pada masa yang sesuai, ESP ini lah yang bantu saya untuk alas perut waktu
           pagi sementara untuk dapat makan (dalam pukul 10am @ lunch terus). Ia juga adalah
           milkbooster saya, bantu kekalkan supply susu. 
 
Collagen Powder :- haaa....adat kan orang perempuan suka cantik heheh...sebelum guna produk
                                Shaklee saya memang makan kolagen jugak. bila dah try collagen Shaklee ni
                                saya terus melekat! sebab kesan yang cepat!masalah kulit kering, tumit merekah,
                                dapat atasi lepas saya makan collagen powder Shaklee ni tak sampai 1 kotak pun.
                                Nak cepat berkesan, ambil dengan ESP...testimoni dari customer saya sendiri.
 
Omega Guard :- pil minyak ikan yang berjaya menurunkan kolesterol saya & mak saya. Juga
                           membantu kurangkan athma attack pada anak saya, Shaquille. Dan digalakkan oleh
                           Doktor untuk diberi kepada anak autistik saya, Marquez. So memang memenuhi
                          keperluan satu keluarga. Omega ini juga bantu tingkatkan IQ & minda kita,so
                          sanggggaaattttt bagus diamalkan dari anak-anak sampai la ke mak bapak.
 
Vivix :- produk Shaklee paling meletup! dan paling mahal...huhuhu...kenapa mahal? mestilah sebab
              kualiti & bagusnya..kann? Saya cuba vivix masa promosi vivix buy 6 free 1 (kalau ada
              promosi memang patut ambil..jimat berganda!) mungkin kesannya tak nampak sekarang,
              tapi ia diperlukan 5,10 tahun lagi...tengok la testimoni2 yang telah mengambil vivix. kanser,
             darah tinggi, strok, kencing manis; boleh dicegah dengan mengambil vivix. (produk ini
              bukan untuk merawat ye...supplemen, membantu sahaja)
 
GLA :- ini memang patut diambil oleh wanita2 yang mementingkan penjagaan dalaman. saya
             percaya ramai yang makan EPO kan? dalam EPO mengandungi GLA, so saya pilih GLA
             terussss....bantu kekalkan hormon saya. period teratur, hormon stabil, mood pun akan
             stabil...betull! stress, mood semua tu berkait dengan hormon. nak maintain badan pun silalah
             ambil GLA ni. kita orang perempuan ni macam2 mudah penyakit nak datang, especially
             bahagian dalam. so jagalah kesihatan kita dari sekarang.
 
 
Umur semakin meningkat, keperluan nutrisi perlu dipenuhi. itu tujuan vitamin & makanan tambahan untuk membantu melengkapi apa yang kurang. Sedangkan kenderaan pun perlu diservis, inikan pula badan kita. Perasan tak semakin hari semakin badan terasa tak berdaya? tenaga makin kurang? Emmm... masih duduk termenung berfikir? 
 ~ Fast Action Fast Result ~
 
 
 
 

 


Monday, March 24, 2014

Set Kulit : Hot Set untuk yang Suka Cantik

Siapa tak suka cantik?Kalau kita tengok keyword di google memang carian 'cantik' adalah antara yang hot. Kecik besar tua muda berusaha nak maintain cantik kan?semua orang memang dah sedia cantik..cuma kita ikhtiar untuk baiki masalah kulit,so sebenarnya apa yang perlu kita cari ialah 'set kulit' @ 'set merawat kulit'..dan yang utama adalah merawat dari dalam.



Set Kulit Shaklee yang asas adalah :-



Vitamin C - berfungsi untuk membentuk kolagen bagi mencantikkan kulit,
                    menjadikan kulit wajah yang anjal & sentiasa kelihatan berseri.




Vitamin E - merupakan antiiksidan yang hebat,  membantu proses anti penuaan
                    & mengurangkan parut.

 
 



B Complex - mencegah kelesuan, melegakan stress, memperbaiki mood agar lebih ceria
                      & menjadikan wajah lebih berseri & bertenaga.






Penjimatan berganda anda laburkan kerana 1 botol Vitamin C adalah 180 biji = 6 bulan, B Complex 120 biji = 4 bulan dan Vitamin E 120 biji = 4 bulan. JIMAT!

Tambah ESP dalam  set anda untuk bekalkan protein & gebukan kulit!  Energizing Soy Protein yang mempunyai banyak fungsi  & diproses dengan baik pasti banyak memberikan kesan positif bukan sekadar untuk kulit malah seluruh tubuh anda.

1 canister ESP  diambil 2~3 scoop sehari, pengambilan yang konsisten setiap hari boleh tahan sehingga 1~2 bulan.

 
 
Pengambilan setiap vitamin hanya 1 biji sehari, amalan berterusan menjadikan anda cantik & sihat dari dalam
 
 
Vit C, B complex, Vit E & ESP



Jom order --> 0199480013

Bagi yang berada di Kuantan, saya ada berhampiran anda! Pengedar Shaklee yang sah





Monday, March 17, 2014

Tolong!! Sakitnya Gastrik!

GASTRIK?? Adoiii...memang menyeksakan. Sangat sakit, pedih, rasa macam perut luka. Masalah gastrik sering berlaku tidak kira lah budak ke dewasa ke saiz badan besar ke kecil ke...Bila gastrik menyerang je konpem sakitnya menarik sampai ke kepala!
 
 
 
 
Punca gastrik sebenarnya adalah kerana pemakanan kita. Kan banyak penyakit datang dari perut... Amalan tabiat makan yang tak menentu menyebabkan mudah diserang gastrik. Kesibukan rutin harian dan amalan diet yang tidak sesuai menyebabkan kita terlepas waktu makan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. See? Sebenarnya ~ 5 kali sehari tu kita patut isi perut dengan makanan. Cuba tengok kalau ada kursus @ seminar, pihak penganjur akan sediakan break/makan untuk 5 kali, betul tak?
 
Ditambah pula jika anda seorang perokok, suka makan nenas, jeruk (benda masam/bercuka), mee segera, junkfood, minuman bergas @ makanan terlalu pedas. Ini semua akan mempercepatkan tempoh berisiko mengidap penyakit gastrik. Sebab itu ada juga yang menggelarkan Gastrik adalah Penyakit Gaya Hidup.
 
Menurut pakar; Gastrik berlaku bila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Pengeluaran @ rembesan asid hidroklorik (pH1 & pH2- yang berfungsi mencerna makanan) berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan. Sel perut pula menghasilkan lapisan mukosa sebagai sel pertahanan, melindungi daripada kesan asid ini. So bila lapisan pertahanan lemah, ulser akan berlaku sebab asid hidroklorik itu akan terkena sel dan sebabkan keradangan.
 
So kalau kita sakit perut semasa perut lapar, itu menunjukkan asid hidroklorik yang banyak, tapi jika sakit perut selepas makan, itu mungkin menunjukkan ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah. 
 
 
Saya cadangkan ikhtiar dengan Shaklee. Suplemen Shaklee yang sesuai bagi mengurangkan masalah Gastrik ialah :-
 
 
 
 
 
 
 
 
Tanya pendapat yang sudah mencuba :-
 
 
 
Kenapa Shaklee?
 
Always Work!
 
Boleh hubungi untuk keterangan lanjut  019-9480013 atau pengedar shaklee berdekatan andapengedar Shaklee
 
 
 

Friday, March 14, 2014

5 Panduan yang Boleh Dikongsi untuk Ibubapa autisma


Anak autisma saya; Muhammad Qazzrin Marquez lahir pada 17 Mei 2006, induced/forced deliver sebab sudah kurang pergerakan (tak aktif) sehari sebelum tu. Buta CTG almost 2 jam, 'result CTG tak cantik', kata Doktor. So diarah terus admitted. Bagi 1001 alasan , tak nak masuk lagi..heheh..sempat pergi Giant shopping last minit. Esoknya dari pagi sampai tengahari, 2,3 kali dapat call dari klinik suruh datang. Petang tu baru lah pergi menyerah...Alhamdulillah, sangat mudah lahirkan anak istimewa ini.



Banyak yang saya belajar sepanjang membesarkan Marquez. Bila ingat balik sepanjang 2 tahun pertama dia lahir saya rasa sangat sedih.

Kenapa?
Saya selalu marah dia.
Saya naik tangan pada dia
Kenapa?
Sebab saya tak faham dia...
Tak sedar bezanya cara pendekatan anak istimewa ini
Tak faham bahasa dia




Sedangkan waktu tu yang penting sekali ialah Bersabar...Bersabar...Bersabar... 

So, bagi ibu bapa yang mempunyai anak autisma; yang baru diagnos anak; ingin sekali saya sarankan perkara-perkara berikut. Berdasarkan pengalaman saya. Tak semua ibu bapa alami pengalaman yang sama, tapi at least sedikit sebanyak diharap ini dapat membantu.

Ini adalah berdasarkan anak saya yang telah didiagnos 70% autisma ~ severe autism oleh psikiatri. ASD - autism spectrum disorder adalah sangat luas, berbeza pada anak yang lain.


Perhati perbezaan perkembangan perilaku anak
Ini adalah langkah pertama...Biasanya kita bagi perhatian penuh pada anak yang sulung, mungkin berkurang bila anak yang seterusnya (saya lah tu...Sepatutnya sama je kann huhu..).
            Tengok proses perkembangan anak kita.Saya pasti semua ibu bapa ada guideline proses
            perkembangan anak kan..ala zaman teknologi canggih ni google aje la, senang cerita. Tengok
            apa perbezaan pada anak & tackle 'masalah perbezaan' ini.


Terapi Cara Laku, tackle sensory problem
Memang kita boleh hantar ke pakar2 terapi (seharusnya..bagi saya WAJIB) tapi kita sendiri di rumah juga kena terapi anak kita. Gali ilmu, cari ilmu. Lebih banyak yang kita boleh buat
            pada anak, lebih cepat anak boleh atasi masalah cara laku/sensory. Contoh ; anak berjalan
            jingkit, so biasakan kaki anak sentuh teksture yang berbeza (rumput, karpet, licin, kasar,etc.)
           Ada banyak lagi ye, itu  akan saya share di entri yang lain.
Ubah cara pendekatan anak
Kalau selama ini kita mengajar anak yang lain dari 1 hingga 10 secara aturan sistematik,
tapi dengan anak istimewa ini mungkin cara kita perlu diubah; mungkin mula dengan 3,4
            dulu baru pergi kepada 1. Sebab kadang kala mereka ada masalah untuk mengikut sistem.
 

 Masuk ke dalam dunia mereka
 Jangan biarkan dia bermain sendiri dalam 'dunia' dia. Memang agak payah kita nak
 mencelah 'dunia' dia. Anak saya sendiri terlalu focus/kusyuk bila bermain sendiri, dan bila
             saya cuba mencelah dia akan berhenti dan lari @ kadang-kadang tantrum. Secara perlahan-
             lahan kita kena buat semua tu, tarik dia dari 'dunia' dia. So lama-lama kita dapat baiki
             masalah sosial komunikasi dia.


Jangan Putus Asa Berusaha
Dari mula anak didiagnos sebagai autisma, bermula la saat kita perlu mulakan usaha berganda membantu mendidik dia agar boleh berdikari, sehingga akhir hayat...  
            Jangan sesekali mengeluh.. Jangan sesekali putus asa...<<-- tuju untuk diri saya sendiri
            sebenarnya. Doa sepanjang masa agar anak kita ini boleh menguruskan dirinya sendiri,
            terutama bila kita tiada nanti. Jangan mengharap anak kita cemerlang dalam akademik,
            cukuplah jika dia boleh berdikari. Ingat, anak ini lah yang akan bantu kita di SANA nanti
            (In Shaa Allah).




Saya bukan seorang yang penyabar. Saya seorang yang pemarah, sampaikan anak saya takut bila terbuat salah..huhu..mungkin sebab itulah saya dianugerahkan oleh-Nya anak istimewa ini, untuk mengajar saya banyak perkara. Mendidik saya bentuk jiwa saya yang lebih baik. Tak dapat bayangkan kalau saya tiada anak autisma seperti Marquez, mungkinkah saya akan jadi sombong? mungkin juga saya akan jadi ibu yang mementingkan hal sendiri dari anak2? mungkin ikatan keluarga saya tak rapat? mungkin juga rumahtangga saya hancur??
 

    




paAutisma
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...